Pejabat MARA Daerah Sibu

Pejabat MARA Daerah Sibu Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

๐ŸŒพ SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026 ๐ŸŒพGayu Guru, Gerai NyamaiPejabat MARA Daerah Sibu mengucapkan Selamat Menyambut Hari ...
31/05/2026

๐ŸŒพ SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026 ๐ŸŒพ
Gayu Guru, Gerai Nyamai
Pejabat MARA Daerah Sibu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 kepada seluruh warga komuniti yang meraikannya.
Semoga sambutan Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan buat semua.

26/05/2026

๐Ÿ”ฅ USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK, BERSIAP SEDIA! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ข BIZNETWORK FIESTA 2026 bakal kembali dengan lebih MERIAH, lebih MENARIK dan lebih banyak peluang untuk anda mengembangkan bisnes!

๐Ÿ—“๏ธ 24 โ€“ 26 Julai 2026 (tertakluk kepada perubahan)
๐Ÿ“ Plaza Merdeka, Kuching

Program ini membuka ruang kepada usahawan untuk:
โœจ Memperluas rangkaian perniagaan
โœจ Memperkenalkan produk kepada pasaran lebih luas
โœจ Menjana jualan & peluang kolaborasi
โœจ Mengukuhkan branding bisnes anda
โœจ Bertemu komuniti usahawan & pemain industri

Sejak diperkenalkan, platform Biznetwork telah membantu ribuan usahawan dengan rekod jualan mencecah jutaan ringgit! Kini giliran anda p**a untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan ini ๐Ÿš€

๐Ÿ’ผ Sama ada anda usahawan makanan, fesyen, kecantikan, perkhidmatan, gaya hidup atau produk tempatan โ€” pentas ini untuk anda!

๐ŸŽฏ Jangan tunggu peluang datangโ€ฆ CIPTA peluang anda di Biznetwork Fiesta 2026!

๐Ÿ“Œ Penyertaan adalah terhad. Semua keputusan adalah muktamad. Usahawan yang berjaya akan dihubungi.
๐Ÿ“ฒ ๐Ÿ”ฅ USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK, BERSIAP SEDIA! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ข BIZNETWORK FIESTA 2026 bakal kembali dengan lebih MERIAH, lebih MENARIK dan lebih banyak peluang untuk anda mengembangkan bisnes!

๐Ÿ—“๏ธ 24 โ€“ 26 Julai 2026 (tertakluk kepada perubahan)
๐Ÿ“ Plaza Merdeka, Kuching

Program ini membuka ruang kepada usahawan untuk:
โœจ Memperluas rangkaian perniagaan
โœจ Memperkenalkan produk kepada pasaran lebih luas
โœจ Menjana jualan & peluang kolaborasi
โœจ Mengukuhkan branding bisnes anda
โœจ Bertemu komuniti usahawan & pemain industri

Sejak diperkenalkan, platform Biznetwork telah membantu ribuan usahawan dengan rekod jualan mencecah jutaan ringgit! Kini giliran anda p**a untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan ini ๐Ÿš€

๐Ÿ’ผ Sama ada anda usahawan makanan, fesyen, kecantikan, perkhidmatan, gaya hidup atau produk tempatan โ€” pentas ini untuk anda!

๐ŸŽฏ Jangan tunggu peluang datangโ€ฆ CIPTA peluang anda di Biznetwork Fiesta 2026!

๐Ÿ“Œ Penyertaan adalah terhad. Semua keputusan adalah muktamad. Usahawan yang berjaya akan dihubungi.
๐Ÿ“ฒ Sila Klik link berikut untuk mendaftar https://forms.office.com/r/ei2GbMYXCV








23/05/2026

Langkah pertama menuju impian ke kokpit bermula di sini. Skim Pelajar Cemerlang Profesional Commercial Pilot License SPC PRO CPL 2026 membuka peluang kepada lepasan SPM 2025 untuk melanjutkan pengajian profesional dalam bidang penerbangan di akademi latihan penerbangan terpilih dalam negara.

Melalui pembiayaan pinjaman boleh ubah MARA, program ini memberi ruang kepada pelajar cemerlang untuk membina masa depan dalam industri penerbangan yang semakin berkembang. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar tahfiz aliran STEM yang berhasrat mencipta kecemerlangan dalam bidang profesional.

Permohonan dibuka mulai 22 Mei 2026 sehingga 12 Jun 2026. Jadikan impian untuk bergelar juruterbang satu realiti bersama MARA.








SIBU, 30 April 2026 โ€“ Kursus Digital Fashion Entrepreneurs telah berjaya dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 28 hi...
30/04/2026

SIBU, 30 April 2026 โ€“ Kursus Digital Fashion Entrepreneurs telah berjaya dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 28 hingga 30 April 2026 bertempat di Premier Hotel, Sibu.

Program ini dianjurkan bagi memperkasa usahawan dalam industri fesyen ke arah digital selaras dengan keperluan ekonomi semasa yang berteraskan teknologi. Sepanjang hari pertama program, peserta menunjukkan penglibatan yang aktif melalui sesi latihan praktikal, perkongsian ilmu serta perbincangan interaktif bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Komitmen tinggi yang ditunjukkan membuktikan kesungguhan peserta dalam menimba pengetahuan baharu bagi memperluaskan potensi perniagaan masing-masing.

Antara pengisian utama kursus termasuk pendedahan kepada landskap industri fesyen digital, penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam fesyen, pembangunan model perniagaan hibrid (fizikal dan digital), strategi penjenamaan serta pengurusan inventori dan pengalaman pelanggan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Magdylena binti Sili, Pegawai MARA Daerah Sibu, yang turut menzahirkan harapan agar peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh ke arah memperkukuh daya saing perniagaan masing-masing.

Program ini selari dengan usaha MARA dalam melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, inovatif dan kompetitif dalam era digital.








๐•‚๐•Œโ„๐•Š๐•Œ๐•Š ๐”ป๐•€๐”พ๐•€๐•‹๐”ธ๐•ƒ ๐”ฝ๐”ธ๐•Šโ„๐•€๐•†โ„• ๐”ผโ„•๐•‹โ„๐”ผโ„™โ„๐”ผโ„•๐”ผ๐•Œโ„๐•Š ๐”ป๐”ธ๐• 128 April 2026 | Sibu - Kursus Digital Fashion Entrepreneurs telah berlangsung ...
28/04/2026

๐•‚๐•Œโ„๐•Š๐•Œ๐•Š ๐”ป๐•€๐”พ๐•€๐•‹๐”ธ๐•ƒ ๐”ฝ๐”ธ๐•Šโ„๐•€๐•†โ„• ๐”ผโ„•๐•‹โ„๐”ผโ„™โ„๐”ผโ„•๐”ผ๐•Œโ„๐•Š ๐”ป๐”ธ๐• 1

28 April 2026 | Sibu - Kursus Digital Fashion Entrepreneurs telah berlangsung selama 3 hari bermula hari ini bertempat di Premier Hotel Sibu.

Sesi hari pertama menyaksikan penglibatan aktif peserta melalui latihan praktikal dan perbincangan interaktif bersama tenaga pengajar. Semangat dan komitmen peserta amat memberangsangkan dalam mempelajari ilmu baharu bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.








LAWATAN PENGARAH MARA NEGERI SARAWAK KE PREMIS PERNIAGAAN MARA SIBUSIBU, 26 Februari 2026 โ€“ Komitmen memperkasa usahawan...
26/04/2026

LAWATAN PENGARAH MARA NEGERI SARAWAK KE PREMIS PERNIAGAAN MARA SIBU

SIBU, 26 Februari 2026 โ€“ Komitmen memperkasa usahawan terus diperkukuh apabila Pengarah MARA Negeri Sarawak, Encik Timelow anak Jauk, turun padang meninjau sendiri operasi dan perkembangan perniagaan di Lot Kedai MARA Sibujaya serta usahawan sekitar Sibu.

Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi menjadi platform penting untuk mendengar suara usahawanโ€”menyelami cabaran sebenar di lapangan serta mengenal pasti keperluan bagi memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan dalam pasaran yang semakin mencabar.

Melalui sesi interaksi bersama usahawan, pelbagai aspek disentuh termasuk strategi pemerkasaan perniagaan, penerapan teknologi digital, akses kepada latihan berimpak tinggi serta peluang pemasaran yang lebih meluas ke arah pertumbuhan mampan.

Turut mengiringi lawatan ini ialah Encik Wan Alwi bin Wan Bujang, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sarawak (Pembangunan) dan Puan Magdylena binti Sili, Pegawai MARA Daerah Sibu.

Lawatan ini mencerminkan iltizam berterusan MARA dalam memastikan setiap usahawan tidak bergerak bersendirian, sebaliknya terus dibimbing, disokong dan diperkasakan demi membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh dan berdaya tahan.








Bahagian Pendidikan  Tinggi MARA,  Kolej Poly-Tech MARA  dan Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM  ada buka booth di UTS...
25/04/2026

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Kolej Poly-Tech MARA dan Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM ada buka booth di UTS, Sibu. Jom rami rami kita ke sia.

๐Ÿ“ข ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kini terbuka buat semua lepasan sekolah. Temui pelbagai pilihan institusi, program pengajian serta peluang masa depan anda di Jom Masuk U 2026.

๐Ÿ“ Lokasi:
๐Ÿ”น Zon Sarawak II
๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ ๐“๐ฎ๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐“๐š๐ข๐› ๐Œ๐š๐ก๐ฆ๐ฎ๐, ๐”๐‚๐“๐’ ๐’๐ข๐›๐ฎ

๐Ÿ”น Zon Tengah II
๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ, ๐”๐๐’๐ˆ ๐“๐ . ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 25 - 26 April 2026 (Sabtu & Ahad)
๐ŸŽ“ Kunjungi reruai KPTM dan dapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian, syarat kemasukan serta peluang melanjutkan pelajaran bersama kami.
Jumpa anda di sana!

Address

Bangunan Arked MARA Sibu
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084332829

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Sibu:

Share