HR Bagan Homestay

HR Bagan Homestay HR Bagan Homestay
Bagan Lalang
Sungai Pelek
Selangor

DOWN MEMORY LANEANGGOTA WANITA TERAWAL SERTAI PASUKAN POLIS Sarjan (B) RF/127 Fatimah Abd Hamid merupakan seorang daripa...
04/01/2020

DOWN MEMORY LANE

ANGGOTA WANITA TERAWAL SERTAI PASUKAN POLIS

Sarjan (B) RF/127 Fatimah Abd Hamid merupakan seorang daripada 54 konstabel wanita pertama yang menyertai pasukan polis pada tahun 1956, setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Selepas 36 tahun berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Fatimah secara rasmi menjalani persaraan wajib pada 25 Mac 1992.

Beliau telah bertemu jodoh dengan arwah suaminya, Allahyarham Sarjan (B) RF/30514 Osman Ngah Ismail pada tahun 1962 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Meskipun kini sudah berusia 82 tahun, Sarjan Fatimah masih lagi bertenaga dan berada dalam keadaan sihat serta bahagia bersama anak-anak, lapan cucu dan enam cicit.

Terima kasih Sarjan Fatimah di atas segala jasa dan pengorbanan Puan kepada Pasukan selama ini. Semoga jati diri dan semangat juang yang ada dalam diri Puan, dicontohi oleh warga PDRM khususnya pegawai dan anggota polis wanita hari ini.

Kunjungan Kebajikan dan Jejak Kasih ke Rumah Polis Wanita Pertama telah diadakan oleh Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diketuai oleh komandernya SAC Mohd Shahar Ibrahim dan Pengerusi PERKEP Briged Utara, Puan Hasnah Ariffin.





 Penganugerahan Gelaran “Diraja”Kepada Pasukan Polis PersekutuanTanah Melayu Pada 24 Julai 1958, Duli Yang Maha Mulia Se...
02/12/2019


Penganugerahan Gelaran “Diraja”
Kepada Pasukan Polis Persekutuan
Tanah Melayu

Pada 24 Julai 1958, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad, telah berkenan mengurniakan gelaran “DIRAJA” kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pengurniaan ini adalah lambang penghormatan terhadap khidmat bakti yang cemerlang dan penuh taat setia yang ditunjukkan oleh setiap anggota pasukan menentang ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Di dalam titah ucapannya, Seri Paduka Baginda antara lain menegaskan peranan pasukan polis yang telah menunjukkan “Darjah kecekapan yang tertinggi bagi menentang kekerasan secara terang-terangan”, khususnya semasa Darurat yang tercetus sejak tahun 1948.

Pengurniaan gelaran Diraja itu menjadikan pasukan polis dikenali dengan nama Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu. Baginda seterusnya menegaskan, “mudah-mudahan dengan izin Allah Subhanahu Wataala, tuan-tuan dan orang-orang yang kemudian dari tuan-tuan kelak sanggup menjunjung gelaran (Diraja) ini dengan megah dan taqwa, dengan hormat dan taat setia”. Bersempena dengan upacara pengurniaan gelaran ini pada hari yang sama, satu perbarisan telah diadakan di Padang Kawat Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

04/11/2019

Basikal lajak: Ibu bapa, penjaga boleh didenda, penjara

KUALA LUMPUR – Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM20,000 dan penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Azisman Alias berkata, pada masa ini, hanya ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan berkenaan di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah kaedah-kaedah kepada penjaga mereka di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak, di mana ibu bapa bertanggungjawab ke atas perbuatan, tindakan dan keselamatan anak-anak tersebut.

“Sekiranya kita dapat membuktikan pengabaian terhadap keselamatan kanak-kanak ini, penjaga atau ibu bapa itu boleh dikenakan denda telah melebihi RM20,000 dan penjara selama 5 tahun.

“Setakat ini kita belum mengambil tindakan terhadap ibu bapa, kerana kita sedang mengkaji ada tak undang-undang lain boleh digunakan terhadap penjaga atau ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media harian di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sidang media harian Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias (kanan) bercakap pada sidang media JSPT berkenaan basikal lajak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 NOVEMBER 2019
Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Johor Bharu melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Ke Ting didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dalam pada itu, Azisman berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kedai basikal yang mengubah suai basikal lajak susulan ketiadaan peruntukan undang-undang.

