AADK Daerah Sibu

AADK Daerah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Sibu, Government Organization, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming, Sibu.

AADK merupakan sebuah agensi di bawah KDN yang menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi:

-Pendidikan Pencegahan
-Penguatkuasaan & Keselamatan
-Rawatan, Perubatan & Pemulihan
-Hubungan Antarabangsa

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
18/09/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Spencer Egat David atas segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di AADK Daerah Sibu.

AADK Daerah Sibu turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penempatan baharu di AADK Daerah Kuching. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan membawa kecemerlangan di tempat baharu.

Segala bakti dan sumbangan yang diberikan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Selamat Maju Jaya.

Ikhlas daripada Seluruh warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu








17/09/2026

Burung angsa lambang di Sibu,
Berenang riang di Sungai Rajang;
Pesanan Langkawi tersemat di kalbu,
Musuh dadah tetap ditentang.

USAHA AADK SIBU, JPJ KAPIT WUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA SELAMAT September 17, 2026 KAPIT - Agensi Antidadah Kebangsaan Da...
17/09/2026

USAHA AADK SIBU, JPJ KAPIT WUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA SELAMAT

September 17, 2026

KAPIT - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah Antidadah (CA) dan Ujian Saringan Awal Air Kencing (Saringan) sempena Program Kesedaran Penyalahgunaan Dadah (Program) di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kapit (JPJ), baru-baru ini.

Program anjuran JPJ tersebut melibatkan seramai lebih 15 orang pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Pelaksanaan CA itu bertujuan memberikan pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah khusus kepada majikan dan pekerja.

Langkah itu amat penting bagi mencegah penularan najis dadah di tempat kerja, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, kondusif dan selamat.

Selain itu, saringan turut dijalankan sebagai langkah pencegahan awal dan memastikan warga kerja perkhidmatan awam sentiasa bebas daripada sebarang pengaruh bahan terlarang.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Cawangan JPJ, Hafiz Abdullah.

Inisiatif strategik itu mencerminkan komitmen berterusan AADK bersama agensi kerajaan dalam membanteras gejala dadah di peringkat organisasi.








SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Semangat pembentukan Malaysia yang berteraskan perpaduan, persefahaman dan kebersama...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Semangat pembentukan Malaysia yang berteraskan perpaduan, persefahaman dan kebersamaan hendaklah terus dipelihara sebagai kekuatan negara dalam menghadapi cabaran semasa.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun memperingati detik bersejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk sebuah persekutuan baharu. Detik bersejarah ini menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan sejahtera.

Dalam konteks memerangi masalah dadah, AADK menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu dan memainkan peranan masing-masing dalam membina komuniti yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Jadikan semangat Hari Malaysia sebagai kekuatan untuk kita terus melangkah bersama membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

Ikhklas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)







SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA DAERAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBUAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ...
15/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA DAERAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohamad Farizal bin Mohamad Buang bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Daerah AADK Daerah Sibu yang baharu, berkuat kuasa pada 15 September 2026.

Semoga kepimpinan beliau dapat memantapkan lagi tadbir urus organisasi serta memberikan dedikasi yang berpanjangan kepada AADK Daerah Sibu.

Kehadiran beliau selaku teraju baharu dijangka mampu memperkasakan lagi strategi penguatkuasaan, pencegahan dan rawatan pemulihan dadah demi merealisasikan aspirasi komuniti bebas dadah di daerah ini.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Encik Mohamad Farizal.

Ikhlas daripada Seluruh warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu








SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT MAJU JAYASatu pertemuan, sudah pasti akan ada perpisahan.Agensi Antidadah Kebangsaan (A...
15/09/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT MAJU JAYA

Satu pertemuan, sudah pasti akan ada perpisahan.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Azimah Marsid atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Daerah AADK Daerah Sibu.

Beliau akan bertukar dan berkhidmat di penempatan baharu iaitu di AADK Daerah Kuching berkuatkuasa pada 15 September 2026.

Sepanjang menerajui AADK Daerah Sibu, beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berdedikasi, malah merupakan figura "ironlady" yang sentiasa kental, bersemangat tinggi, dan penuh karisma dalam memastikan setiap gerak kerja berjalan dengan cemerlang.

Ketegasan dan kelembutan beliau dalam memimpin kami akan sentiasa menjadi inspirasi.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Azimah di tempat baharu nanti.

