PPD Sibu

PPD Sibu PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIBU
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN,
BLOK 3, LOT 462, BROOKE DRIVE,

VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

‼️‼️‼️HEBAHAN TAWARAN KERJA SECARA CABUTAN UNDI‼️‼️‼️Sukacita dimaklumkan bahawa satu tawaran kerja secara Cabutan Undi ...
12/06/2026

‼️‼️‼️HEBAHAN TAWARAN KERJA SECARA CABUTAN UNDI‼️‼️‼️

Sukacita dimaklumkan bahawa satu tawaran kerja secara Cabutan Undi untuk :-

PPDSBW.400-5/7/2 JLD.4 (1)

1) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KECIL KEROSAKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SEKOLAH SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI 42 BUAH SEKOLAH DAERAH SIBU

2) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BILIK GURU DAN SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN - BAGI TIGA (3) BUAH SEKOLAH DAERAH SIBU

3) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN UNTUK KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK DARJAH TAMBAHAN BAGI KEMASUKAN MURID TAHUN 1BAGI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH SIBU

✏️CIDB-G1-B-B24✏️

✏️Tarikh dan Masa Sesi Pendaftaran Kontraktor & Semak Kelayakan :23.06.2026 jam 8.30 pagi - 10.30 pagi✏️

✏️Tarikh dan Masa Sesi Undian :23.06.2026 jam 11.00 pagi✏️

📝Pastikan Kontraktor yang berkelayakan membawa DOKUMEN LENGKAP seperti dalam iklan kenyataan. Pemilik Syarikat/Penama Lesen WAJIB hadir ke sesi ini.

📝Kontraktor yang LAYAK SAHAJA akan diberi Nombor Undian dan dijemput hadir ke Sesi Undian.

📝Untuk maklumat lanjut mengenai Tawaran Kerja secara Cabutan Undi tersebut, sila rujuk kepada NotisUndian di lampiran.

Harap maklum dan terima kasih

TAHNIAH DAN SYABAS WARGA PENDIDIKAN DAERAH SIBU! 🎉🏆Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahni...
12/06/2026

TAHNIAH DAN SYABAS WARGA PENDIDIKAN DAERAH SIBU! 🎉🏆

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua murid, guru pembimbing, sekolah serta ibu bapa atas pencapaian cemerlang dalam Karnival STEM Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid Daerah Sibu terus menyerlah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui kreativiti, inovasi, pemikiran kritis serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.

🏅 Pencapaian Kontinjen PPD Sibu:

✅ Johan – GAMI-CODE Sekolah Menengah
🏫 SMK Sacred Heart

🥈 Naib Johan – Innovators of Tomorrow Challenge Sekolah Rendah
🏫 SJK (C) Guong Ming

🥉 Tempat Ketiga – Water Rocket Challenge Sekolah Menengah
🏫 SMK Bukit Lima

🥉 Tempat Ketiga – Bridge Building Competition Sekolah Menengah
🏫 SMK Sacred Heart

🏅 Tempat Keempat – STEM Talent Show Sekolah Rendah
🏫 SJK (C) Thai Kwang

🏅 Tempat Keempat – Robot Battle Challenge Sekolah Menengah
🏫 SMK Lanang

🏅 Tempat Kelima – Drone Challenge Sekolah Rendah
🏫 SK Nanga Tutus

🏅 Tempat Kelima – Robot Battle Challenge Sekolah Rendah
🏫 SJK (C) Tung Hua

PPD Sibu amat berbangga dengan usaha gigih semua peserta yang telah membawa nama daerah ke persada negeri. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kecemerlangan STEM dalam kalangan murid-murid Sibu pada masa hadapan.

"Membudayakan STEM, Melahirkan Generasi Inovatif dan Berdaya Saing."