“Pada awalnya basikal lajak itu basikal biasa tetapi telah diubah suai kepada begitu rupa bagi menunjukkan satu aksi untuk kepuasan diri mereka, macam aksi superman, handle dipotong pendek dan direndahkan tanpa brek, tanpa lampu dan tidak memakai helmet.

“Tempat diubah suai ini juga kena ambil tindakan tetapi undang-undang sedia ada tidak dapat mengambil tindakan kepada mereka yang ubah suai atau kedai basikal yang ubah suai,” katanya.

Selain ibu bapa dan penjaga, pihak boleh merampas basikal lajak yang terbabit dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit dan pengguna jalan raya lain.

“Basikal-basikal ini apa yang kita dapati salah ataupun tidak mengikut peraturan jika kita mahu mengambil kesalahan dan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1979 ataupun LN166/1979.

“Pertama kita boleh ambil tindakan di bawah Kaedah 35(2) setiap basikal apabila ditunggang hendaklah dipasang di depannya lampu yang menunjukkan cahaya putih yang boleh dilihat dalam jarak yang munasabah tempat basikal itu tujui.

“Kemudian Kaedah 35(3) setiap basikal di bahagian belakangnya dipasang lampu yang menunjukkan lampu merah di sebelah belakang yang boleh dilihat dalam jarak munasabah.

“Setakat ini tindakan saman yang boleh kita ambil dan kita boleh rampas basikal ini di bawah Seksyen 132 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 ‘BODY SHAMING’ ADALAH JENAYAH'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi...
16/10/2019



‘BODY SHAMING’ ADALAH JENAYAH

'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b).

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming' dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita.

Sumber imej: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

13/10/2019

Tazkirah

13/10/2019

*​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُالله وَبَرَكَاتُه.. selamat tengahari
semua.....
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّدٍ*

Moga semua sihat & serta dipermudahkan segala urusan oleh NYA dan

*Semoga Allah merahmati kita semua*
*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ*🌹🌹🌹

DIRGAHAYU TUANKU!Merafak sembah dan Setinggi-tinggi ucapan tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Su...
09/09/2019

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak sembah dan Setinggi-tinggi ucapan tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada hari ini.

Doa
30/08/2019

Doa

 HARI KEBANGSAAN KE-62: PEMASANGAN JALUR GEMILANG PADA KENDERAANTinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita akan menya...
27/08/2019



HARI KEBANGSAAN KE-62: PEMASANGAN JALUR GEMILANG PADA KENDERAAN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62.

Pasti ramai yang mengambil peluang untuk menyemarakkan dan menghayati bulan kemerdekaan kali ini dengan menujukkan semangat cintakan negara.

Antaranya adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan kediaman, premis-premis kerajaan dan bukan kerajaan, tempat kerja serta pada kenderaan.

Tahukah anda? Jalur Gemilang boleh dikibarkan secara kreatif pada kenderaan masing-masing asalkan ianya tidak membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Jom ketahui cara pemasangan Jalur Gemilang yang betul pada kenderaan anda.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

11/08/2019

```📍PDRM: Pengawal Keselamatan Tidak Berhak Untuk Pegang MyKad Anda, Hanya 5 Golongan Ini Sahaja Yang Ada Kuasa

August 11, 2019 General
Kad pengenalan atau MyKad merupakan dokumen paling penting bagi individu yang bertaraf warganegara. Selalunya, kebanyakan urusan yang melibatkan perundangan memerlukan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

PDRM telah mengeluarkan satu kenyataan di mana hanya lima golongan sahaja yang boleh menyimpan atau memegang kad pengenalan anda jika keadaan memerlukan.

Selain lima golongan itu, tiada siapa pun yang berhak untuk memegang, menyimpan mahupun menyemak MyKad anda.

Berikut kami kongsikan lima golongan tersebut:

1. Pegawai polis

2. Pegawai pendaftaran

3. Pegawai kastam

4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah

5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

MyKad boleh dieksploitasi bagi kegunaan jenayah. Jadi, jangan bagi kad pengenalan anda dengan sewenang-wenangnya kepada pihak lain. Jika sesuatu urusan itu memerlukan salinan kad pengenalan anda, pastikan ia dipangkah atau ditulis untuk urusan apa bagi mengelakkan kes salah guna berlaku.

Sekiranya terdapat pengawal keselamatan di mana-mana lokasi terutama sekali di kawasan perumahan meminta anda untuk meninggalkan MyKad anda, ia adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memandangkan mereka tidak tergolong dalam lima golongan di atas.

Individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.```

Address

Banting

Telephone

+60331872222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR Bagan Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share