Pengarah Hospital Parit Buntar

Call Directions Website Contact the organization

Pengarah Hospital Parit Buntar Halaman rasmi Pengarah Hospital Parit Buntar untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi berkaitan perkhidmatan di Hospital Parit Buntar

08/10/2026

𝐌𝐲𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐲𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚💙

Sokongan kesihatan mental kini lebih mudah diakses melalui MyMinda di aplikasi MySejahtera.

Melalui MyMinda, anda boleh menjalani Saringan Kesihatan Mental, mendapatkan Panduan Penjagaan Kendiri, serta menempah janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan profesional.

Kenali keadaan diri, dapatkan panduan yang sesuai dan ambil langkah untuk menjaga kesihatan mental anda.

📱 Buka aplikasi MySejahtera dan akses MyMinda hari ini.

Kesihatan mental juga sebahagian daripada kesihatan kita.

29/09/2026

❤️ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀

Sempena Hari Jantung Sedunia, KKM menyeru masyarakat agar meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang mencukupi, tidak merokok serta pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan antara langkah penting dalam memelihara kesihatan jantung.

Marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐀𝐑! 5  Bintang ⭐⭐⭐⭐⭐Tahniah & syabas buat semua warga kerja Hospital Parit Buntar atas pencap...
28/09/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐀𝐑!
5 Bintang
⭐⭐⭐⭐⭐

Tahniah & syabas buat semua warga kerja Hospital Parit Buntar atas pencapaian meraih 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 – 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 & 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝟒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀.

Pengiktirafan ini membuktikan kecekapan pengurusan dan kualiti perkhidmatan yang diukur melalui kriteria seperti HPIA (50%), Indikator Hospital Kluster (25%), Indikator Casemix (10%), dan yang paling utama,Kajian Kepuasan Pelanggan (PSQ-18) (15%).

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dan budaya kualiti yang kukuh dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Terima kasih kepada semua yang terus percaya, menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan HPB

“𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂, 𝑰𝒏𝒔𝒑𝒊𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑲𝒂𝒎𝒊”




Alhamdulillah. Tahniah untuk semua warga kerja Hospital Parit Buntar. Semoga terus berusaha memberi perkhidmatan yang be...
26/09/2026

Alhamdulillah.

Tahniah untuk semua warga kerja Hospital Parit Buntar.

Semoga terus berusaha memberi perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada masyarakat .

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

25/09/2026

💊Seringkali masyarakat beranggapan bahawa tugas seorang ahli farmasi sekadar mendispens ubat kepada pesakit di kaunter ubat.

‼️Hakikatnya, seorang ahli farmasi mempunyai peranan yang luas merentasi pelbagai sektor termasuklah bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri, farmaseutikal, farmasi komuniti, akademia dan sebagainya. Mereka juga turut berperanan secara aktif dalam aktiviti menilai dan memantau ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia, termasuk produk kosmetik dan produk kesihatan lain.

❗Justeru, peranan dan tanggungjawab ahli farmasi amat penting demi memastikan
ubat-ubatan yang diterima masyarakat sentiasa:

✅ Selamat
✅Berkualiti
✅ Berkesan

♥️Tidak kira peranan yang dimainkan atau sektor perkhidmatan yang diceburi, matlamat utama profesion ahli farmasi adalah untuk bertindak sebagai barisan hadapan dalam penjagaan farmaseutikal dan penyampaian perkhidmatan farmasi demi kesejahteraan rakyat.

💊✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨💊Sempena 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 yang disambut pada 𝟐𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, saya...
25/09/2026

💊✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨💊

Sempena 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 yang disambut pada 𝟐𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga farmasi, khususnya warga 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐢𝐭 𝐁𝐮𝐧𝐭𝐚𝐫 atas komitmen, dedikasi dan profesionalisme yang sentiasa diberikan dalam memastikan perkhidmatan farmasi yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada para pesakit.

Peranan warga farmasi bukan sekadar memastikan bekalan dan penggunaan ubat-ubatan diurus dengan baik, malah turut menjadi sebahagian penting dalam pasukan penjagaan kesihatan melalui perkongsian ilmu, khidmat nasihat serta usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan pesakit. 💙

Semoga seluruh warga farmasi terus bersemangat, maju dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔!🌍💊

Terima kasih atas segala bakti dan khidmat yang dicurahkan.

𝗗𝗥. 𝗥𝗢𝗦𝗛𝗜𝗗𝗔 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗗 𝗥𝗔𝗦𝗛𝗜𝗗
Pengarah Hospital
Hospital Parit Buntar

25/09/2026
25/09/2026
23/09/2026

Address

Hospital Parit Buntar, Jalan Parit Buntar, Simpang Lima
Parit Buntar
34200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pengarah Hospital Parit Buntar:

Shortcuts

Share

Nearby government services