29/05/2026
Ambil perhatian kepada semua peniaga. Kesilapan kecil boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada kesihatan awam. Pentingnya ilmu yang diberikan atau teguran yang disampaikan oleh pegawai yang menjalankan pemeriksaan di tempat/gerai anda.
Kegagalan/ingkar arahan terhadap teguran yang diberikan akan menyebabkan anda boleh dikenakan notis kompaun atas kesalahan sendiri kerana MENGABAIKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ORANG AWAM TERHADAP MAKANAN YANG DIJUAL OLEH ANDA.
Terima teguran dengan hati terbuka, perbaiki setiap teguran yang diberikan dan pesan pada diri, ikutlah peraturan dan bila dikenakan notis kompaun kesalahan, jangan salahkan pegawai yang menjalankan tugas, tapi muhasabah diri apa kesalahan yang anda lakukan.
Renung - renungkan dan selamat beramal.
Perhatikan keadaan papan pemotong yang digunakan. Pastikan papan pemotong yang anda gunakan dalam keadaan elok dan sempurna β π
Jika sudah merekah seribu, pecah, atau jenis kayu yang dah mula reput, JANGAN GUNAβCelah rekahan lubang kayu sebenarnya lubuk paling digemari oleh kuman dan bakteria untuk membiak. π¦ β
Pastikan daging yang kita uruskan ini bersih, suci, dan tidak membawa mudarat kepada orang lain. Jadi, pakat-pakatlah guna papan pemotong yang elok dan selamat demi menjaga kualiti daging korban ni.
Selamat beramal! β¨
Kredit : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM