APM SIBU

APM SIBU Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sibu
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Sarang Tebuan Besar Dimusnahkan Di Ding Lik KongSIBU, 16 SEPT – APM Sibu berjaya memusnahkan sarang tebuan besar di Ding...
16/09/2026

Sarang Tebuan Besar Dimusnahkan Di Ding Lik Kong

SIBU, 16 SEPT – APM Sibu berjaya memusnahkan sarang tebuan besar di Ding Lik Kong tengah hari tadi.

Sarang yang berada pada ketinggian 30 kaki di atas pokok berjaya dimusnahkan dengan kaedah semburan ridsect.

Hati-hati, jika nampak sarang tebuan jangan cuba musnahkan sendiri. Hubungi APM 999.

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia 🥳🎉🇲🇾Marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpadu...
16/09/2026

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia 🥳🎉🇲🇾

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam membina Malaysia yang lebih sejahtera.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada;
Mej (PA) Mohd Reduan bin Aini
dan seluruh warga APM Sibu

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI SARAWAK













Wanita 63 Tahun Sakit Kaki Tidak Dapat Berjalan Di Jalan SanyanSIBU, 16 SEPT – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahu...
16/09/2026

Wanita 63 Tahun Sakit Kaki Tidak Dapat Berjalan Di Jalan Sanyan

SIBU, 16 SEPT – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun mengalami sakit kaki dan tidak dapat berjalan di Jalan Sanyan pagi tadi.

Mangsa duduk di atas kerusi ruang tamu. Penilaian awal mendapati mangsa mengalami lemah anggota badan. Mangsa diangkat menggunakan Canvas Stretcher dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dalam keadaan terkawal.

Warga Emas Cedera Kemalangan Basikal & Motosikal Di Jalan LanangSIBU, 15 SEPT – Seorang warga emas lelaki berusia 70 tah...
15/09/2026

Warga Emas Cedera Kemalangan Basikal & Motosikal Di Jalan Lanang

SIBU, 15 SEPT – Seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun cedera selepas basikal yang ditungganginya dilanggar motosikal di Jalan Lanang malam tadi.

Mangsa ditemui duduk di tepi jalan ditemani orang awam. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa yang merupakan pembonceng basikal mengalami luka terbuka di dahi dan tangan kanan.

Rawatan awal diberi di lokasi. Mangsa dipapah ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.

Pandu cermat, ingat orang tersayang.

APM Sibu Perkukuh Kesiapsiagaan Melalui Latihan Simulasi Bencana Luaran Hospital SibuSIBU, 14 SEPT - Angkatan Pertahanan...
14/09/2026

APM Sibu Perkukuh Kesiapsiagaan Melalui Latihan Simulasi Bencana Luaran Hospital Sibu

SIBU, 14 SEPT - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah menyertai Latihan Simulasi Bencana Luaran Hospital Sibu yang telah diadakan di Kem Belia Kemuyang.

Latihan ini bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta koordinasi antara agensi dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana, khususnya melibatkan pengurusan mangsa serta tindakan menyelamat di lapangan.

APM sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

LAGI 10 KIR TERJEJAS DI NG TUTUS & JALAN PASAI SIONG TENGAH,SIBU, 14 SEPT – Ribut kencang yang berlaku sejak 12 Septembe...
14/09/2026

LAGI 10 KIR TERJEJAS DI NG TUTUS & JALAN PASAI SIONG TENGAH,

SIBU, 14 SEPT – Ribut kencang yang berlaku sejak 12 September lalu terus memberi kesan apabila 10 lagi buah rumah di Ng Tutus dan Jalan Pasai Siong Tengah dilaporkan terjejas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu menggerakkan pasukan ke dua lokasi berasingan hari ini bagi membuat pemantauan dan dokumentasi.

Lokasi 1: Tr Lidwina, Nanga Tutus, Batang Igan, Bawang Assan

Hasil pemeriksaan mendapati 3 rumah persendirian terjejas di bahagian dapur dan hadapan ruang tamu. Kejadian disahkan berlaku pada 12 September jam 5 petang.