Semoga terus sukses, cemerlang dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dalam menabur bakti demi komuniti yang bebas dadah.

Jasamu dikenang, budimu disanjung! 🕊️

Ikhlas daripada Seluruh warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu








13/09/2026

Ada sebuah rumah, di dalamnya ada benda kalau kita simpan, ia membawa padah. Tapi kalau kita buang jauh2, 1 rumah jadi bahagia dan selamat. Apakah benda itu?🤔 Sila tinggalkan jawapan anda. Jangan risau, salah X kena denda, yang penting kita ceria!

SK NANGA ASSAN BERSAMA AADK SIBU PERKASAKAN MESEJ BAHAYA DADAH September 13, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Dae...
13/09/2026

SK NANGA ASSAN BERSAMA AADK SIBU PERKASAKAN MESEJ BAHAYA DADAH

September 13, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah dan Pameran Antidadah (CP) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah (Program) di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Nanga Assan (SKNA), pada Jumaat.

Program anjuran SKNA berkenaan melibatkan seramai lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada barisan guru dan murid.

Inisiatif itu dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memupuk nilai pencegahan awal warga sekolah terhadap ancaman bahaya penyalahgunaan bahan terlarang sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Objektif utama CP itu diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah dari sudut kesihatan, undang-undang dan sosial.

Melalui pameran serta sesi penerangan interaktif, para murid diberikan kefahaman yang jelas mengenai cara-cara menolak pengaruh negatif dan menjaga diri serta persekitaran mereka daripada ancaman dadah.

AADK menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasakan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan, terutamanya di kawasan luar bandar, bagi memastikan penyampaian maklumat pencegahan berjalan secara menyeluruh.

Usaha berterusan itu diharapkan dapat melahirkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif, sekali gus merealisasikan aspirasi generasi muda yang bebas daripada dadah.








SEPASANG KEKASIH BERSEMBUNYI DALAM ALMARI ANTARA 1,290 DITAHAN AADK DALAM OP CEGAH KHASSeramai 1,290 individu telah dita...
11/09/2026

SEPASANG KEKASIH BERSEMBUNYI DALAM ALMARI ANTARA 1,290 DITAHAN AADK DALAM OP CEGAH KHAS

Seramai 1,290 individu telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas (Op Cegah Khas) Bilangan 2 Tahun 2026 yang dilaksanakan secara serentak oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara bermula 8 hingga 10 September 2026.

Operasi selama tiga hari ini menyasarkan lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan.

Ketua Penolong Pengarah Operasi AADK, Tuan Hamizan Haidzir memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan tangkapan, seramai 699 individu didapati positif dadah atau bahan.

Analisis jenis dadah menunjukkan penyalahgunaan methamphetamine terus mendominasi dengan sekitar 68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan.

Negeri Sabah menjadi fokus utama pelaksanaan Op Cegah Khas kali ini dengan operasi dijalankan di tiga daerah utama iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, melibatkan kekuatan seramai 46 pegawai dan anggota AADK.

Sepanjang operasi tersebut, AADK Negeri Sabah telah menahan seramai 113 penagih dan penyalah guna dadah dan bahan, dengan 86 daripadanya merupakan individu baharu yang dikesan.

AADK Sabah turut memberi tumpuan khusus terhadap isu penyalahgunaan dadah di kawasan FELDA dengan mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan.

Langkah ini menyaksikan seramai 60 individu didapati positif dadah melibatkan dua kawasan iaitu Felda Umas di Tawau dan Felda Sahabat di Lahad Datu.

Dalam operasi yang sama, AADK turut berjaya mengesan dan menahan sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui bersembunyi bersama-sama di dalam sebuah almari pakaian di sebuah rumah.

Turut ditahan ialah tiga beradik yang kesemuanya disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dua beradik yang gagal hadir jamin serta dua penjawat awam yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen AADK dalam menangani penyalahgunaan dadah dan bahan secara menyeluruh, di samping memastikan individu yang memerlukan bantuan mendapat akses kepada rawatan dan pemulihan sewajarnya.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





10/09/2026

"Faham kenapa AADK ada Rawatan & Pemulihan SUKARELA?", Sebab AADK menolong, bukan "Ahlong". PERCUMA, X PERUNDANGAN & RAHSIA. AADK datang ke rumah bahawa dialah sebab kita masih ada peluang ke-2.

Address

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084325811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share