💙🚀🤖🛰️🏆

🏆 TAHNIAH SMK CHUNG HUA, SIBU! 🏆Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Joan Nee Yu Fang dari SMK Chung Hua,...
11/06/2026

🏆 TAHNIAH SMK CHUNG HUA, SIBU! 🏆

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Joan Nee Yu Fang dari SMK Chung Hua, Sibu, Sarawak atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan dalam Minecraft Education Challenge 2026 bagi kategori Sekolah Menengah Rendah (KPM).

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid Sibu mampu bersaing di peringkat kebangsaan melalui kreativiti, pemikiran kritis, inovasi serta penguasaan teknologi digital selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan di Daerah Sibu untuk terus meneroka potensi teknologi dalam pembelajaran dan melahirkan lebih ramai murid yang berkemahiran digital serta berdaya saing di peringkat global.

🌟 Tahniah kepada murid, guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah serta ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang cemerlang.









🇲🇾🎉

08/06/2026
TAHNIAH SMK CHUNG HUA, SIBU!Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada SMK Chung Hua, Sibu atas pencapaian membanggaka...
08/06/2026

TAHNIAH SMK CHUNG HUA, SIBU!

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada SMK Chung Hua, Sibu atas pencapaian membanggakan apabila berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Minecraft Education Challenge 2026 Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Menengah Rendah.

Tahniah khususnya kepada Joan Nee Yu Fang yang telah mengharumkan nama sekolah, daerah Sibu dan Sarawak dengan kejayaan disenaraikan dalam Top 5 Finalis Kebangsaan. Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid Sibu mampu bersaing di peringkat tertinggi melalui kreativiti, inovasi dan penguasaan teknologi digital.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga pendidikan di Daerah Sibu untuk terus meneroka potensi teknologi dalam pembelajaran selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital dan Reformasi Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Selamat maju jaya dalam sesi pitching peringkat akhir kebangsaan. Semoga berjaya membawa pulang kejayaan yang lebih gemilang untuk SMK Chung Hua, Sibu, Sarawak dan Malaysia.

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penga...
30/05/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada semua.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

✨ Semoga Cahaya Wesak Menerangi Kehidupan Dengan Kebaikan dan Kesejahteraan ✨

Ikhlas daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

🌾 Selamat Hari Gawai Dayak 🌾Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh mas...
29/05/2026

🌾 Selamat Hari Gawai Dayak 🌾

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya.

Semoga sambutan Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua”

Raikan perayaan dengan penuh kesyukuran, kebersamaan dan semangat muhibah.

Ikhlas daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh uma...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Hayatilah semangat pengorbanan, kasih sayang dan kebersamaan dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

✨ Aidiladha Mengajar Erti Keikhlasan dan Pengorbanan ✨

Ikhlas daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yew Ko Woo dari SMK Methodist Sibu atas penganugerahan Anugerah Ikon Adiguru sempena...
16/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yew Ko Woo dari SMK Methodist Sibu atas penganugerahan Anugerah Ikon Adiguru sempena Sambutan Hari Guru Ke-55 Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar terhadap dedikasi, kepimpinan dan komitmen tinggi beliau dalam memperkasa dunia pendidikan, khususnya dalam melahirkan generasi murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Ketokohan beliau sebagai seorang pendidik bukan sahaja memberi impak kepada warga sekolah, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti pendidikan di Sarawak.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha berterusan, integriti serta semangat mendidik dengan penuh keikhlasan mampu membawa perubahan besar dalam pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidik untuk terus berbakti, berinovasi dan memperkukuh kecemerlangan pendidikan demi masa depan generasi negara.

Tahun ini tahun kita.
Guru Bitara Nadi Negara.





Selamat Datang dan Tahniah diucapkan kepadaCikgu Maxwell Bin Denniske Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Sib...
15/05/2026

Selamat Datang dan Tahniah diucapkan kepada
Cikgu Maxwell Bin Dennis
ke Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu.
Semoga kehadiran dan pengalaman beliau akan terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta membawa inspirasi dan komitmen berterusan dalam membantu murid mencapai potensi terbaik.
Ikhlas daripada
warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu 🌸

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084330544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share