Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar

Directions Website Contact the organization

Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar Unit Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Darulaman, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-7332775 Faks: 04-7347295
Laman Web Rasmi: https://sites.google.com/moh.gov.my/upkwhks/utama Visi: Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. Objektif: Untuk meningkat taraf kesihatan individu yang produktif melalui perkhidmatan yang merangkumi aspek penggalakkan,pencegahan,rawatan dan pemulihan.

28/10/2026

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦❓

Ambil cakna terhadap kesihatan payudara anda‼️

🩺 Lakukan saringan ujian mamogram secara berkala bagi membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Pengesanan awal membolehkan rawatan diberikan dengan lebih cepat dan berkesan.

“𝑴𝒂𝒎𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”

🏆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐊𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑! ​Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar atas ke...
27/10/2026

🏆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐊𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑!

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar atas kejayaan cemerlang merangkul dua anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kualiti Program Kesihatan Awam Tahun 2026 di PICC, Putrajaya yang disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗿. 𝗗𝘇𝘂𝗹𝗸𝗲𝗳𝗹𝘆 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱, 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 :

​🥈 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 — 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 (𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐅𝐚𝐬𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧)
🎤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤

​Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga PKD Kota Setar dalam menyahut amanat YB Menteri Kesihatan untuk memperkasa inovasi dan mutu perkhidmatan kesihatan awam demi kesejahteraan masyarakat.
​Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat untuk kita terus memberikan yang terbaik! 💪✨
​

27/10/2026

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Antara gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Gejala yang dialami boleh berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya gejala berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera.

27/10/2026
27/10/2026

🛑𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐅𝐌𝐃: 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 & 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀

Tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang perlu diberi perhatian ialah demam, sakit tekak, sakit kepala, hilang selera makan, serta kemunculan ulser pada tekak, mulut dan lidah.

Kanak-kanak juga boleh mengalami ruam atau lepuh berisi cecair pada tangan, kaki dan kawasan lampin yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Sekiranya gejala ini dikesan, tindakan segera perlu diambil adalah dengan merehatkan kanak-kanak di rumah dan elakkan mereka hadir ke taska, tadika atau sekolah bagi mencegah penularan jangkitan.

Pantau keadaan kesihatan anak secara berterusan dan pastikan pengambilan cecair mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

Ibu bapa dan penjaga digalakkan mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan sekiranya gejala bertambah teruk atau berlarutan.

Amalkan kebersihan diri dan persekitaran secara konsisten sebagai langkah perlindungan. Pengesanan awal dan tindakan tepat membantu mempercepatkan pemulihan serta melindungi kanak-kanak lain daripada jangkitan HFMD.



🛑𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐅𝐌𝐃Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih dilaporkan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Ked...
26/10/2026

🛑𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐅𝐌𝐃

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih dilaporkan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Kedah.

Penyakit ini disebabkan oleh Enterovirus dan mudah merebak melalui sentuhan dengan air liur, lelehan hingus, najis serta cecair lepuh individu yang dijangkiti.

Gejala HFMD termasuk demam, ulser mulut serta ruam atau lepuh di tangan dan kaki. Kebanyakan kes adalah ringan dan sembuh sendiri, namun kanak-kanak bergejala perlu dikuarantin di rumah bagi mengelakkan penularan.

Pencegahan amat penting dengan mengamalkan cuci tangan menggunakan sabun, menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membawa anak yang bergejala ke taska atau sekolah.

Lindungi anak-anak kita, cegah HFMD bersama.

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑Pantau & nasihatkan anak-anak agar tidak bermain dengan air banjir supaya terlindung daripada dijangkiti p...
26/10/2026

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑

Pantau & nasihatkan anak-anak agar tidak bermain dengan air banjir supaya terlindung daripada dijangkiti penyakit bawaan air.

Musim banjir ini bukanlah pesta untuk bermain air kerana kita tidak tahu status dan kualiti kebersihan air.





22/10/2026

💪Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

📌Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

22/10/2026
🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuh...
20/10/2026

🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan.

‼️ Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tip berikut untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan.

Address

Unit Promosi Kesihatan, Wellness Hub Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar:

Shortcuts

Share

Nearby government services