30/07/2026
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH SIBU BAGI BULAN JULAI 2026
SIBU, 30 Julai 2026 (Khamis)– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Sibu bagi Bulan Julai 2026 yang berlangsung di Padang Kawad IPD Sibu dengan penuh tertib dan semangat kebersamaan.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Sibu, YDH ACP Abang Zainal Abidin bin Abang Ahmad, serta dihadiri oleh pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Sibu.
Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Insp. Mohd Yazid bin Robin. Seterusnya, lafaz ikrar telah diketuai oleh Insp. Ahmad Shafique bin Mohd Abdillah sebagai tanda komitmen seluruh warga IPD Sibu dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada organisasi dan masyarakat.
Dalam ucapan beliau, YDH Ketua Polis Daerah Sibu menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Sibu atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas. Beliau turut menyeru agar semangat kerja berpasukan, integriti serta profesionalisme terus diperkukuhkan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Sijil Penghargaan kepada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam sebagai tanda pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi, komitmen dan sumbangan mereka kepada pasukan.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat, sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan ringan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Sibu.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan penghargaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga IPD Sibu untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berlandaskan motto "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."