Laman Rasmi IPD Mukah

Laman Rasmi IPD Mukah Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah,
Jalan Haji Mohd Fauzi,
96400 Mukah,
Sarawak

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – LARIAN 2.4 KM PERINGKAT IPD MUKAHIPD Mukah telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat – Lari...
12/06/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – LARIAN 2.4 KM PERINGKAT IPD MUKAH

IPD Mukah telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat – Larian 2.4 KM yang melibatkan penyertaan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Polis dari IPD Mukah.

Program yang berlangsung di Stadium Mukah ini telah disertai oleh seramai 70 orang peserta dan diketuai oleh YDH DSP Muhamad Rizal Bin Alias, Ketua Polis Daerah Mukah. Turut hadir ialah pegawai, anggota dan pegawai awam polis yang bersama-sama menjayakan aktiviti kecergasan tersebut.

Antara pengisian program termasuk sesi regangan badan, larian sejauh 2.4 kilometer serta senaman penyejukan badan (cooling down) yang dikendalikan oleh jurulatih, Sjn Mohamad Fadhilah Bin Ayub.

Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga IPD Mukah, meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengawal berat badan, menguatkan otot dan tulang serta membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Program berakhir dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Aktiviti seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berterusan bagi melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN PENEMUAN ORANG HILANG (OH) MELIBATKAN DUA REMAJA PEREMPUAN
09/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN PENEMUAN ORANG HILANG (OH) MELIBATKAN DUA REMAJA PEREMPUAN

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERINGKAT IPD MUKAHMukah, 09 Jun 2026 (Selasa) - IPD Mukah telah mengadakan Perhimpunan Mingguan ya...
09/06/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERINGKAT IPD MUKAH

Mukah, 09 Jun 2026 (Selasa) - IPD Mukah telah mengadakan Perhimpunan Mingguan yang dihadiri oleh YDH DSP Muhamad Rizal Bin Alias, Ketua Polis Daerah Mukah bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Mukah.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara serta penyampaian amanat dan arahan semasa oleh YDH Ketua Polis Daerah Mukah.

Dalam amanat beliau, YDH KPD Mukah menekankan beberapa perkara penting antaranya persediaan penugasan Program Nitih Daun/Ngiling Bidai, kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), pengurusan dan penyelenggaraan kuarters PDRM, tindakan segera dalam kes Orang Hilang (OH), serta pemantapan integriti dan disiplin warga pasukan.

Beliau turut mengarahkan agar semua bahagian dan balai polis membuat persiapan rapi bagi menghadapi pemeriksaan PTKPN A117 yang dijadualkan pada 23 Jun 2026 serta mengingatkan seluruh warga IPD Mukah supaya sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat dan dokumen rasmi bagi memastikan keselamatan organisasi sentiasa terpelihara.

Perhimpunan mingguan ini merupakan platform penting dalam menyampaikan dasar, arahan semasa serta memperkukuhkan komunikasi dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPD Mukah demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cemerlang kepada masyarakat.

Program telah berlangsung dengan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN HEBAHAN KES ORANG HILANG (OH) MELIBATKAN DUA REMAJA PEREMPUAN
09/06/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN HEBAHAN KES ORANG HILANG (OH) MELIBATKAN DUA REMAJA PEREMPUAN

KENYATAAN KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN TANGKAPAN SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN KERANA DISYAKI TERLIBAT DENGAN AKTI...
05/06/2026

KENYATAAN KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN TANGKAPAN SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN KERANA DISYAKI TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PENYALAHGUNAAN DADAH

Mukah, 5 Jun 2026 - Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jebungan Mukah lebih kurang pada jam 9.30 pagi. Pemeriksaan di lokasi tangkapan tidak menemui apa-apa barang salah. Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Ujian urin yang dijalankan ke atas suspek mendapati beliau positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan suspek yang berumur 31 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM 5000 dan pengawasan serta merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Suspek merupakan seorang penganggur serta mempunyai 5 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah ditahan dilokap Balai Polis Mukah sehingga proses siasatan selesai.

IPD Mukah amat komited dalam usaha untuk membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah. Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh disalurkan dengan menghubungi talian Hotline 084-871222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK TAHUN 2026Ketua Polis Daerah Mukah, YDH DSP Muhamad Rizal Bin Alias bersama seluruh w...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK TAHUN 2026

Ketua Polis Daerah Mukah, YDH DSP Muhamad Rizal Bin Alias bersama seluruh warga IPD Mukah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya khususnya masyarakat di daerah Mukah.

Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua, Bidik Lansik Gerah Mudah, Bulih Niat Bulih Berkat, Tuhan Ngau Semua Kitak. Oooooo…Haaaaa !

Dalam semangat perpaduan, marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, toleransi dan keharmonian demi kesejahteraan bersama.

KENYATAAN KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN TANGKAPAN SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN KERANA DISYAKI TERLIBAT DENGAN AKTI...
30/05/2026

KENYATAAN KETUA POLIS DAERAH MUKAH BERKAITAN TANGKAPAN SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN KERANA DISYAKI TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PENYALAHGUNAAN DADAH

Mukah, 30 Mei 2026 - Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah telah menahan seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan hadapan sebuah institusi pengajian tinggi Jalan Mukah-Oya, Mukah lebih kurang jam 2.30 petang. Pemeriksaan di lokasi tangkapan tidak menemui apa-apa barang salah. Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Ujian urin yang dijalankan ke atas suspek mendapati beliau positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan suspek yang berumur 27 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM 5000 dan pengawasan serta merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kasar serta mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah ditahan dilokap Balai Polis Mukah sehingga proses siasatan selesai.

IPD Mukah amat komited dalam usaha untuk membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah. Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh disalurkan dengan menghubungi talian Hotline 084-871222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

SEBUAH MOTOSIKAL DISITA DAN 15 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP BERSEPADU CEGAH JENAYAHMukah, 30 Mei 2026 - Sebuah motosikal t...
30/05/2026

SEBUAH MOTOSIKAL DISITA DAN 15 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH

Mukah, 30 Mei 2026 - Sebuah motosikal telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam OP Bersepadu Cegah Jenayah IPD Mukah malam tadi. Motosikal berkenaan ditahan semasa sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Mukah-Oya, Mukah. Beberapa komponen motosikal dikesan telah diubah suai serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Motosikal dan penunggang dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Penunggang motosikal tersebut dibebaskan setelah proses dokumentasi selesai.

Selain itu 15 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Tujuan utama operasi ini diadakan adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian jenayah, aktiviti penyalahgunaan dadah dan lumba haram di daerah Mukah.

Dalam operasi ini juga seramai 145 individu dan 115 kenderaan telah diperiksa. Manakala kawasan rondaan meliputi pusat komersil, taman perumahan, sasaran penting, penempatan penduduk dan rumah-rumah yang dilaporkan kosong sepanjang musim perayaan. Pemeriksaan mengejut dijalankan terhadap invidu atau kenderaan yang mencurigakan.

Operasi yang bermula pada jam 8.00 malam dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota diketuai oleh Inspektor Mohd Rahmat Bin Jalimin berakhir pada jam 11.30 malam.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛Mukah, 29 Mei 2026 | Jumaat - Telah berlangsung Majlis Serah T...
29/05/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛

Mukah, 29 Mei 2026 | Jumaat - Telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Daerah Mukah bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Mukah pada jam 9.30 pagi.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh YDH DSP Muhammad Rizal Bin Alias, Ketua Polis Daerah Mukah serta dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Mukah.

Upacara serah terima tugas melibatkan ASP Mohd Redewan bin AG Dahlan @ Dahlan selaku penyerah tugas kepada Insp Romy Anak Peter Micheal sebagai penerima tugas bagi jawatan Ketua Cawangan Khas Daerah Mukah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh L/Kpl Mohamad Zulhaikel Bin Narawi sebelum diteruskan dengan upacara menandatangani nota serah terima tugas, ucapan daripada pegawai yang bertukar tugas serta amanat dan penghargaan daripada YDH KPD Mukah.

Dalam amanat beliau, YDH KPD Mukah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ASP Mohd Redewan bin AG Dahlan @ Dahlan atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di IPD Mukah. Beliau turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Insp Romy Anak Peter Micheal dalam meneruskan kepimpinan serta tanggungjawab di Cawangan Khas Daerah Mukah.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan ringkas sebelum bersurai dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛, 𝗜𝗣𝗗 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛Mukah, 28 Mei 2026 (Khamis) — Satu lawa...
28/05/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛, 𝗜𝗣𝗗 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛

Mukah, 28 Mei 2026 (Khamis) — Satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh wakil HEA IPD Mukah bersama anggota Balai Polis Mukah bagi menziarahi Muhd Faiz Bin Osman yang sedang menerima rawatan di Wad Lelaki, Hospital Mukah akibat sawan.

Lawatan ini diketuai oleh Sjn Ahmad Shalaby Shokury (HEA) bersama Kpl Suhairi Bin Osman dan L/Kpl Mohd Yusaari Bin Asri.

Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga anggota PDRM yang sedang menghadapi ujian kesihatan ahli keluarga mereka. Selain itu, lawatan seumpama ini turut menjadi medium dalam memperkukuhkan ukhuwah serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Mukah.

Semoga Muhd Faiz Bin Osman diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Address

Jalan Haji Mohd Pauzi
Mukah
96400

Telephone

+6084871222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi IPD Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share