Jkkk kampung baru hilir daro

Jkkk kampung baru hilir daro LAMAN RASMI FB JKKK KAMPUNG BARU HILIR,96200 DARO,MUKAH,SARAWAK.

13/04/2026
YB Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daro 2026 pada 11 APRIL 2...
13/04/2026

YB Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daro 2026 pada 11 APRIL 2026 di Tapak Pesta Daro.

Alhamdulillah, pada tahun ini Kampung Baru Hilir buat pertama kali bergabung dengan Kampung Baru Hulu serta bersama pertubuhan-pertubuhan Kampung Baru. Dan buat julung kali nya juga gabungan ini telah menjadi johan untuk gerai terbaik bagi kategori JKKK/KRT.Syabas dan tahniah diucapkan untuk Kampung Baru Daro. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi menjayakan kerjasama ini dalam merealisasikan perancangan yang telah dirancang sebelum ini. Anda semua hebat. WE ARE THE BEST 💪

Majlis diserikan lagi dengan persembahan hiburan, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah pertandingan gerai terbaik mengikut kategori.

Hadir sama, wakil Residen Bahagian Mukah, Encik Mohammad Madzihi Bin Mohd Musa, Pegawai Daerah Daro, Encik Zul Haji Usup, KPD Matu Daro, DSP Rahim Anak Mihos, Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Encik Mohd Yusri Azhar Abdullah, Jurutera Daerah JKR Daro, Encik Faizol Bin Hashim.




Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKKK Kampung Baru Hilirdan JKKK Kampung Baru Hulu  ...
07/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKKK Kampung Baru Hilirdan JKKK Kampung Baru Hulu atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan perbincangan mengenai Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Daerah pada 11/4/2026 nanti.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pertubuhan dan wakil yang hadir, antaranya:
Hanim bin Ali ( KK K.Baru Hilir)
Ladi bin Man ( KK K.Baru Hulu)
KRT Kampung Baru Hilirdan Hulu
JKP Surau Darul Taqwa
USK
PPWS
Wakil-wakil yang hadir
Dewan Sekudut
Wakil SABERKAS
Gelanggang Futsal

Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai dan mencerminkan semangat perpaduan serta komitmen bersama dalam membangunkan masyarakat kampung, khususnya dalam merancang untuk majlis yang akan dilaksanakan nanti.
Semoga segala perbincangan yang telah dijalankan membuahkan hasil yang baik dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.


Syukur alhamdullilah YB Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidil...
05/04/2026

Syukur alhamdullilah YB Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Tahun 1447H/ 2026 Kampung Baru, Daro.

Pada majlis yang sama, Yang Berhormat menyampaikan sumbangan dana kepada setiap JKKK Kampung Baru Hilir, JKKK Kampung Baru Hulu dan PPWS. Turut dirasmikan juga Gelanggang Futsal Kampung Baru Daro untuk kemudahan penduduk kampung bersama oleh Yang Berhormat.

Hadir sama, Pegawai Daerah Daro, Tuan Zul Bin Haji Usup, Jurutera Daerah JKR Daro, Tuan Faizol Bin Hashim, Penghulu Abu Bakar Bin Salleh, Penghulu Jebli Bin Ngok, Ketua Kaum Kampung Baru Hilir, KK Hanim Bin Ali dan Ketua Kaum Kampung Baru Hulu, KK Ladi Bin Man, Ketua-ketua kaum di sekitar tanah besar Daro yang lain.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diuca...
27/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKKK Kampung Baru Hulu, Daro dan Jkkk kampung baru hilir daro , Daro atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan perbincangan aktiviti Bulan Syawal serta perkara-perkara lain.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pertubuhan dan wakil yang hadir, antaranya:
Abu Bakar bin Salleh (Penghulu)
Ladi bin Man (Ketua Kaum Kpg Baru Hulu)
Hanim bin Ali (Ketua Kaum Kpg Baru Hilir)
P. Surau Darul Taqwa
KRT Kampung Baru Hulu dan Hilir
USK
Kelas Mengaji Al-Quran
PPWS
P.Gelanggang Futsal
Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai dan mencerminkan semangat perpaduan serta komitmen bersama dalam membangunkan masyarakat kampung, khususnya dalam merancang dan melaksanakan program-program yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.
Semoga segala perbincangan yang telah dijalankan membuahkan hasil yang baik dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.


Syukur alhamdulillah dapat menyantuni mantan Guru Besar,Cikgu Abdul Malek (Yunus) bin Haji Marzuki sebentar tadi di kedi...
22/03/2026

Syukur alhamdulillah dapat menyantuni mantan Guru Besar,Cikgu Abdul Malek (Yunus) bin Haji Marzuki sebentar tadi di kediamannya.Semoga sihat dan bahagia selalu.

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWTJutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ladang Tanjung Alan Daro kerana telah me...
11/03/2026

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ladang Tanjung Alan Daro kerana telah menyantuni dan menghulurkan sumbangan dalam bentuk bakul makanan kepada golongan asnaf dan OKU Kampung Baru Hilir sempena bulan Ramadan al-mubarak ini serta bagi membantu meringankan beban serba sedikit penerima menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Turut terlibat iaitu wakil dari pihak Ladang Tanjung Alan Daro dan KK Hanim beserta beberapa JKKK Kampung Baru Hilir.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diuca...
14/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKKK Kampung Baru Hulu, Daro dan Jkkk kampung baru hilir daro , Daro atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan Majlis Perbincangan Aktiviti Bulan Ramadhan, Aktiviti Bulan Syawal serta perkara-perkara lain yang berkaitan termasuk pelantikan Pengerusi Gelanggang Futsal.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pertubuhan dan wakil yang hadir, antaranya:
KRT Kampung Baru Hulu dan Hilir
USK
Kelas Mengaji Al-Quran
PPWS
Abu Bakar bin Salleh (Penghulu)
Ladi bin Man (Ketua Kaum)
Hanim bin Ali (Ketua Kaum)
Wakil-wakil yang hadir
Dewan Sekudut
Wakil SEBARKAS
Wanita PBB
Bapa PBB
Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai dan mencerminkan semangat perpaduan serta komitmen bersama dalam membangunkan masyarakat kampung, khususnya dalam merancang dan melaksanakan program-program yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.
Semoga segala perbincangan yang telah dijalankan membuahkan hasil yang baik dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera alhamdulillah syukur kepada Allah swt.Jkkk kampung baru hilir daro  (Biro Kebajikan)...
05/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera alhamdulillah syukur kepada Allah swt.Jkkk kampung baru hilir daro (Biro Kebajikan) Puan Latifah Jula Abdullah dan rombongan Kk Baru Hilir telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwahyarhamah Dayang Zuliana binti Awang Mohammad di rumah kediaman keluarganya di Kampung Baru Hulu,Daro.



Address

Kampung Baru Hilir Daro
Daro
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jkkk kampung baru hilir daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share