Majlis Daerah Dalat & Mukah

Majlis Daerah Dalat & Mukah Mukah, Dalat & Balingian...Towards Preferred Tourism Destination By 2025 Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Tahniah kepada Unit Perhubungan Awam, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) kerana telah mewujudkan Facebook Rasmi Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM). Dengan adanya Facebook rasmi ini ianya dapat dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan informasi semasa yang rasmi dan sahih berkaitan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) kepada warga Mukah, Dalat, Oya dan Balingian. Selain itu, ianya juga dapat dijadikan sebagai platform komunikasi dua hala di antara MDDM dengan warga Mukah, Dalat, Oya dan Balingian. Justeru itu, ianya juga dapat memberi ruang dan peluang kepada masyarakat umum untuk mengutarakan idea, cadangan dan maklumbalas dalam usaha kita bersama-sama untuk membangunkan Mukah, Dalat dan Balingian. (Nota: Diharapkan platform ini tidak disalahgunakan untuk kepentingan sendiri)

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KAWASAN PARKIR KERETA DI PASAR LAMA MUKAHDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- ...
18/09/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KAWASAN PARKIR KERETA DI PASAR LAMA MUKAH

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja Soil Investigation untuk projek Proposed New Mukah Integrated Market & Supporting Facilities akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Parkir Kereta di Pasar Lama Mukah

Tarikh Mula - Tarikh Tamat (BH1) : 23 September 2026
- 26 September 2026
Tarikh Mula - Tarikh Tamat (BH2) : 27 September 2026 - 30 September 2026
Tarikh Mula - Tarikh Tamat (BH3) : 01 Oktober 2026
- 05 Oktober 2026

Jenis kerja : Soil Investigation untuk projek Proposed New Mukah Integrated Market & Supporting Facilities

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Salam sejahtera dan selamat pagi semua! ๐ŸคฉKursus Latihan Pengendali Makanan di Perpustakaan Awam Mukah untuk Sesi Septemb...
14/09/2026

Salam sejahtera dan selamat pagi semua! ๐Ÿคฉ

Kursus Latihan Pengendali Makanan di Perpustakaan Awam Mukah untuk Sesi September 2026 pada Sabtu, 19 September 2026, jangan lepaskan peluang untuk berkursus!

Majlis Daerah Dalat & Mukah melalui Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar komited untuk memastikan setiap pengendali makanan di kawasan Majlis, antaranya di Mukah, Balingian, Dalat dan Oya sentiasa mematuhi syarat-syarat kesihatan seperti berikut:

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐š๐ง๐ญ๐ข ๐“๐ฒ๐ฉ๐ก๐จ๐ข๐ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐Ÿ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐Ÿ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐Ÿ‘ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ง,

๐Ÿ‘. ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ข ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐๐š๐ฅ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐Ÿ“ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐๐š๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง

Berkhidmat Untuk Kemajuan

๐ŸŒฟโ™ป๏ธ JOM SAMA-SAMA KITA KITAR SEMULA!Ada barang 3R di rumah? Jangan biarkan bertimbun!Jom bawa dan hantar barang-barang k...
14/09/2026

๐ŸŒฟโ™ป๏ธ JOM SAMA-SAMA KITA KITAR SEMULA!

Ada barang 3R di rumah? Jangan biarkan bertimbun!
Jom bawa dan hantar barang-barang kitar semula anda ke Dalat 3R Program 22. Setiap kilogram yang dikumpul membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. ๐ŸŒ๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 20 September 2026 (Ahad)
โฐ 2.00 petang โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Balai Persatuan Bomba Sukarela Pekan Dalat

๐Ÿ’Š JANGAN LUPA BAWA UBAT YANG TIDAK DIGUNAKAN!
Ada ubat tamat tempoh, ubat tidak digunakan, ubat cecair, sirap, krim atau suplemen di rumah?
Jangan buang merata-rata dan jangan simpan sehingga terlupa! Bawa bersama dan serahkan untuk pengurusan yang betul. ๐Ÿ’š

โœจ Satu rumah, satu usaha.
โ™ป๏ธ Barang 3R kita kumpul.
๐Ÿ’Š Ubat tidak digunakan kita serahkan.
๐ŸŒฑ Alam kita jaga bersama.

JOM HADIR! JOM KITAR SEMULA! JOM JAGA ALAM!

Sampah menjadi harta, pengelasan menjadi mesra. ๐ŸŒโ™ป๏ธ
Bawa apa yang ada di rumah โ€” sedikit daripada kita, besar impaknya kepada komuniti dan alam sekitar!

12 September 2026 | SabtuProgram โ€œSEE THE ABILITY, NOT DISABILITYโ€ telah berjaya dilaksanakan pada 12 September 2026 (Sa...
12/09/2026

12 September 2026 | Sabtu

Program โ€œSEE THE ABILITY, NOT DISABILITYโ€ telah berjaya dilaksanakan pada 12 September 2026 (Sabtu), bertempat di Perpustakaan Awam Mukah, Majlis Daerah Dalat Dan Mukah bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk meraikan keupayaan, bakat dan potensi golongan Orang Kurang Upaya (O.K.U.), di samping mewujudkan ruang yang inklusif dan mesra untuk komuniti O.K.U. bersama perpustakaan.

