30/08/2026
Lensa JNC Sibu
๐ฒ๐พ ASPEK 2.6 SKPM KUALITI@SEKOLAH: URUS PERPADUAN, BINA KEHARMONIAN
Sempena Hari Kebangsaan Ke-69, ayuh kita hayati Aspek 2.6 Pengurusan Perpaduan bukan sekadar sebagai dokumentasi, tetapi sebagai amalan yang memberi impak kepada murid.
๐น 1. RANCANG โ Jawatankuasa Perpaduan Sekolah
Tubuhkan dan aktifkan Jawatankuasa Perpaduan Sekolah selaras dengan SPI Bil. 9/2018. Rancang aktiviti perpaduan secara terancang merentasi kurikulum, HEM dan kokurikulum.
๐น 2. LAKSANA โ Pengisian Dalaman
Gunakan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Kebangsaan sebagai salah satu platform melalui aktiviti seperti kuiz kenegaraan, pidato, drama pelbagai budaya, pameran sejarah dan aktiviti patriotik selaras dengan SPI Bil. 14/2000.
๐น 3. JALIN โ Perpaduan Merentasi Sekolah
Manfaatkan RIMUP untuk membina jaringan dengan sekolah lain seperti SK, SJKC dan SJKT melalui aktiviti kebudayaan, sukan, kesenian dan kemasyarakatan.
๐ก 3 KATA KUNCI ASPEK 2.6:
RANCANG โ LAKSANA โ JALIN
Jawatankuasa Perpaduan sebagai PERANCANG, aktiviti sekolah sebagai PENGISIAN, dan RIMUP sebagai JARINGAN.
Apabila dirancang, dilaksanakan dan dinilai dengan baik, Aspek 2.6 bukan lagi sekadar memenuhi standard, tetapi menjadi budaya sekolah yang menyemai perpaduan, menghargai kepelbagaian dan membina jati diri murid.
๐ฒ๐พ Perpaduan tidak hanya diajar, tetapi perlu diurus, dihayati dan diamalkan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! ๐ฒ๐พ
Daripada meja kecil Ketua Nazir Cawangan,
Jemaah Nazir Cawangan Sibu