09/03/2026
Sinar Ramadhan 2026 PBB Ranting Banyok & SDIB🔅
Program Sinar Ramadan kembali buat kali ke 3. Pada tahun ini program akan dilakukan dengan kerjasama strategik bersama Pelita Mas Laut Sibu, HIKMAH Cawangan Sibu, Kelab Pemuda Proaktif Dudong, Ittiba Source, KRH Sibu, dan KRH Banyok. Sinar Ramadan 2026 akan berlangsung pada :
⭕Tarikh : 15 Mac 2026 (25 Ramadan 1447H)
⭕Hari : Ahad
⭕Tempat : Surau Darul Ibadah Kpg Banyok
⭕Bermula : 4.30 petang sehingga selesai
Aktiviti yang akan diadakan :
1. Agihan Bubur Pedas
2. Sumbangan Food Basket Fakir Miskin & Muallaf
3. Khatamul Quran
4. Ifthar Jam'ee
5. Tazkirah 🇸🇦
6. Rakaman Takbir Raya ✨
Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan ukhwah, menyemai semangat kepedulian terhadap golongan yang memerlukan serta mendekatkan masyarakat khususnya belia kepada Al-Quran dan masjid.