๐ŸŒŸ Turut hadir memeriahkan program ialah:
๐Ÿ”น YB Encik Royston bin Valentine
๐Ÿ”น Wakil Residen Bahagian Mukah, Puan Josey binti Demei
๐Ÿ”น Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Mukah, Encik Peleadzman anak Ahip
๐Ÿ”น Timbalan Pengerusi, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Kr Sameon bin Haji Yusof
๐Ÿ”น Pengerusi, Rakan Perpustakaan, Puan Moon binti Inal

Kehadiran para tetamu kehormat, wakil agensi, ahli Majlis MDDM, tetamu jemputan, ibu bapa dan para guru amat bermakna dalam memberikan sokongan serta semangat kepada para peserta dan usaha memperkukuhkan agenda inklusiviti serta penglibatan golongan O.K.U. dalam komuniti. Turut hadir menyerikan program pada hari ini ialah Cik Tania Isabella McCabe (peserta Miss Belia Sarawak 2026 - Mukah)

MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jaw...
07/09/2026

MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

๐Ÿ“š ATENDAN PERPUSTAKAAN
๐Ÿ“ Lokasi: Perpustakaan Awam, Mukah
๐Ÿ’ผ Status: Contract For Service
๐Ÿ’ฐ Gaji: RM1,700 sebulan

Syarat Kelayakan:

โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 18 tahun ke atas
โœ… Penduduk kawasan Mukah diutamakan
โœ… Lulus SPM
โœ… Mempunyai kenderaan sendiri
โœ… Berdisiplin, berdikari dan berperwatakan mesra

๐Ÿ“… Tarikh tutup permohonan:
23 September 2026 (Rabu), jam 5.00 petang

๐Ÿ“„ Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Dalat dan Mukah. Permohonan lengkap hendaklah dihantar atau diserahkan kepada:

Setiausaha,
Majlis Daerah Dalat dan Mukah,
96400 Mukah, Sarawak.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: 084-871622

๐Ÿ‘‰ Jangan lepaskan peluang ini! Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, segera kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

โ€œBERSATU BERUSAHA BERBAKTIโ€
โ€œAN HONOUR TO SERVEโ€

Sila layari Laman Web Rasmi MDDM untuk sebarang info sahih : https://mukah-dalatdc.sarawak.gov.my

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
01/09/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Lrg Orang Kaya Setia Raja 4, Mukah
Koordinat GPS : 2.890417, 112.091361
Tarikh Mula : 12 September 2026
Tarikh Tamat : 22 September 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
27/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Lrg Orang Kaya Setia Raja 4, Mukah
Koordinat GPS : 2.890417, 112.091361
Tarikh Mula : 04 September 2026
Tarikh Tamat : 15 September 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga kita terus memperkukuhkan kasih kepada Rasulullah SAW, menyemai nilai kasih sayang, persaudaraan, kejujuran dan keharmonian dalam masyarakat.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada warga Majlis Daerah Dalat & Mukah. ๐Ÿค

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
14/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Jalan Setia 2, Mukah
Koordinat GPS : 2.891306, 112.091278
Tarikh Mula : 17 Ogos 2026
Tarikh Tamat : 27 Ogos 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

MDDM, UNICEF Meterai MoU Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-KanakMUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan T...
12/08/2026

MDDM, UNICEF Meterai MoU Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (Child Friendly Cities Initiative โ€“ CFCI) di kawasan di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Dalat dan Mukah.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat, YB Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah. Hadir menandatangani MoU tersebut ialah Representative UNICEF Malaysia, Mr. Robert Gass dan Pengerusi MDDM, Yang Berusaha Kr. Aini Bin Suhaili, Pengerusi MDDM dan Setiausaha MDDM, En Bilong ak Engkas. Turut menyaksikan adakah YB Royston Bin Valentine, ADUN N57 Tellian, Residen Bahagian Mukah, En Bujang Rahman Bin Seli, Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar, KMKK Daerah Mukah dan Ahli-Ahli Majlis MDDM.

Kerjasama ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Tiga Tahun CFCI bagi Daerah Dalat dan Mukah, dengan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan mesra kanak-kanak.

Inisiatif CFCI turut menekankan kepentingan mendengar suara dan keperluan kanak-kanak, memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak di peringkat akar umbi serta memastikan kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, mendapat hak dan peluang pembangunan yang saksama.

Melalui kerjasama strategik antara UNICEF, MDDM, agensi kerajaan, perkhidmatan sokongan keluarga dan komuniti, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan keluarga di Bahagian Mukah.

MoU ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak dalam membangunkan Daerah Dalat dan Mukah sebagai persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan kondusif untuk generasi masa hadapan.

Address

Majlis Daerah Dalat & Mukah, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah), Jalan Wawasan
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Dalat & Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share