Pejabat Penerangan Daerah Daro

Pejabat Penerangan Daerah Daro Kami memberikan anda Maklumat, isu semasa dan rencana untuk dikongsikan bersama. Lawati Pusat Maklum

28/05/2026
28/05/2026

Laporan/foto: Senie Endin(Betong)/Hamzah Bohari/Muhammad Danial Zakwan (Song)

28/05/2026

🚨 RM49.26 JUTA NILAI RAMPASAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat operasi bersepadu di seluruh negara bagi membanteras ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan demi melindungi kesejahteraan rakyat serta kestabilan bekalan negara.

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan pemeriksaan stor, premis, lori pengangkutan, gudang simpanan dan rantaian pengedaran barang kawalan termasuk diesel, petrol, minyak masak, tepung gandum serta pelbagai keperluan asas lain.

Antara fokus utama operasi termasuk:
✅ Membanteras ketirisan dan penyeludupan barang bersubsidi
✅ Memastikan bekalan keperluan asas rakyat kekal stabil
✅ Melindungi subsidi kerajaan daripada penyelewengan
✅ Memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu seluruh negara
✅ Melaksanakan tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pelanggaran undang-undang

KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement dan operasi berasaskan risikan terus diperkasakan menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi bagi menjamin keselamatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Malaysia.










Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 27 Mei 2026

28/05/2026

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius insiden tren LRT tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin pada pagi ini.

Keselamatan penumpang adalah keutamaan utama dan tiada kompromi akan diberikan terhadap aspek keselamatan serta kebolehpercayaan sistem pengangkutan awam negara.

“Budaya ‘business-as-usual’ tidak boleh diteruskan dalam soal keselamatan rakyat. Akauntabiliti mesti ditegakkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai.

MOT telah mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan segera dan laporan penuh akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri serta diumumkan kepada umum.

Maklumat lanjut : https://shorturl.at/STV1Y

28/05/2026
28/05/2026

🧠✨ Kesihatan Mental Itu Penting!

Kesihatan mental bukan sekadar emosi—ia mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak & berhubung dengan orang lain.

Jaga minda, jaga kesejahteraan! 💙💪




28/05/2026

📱❌ Anak susah lepas gajet?

Ikuti tip mudah untuk bantu kurangkan ketagihan dan galakkan aktiviti lebih sihat. 💡

Ibu bapa, jangan risau—ada cara untuk tangani. 👶🎨




28/05/2026

Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.

Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.

Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?

Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.


28/05/2026

⛽ Harga runcit beberapa bahan api bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026 diturunkan susulan penyusutan harga pasaran antarabangsa minggu lalu, manakala harga bersubsidi kekal bagi terus melindungi rakyat. 📉

Kerajaan MADANI akan terus memastikan bekalan bahan api negara mencukupi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global. 🇲🇾




Address

Daro
96200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

084823263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share