TEKUN Nasional Negeri Perlis

Directions Website

TEKUN Nasional Negeri Perlis Halaman rasmi TEKUN Nasional Negeri Perlis.

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP PSAT BEHOR GANDIL 2026📅 Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)📍 Tempat: Lite Super Bowl, Kangar,...
17/10/2026

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP PSAT BEHOR GANDIL 2026

📅 Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Lite Super Bowl, Kangar, Perlis

Alhamdulillah, Pertandingan Bowling Tertutup PSAT Behor Gandil 2026 anjuran PSAT Behor Gandil Cawangan Kangar telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Pengurus Negeri TEKUN Nasional Negeri Perlis, Puan Haryanti Abd Hamid.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta memperkukuh hubungan dalam kalangan ahli PSAT melalui aktiviti sukan yang santai dan sihat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Eksekutif TEMAN TEKUN, Pn. Ayu Shafiqah, Pengurus Cawangan Kangar, Pn. Salwani, serta warga kerja TEKUN Nasional Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa PSAT Behor Gandil dan seluruh ahli PSAT Behor Gandil atas komitmen, kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan program ini di bawah seliaan Pembantu Pegawai Caw Kangar En. Mohamad Ezaidie.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang! Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh semangat kebersamaan dan ukhuwah serta mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli PSAT.





PELAKSANAAN PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN E-INVOIS SECARA KOLABORATIF ANTARA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HAS...
14/10/2026

PELAKSANAAN PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN E-INVOIS SECARA KOLABORATIF ANTARA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) PERLIS DAN TEKUN NASIONAL PERLIS

Alhamdulillah, telah berlangsung program kesedaran dan pendidikan e-Invois antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Perlis & TEKUN Nasional Negeri Perlis.

Program ini telah disertai oleh Puan Haryani Binti Harun (Pengurus Seksyen Khidmat Pelanggan Hasil Perlis) , bersama team HASiL Perlis , Puan Haryanti Binti Abd Hamid Pengurus TEKUN Negeri,Eksekutif Pembangunan Usahawan Negeri, Pengurus Cawangan serta usahawan TEKUN Perlis

Semoga program ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran usahawan mengenai pelaksanaan e-Invois, sekali gus membantu mereka membuat persediaan ke arah pematuhan percukaian yang lebih teratur dan sistematik.

Terima kasih kepada pihak HASiL Perlis atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan.

09/10/2026
BULAN HASIL 2026 (LHDN)📍 Tempat: Kangar Jaya Mall, Perlis📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)Alhamdulillah, TEKUN Nasional ...
09/10/2026

BULAN HASIL 2026 (LHDN)

📍 Tempat: Kangar Jaya Mall, Perlis
📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, TEKUN Nasional Negeri Perlis turut memeriahkan program Bulan Hasil 2026 sebagai usaha memperkukuh kesedaran dan menggalakkan budaya pembayaran pembiayaan dalam kalangan usahawan.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan komitmen pembayaran serta membantu usahawan mengurus pembiayaan dengan lebih baik demi kelangsungan perniagaan. 🤝✨

TEKUN Nasional – Memacu Keusahawanan, Memperkasa Usahawan! 🇲🇾

06/10/2026
Ada kemahiran, ada impian, tapi perlukan modal untuk mulakan atau kembangkan perniagaan? 💪💰 PEMBIAYAAN TVET TEKUN boleh ...
06/10/2026

Ada kemahiran, ada impian, tapi perlukan modal untuk mulakan atau kembangkan perniagaan? 💪

💰 PEMBIAYAAN TVET TEKUN boleh membantu anda mendapatkan sokongan kewangan bagi mengembangkan potensi kemahiran dan peluang perniagaan.

✨ Kemahiran hari ini, peluang perniagaan masa depan!

Jangan biarkan kekurangan modal menghalang langkah anda.
📲 Hubungi TEKUN Nasional Negeri Perlis untuk maklumat lanjut.

KUNJUNGAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI PERLIS KE PEJABAT TEKUN NEGERI PERLISPejabat TEKUN Negeri Perlis telah mene...
28/09/2026

KUNJUNGAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI PERLIS KE PEJABAT TEKUN NEGERI PERLIS

Pejabat TEKUN Negeri Perlis telah menerima kunjungan daripada wakil Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis.

Kunjungan ini menjadi ruang perkongsian maklumat serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.

Terima kasih atas kunjungan dan semoga hubungan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang.

🏡 ANDA MEMPUNYAI HOMESTAY?Nak buat penambahbaikan, pengubahsuaian atau mengembangkan perniagaan anda? ✨💰 SKIM PEMBIAYAAN...
25/09/2026

🏡 ANDA MEMPUNYAI HOMESTAY?

Nak buat penambahbaikan, pengubahsuaian atau mengembangkan perniagaan anda? ✨

💰 SKIM PEMBIAYAAN PELANCONGAN & ANEKA KRAF (SPAK) daripada TEKUN Nasional mungkin sesuai untuk anda!

🏨 Hotel
🏡 Homestay
🏠 Chalet / Rumah Peranginan
🌴 Rumah Rehat
🏘️ Airbnb
dan perniagaan berkaitan pelancongan yang layak.

📍 Hadir ke Pejabat TEKUN Nasional berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan.

TAKLIMAT BANK RAKYAT – TEKUN NASIONAL NEGERI PERLIS📅 24 September 2026 (Khamis)📍 Pejabat TEKUN Nasional Negeri PerlisTel...
24/09/2026

TAKLIMAT BANK RAKYAT – TEKUN NASIONAL NEGERI PERLIS

📅 24 September 2026 (Khamis)
📍 Pejabat TEKUN Nasional Negeri Perlis

Telah berlangsung Sesi Taklimat Bank Rakyat bertempat di Pejabat TEKUN Nasional Negeri Perlis.

Sesi ini memberi pendedahan dan penerangan berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada warga TEKUN Nasional Negeri Perlis.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Bank Rakyat atas perkongsian dan kerjasama yang diberikan.

Address

No. 1L, Jalan Arau-Kodiang, Taman Utara Fasa 2
Perlis
02600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TEKUN Nasional Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services