Lokasi 2: Rh Nyanggai, Jalan Pasai Siong Tengah

Tinjauan mendapati 7 bilik di rumah panjang Tr Nyanggai terjejas akibat bumbung diterbangkan angin. Kerosakan melibatkan bahagian dapur dan ruang tamu. Kejadian berlaku pada 13 September jam 4 petang.

Semua KIR masih boleh mendiami rumah masing-masing. Tiada pemindahan mangsa dan keadaan terkawal.

RIBUT KENCANG LANDA PASAI SIONG TENGAH: 19 KIR TERJEJAS, DEWAN & GEREJA ROSAKSIBU, 13 SEPT – Ribut kencang yang melanda ...
13/09/2026

RIBUT KENCANG LANDA PASAI SIONG TENGAH: 19 KIR TERJEJAS, DEWAN & GEREJA ROSAK

SIBU, 13 SEPT – Ribut kencang yang melanda petang semalam menyebabkan kerosakan besar di dua buah rumah panjang dan beberapa rumah persendirian di kawasan Pasai Siong Tengah.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu menerima dua aduan kecemasan dalam tempoh sejam dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi.

Lokasi 1: Rh Kely Ak Chundau, Lubok Lenggain, Sg Siong Tengah

Hasil tinjauan mendapati 9 daripada 17 KIR di rumah panjang tersebut terjejas akibat bumbung diterbangkan angin.

1 bilik iaitu Pintu No.1 mengalami kerosakan teruk melibatkan bahagian ruang tamu dan dapur. Manakala 8 bilik lain iaitu Pintu No.2, 4, 5, 7, 8, 9, 11 dan 18 hanya mengalami kerosakan di bahagian dapur.

Lokasi 2: Rh Langi & Rh Jelian, Pasai Siong Tengah

Di Rh Langi, 5 rumah persendirian dan 3 bilik rumah panjang terjejas di bahagian dapur dan ruang tamu. Di Rh Jelian p**a, 2 rumah persendirian turut mengalami kerosakan yang sama.

Lebih membimbangkan, Dewan Serbaguna Rh Langi rosak sepenuhnya manakala bumbung Gereja St Marcus turut diterbangkan angin akibat ribut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa dalam keadaan selamat.

Doakan urusan mangsa dipermudahkan 🤲

2 Pelajar Cedera Kemalangan Kendiri Di Jalan ParadomSIBU, 13 SEPT – Dua pelajar perempuan berusia 16 tahun cedera dalam ...
12/09/2026

2 Pelajar Cedera Kemalangan Kendiri Di Jalan Paradom

SIBU, 13 SEPT – Dua pelajar perempuan berusia 16 tahun cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Paradom awal pagi tadi.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa pertama mengalami luka terbuka di bahagian dagu dan dahi. Mangsa kedua p**a mengalami luka di tapak tangan kanan. Rawatan awal diberi di lokasi sebelum kedua-dua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.

Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan boleh berkomunikasi sepanjang perjalanan.

TahniahSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota  Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sibu atas kenai...
12/09/2026

Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sibu atas kenaikan pangkat masing-masing!

​Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam organisasi.

Kunci Kereta Tertinggal, APM Sibu Bantu Buka Pintu Di KPJ SibuSIBU, 12 SEPT – Kunci kereta tertinggal di dalam kenderaan...
12/09/2026

Kunci Kereta Tertinggal, APM Sibu Bantu Buka Pintu Di KPJ Sibu

SIBU, 12 SEPT – Kunci kereta tertinggal di dalam kenderaan bukan lagi masalah apabila pasukan APM Sibu pantas membantu membuka pintu di Sibu Specialist Medical Centre, Jalan Oya petang tadi.

Pintu kereta pengadu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas _tool management_. Kunci kereta diserahkan semula kepada pengadu.

Address

Jalan FONG MING, SIBU
Sibu
96000

Telephone

+6084220044

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM SIBU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share