11/07/2026
Pertandingan Video Pendek Integriti JBPM 2026.
"Waspada Jerat Hutang & Perit Terjebak Dadah"
Sipnosis :
Faizal, Pegawai Bomba Bantuan di BBP Daro yang sangat berdisiplin dan komited dengan tugasan namun akibat keterdesakan, telah meminjam duit dengan peminjam wang tidak berlesen (ah long).Akibat tidak mampu untuk membayar hutang serta bunga yang tinggi dikenakan oleh ah long, Faizal telah menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang dengan menjadi pengedar dadah kepada rakan baiknya di zaman sekolah, Azmi (seorang tokan dadah).
Azmi yang sememangnya ingin meluaskan kawasan pengedaran dadahnya mengambil kesempatan ke atas keterdesakan Faizal demi keuntungan semata-mata.
Sementara itu, Faizal yang telah mengambil risiko menjadi pengedar dadah kepada Azmi telah terjebak dengan najis dadah apabila beliau sendiri menggunakan dadah tersebut semasa bertugas dan telah ditangkap oleh Ketua Balai semasa sedang khayal.
Akibat daripada itu, Faizal telah dilaporkan ke Unit Integriti JBPM dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Tatatertib telah memutuskan Faizal dibuang kerja.
Pengajaran & Peringatan :
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia tidak akan berkompromi dengan penyalahgunaan dadah dikalangan pegawainya dan tindakan tegas buang kerja akan diambil bagi memastikan semua anggota yang bertugas di JBPM adalah bersih dari najis dadah.Dalam masa yang sama, keberhutangan serius dikalangan pegawai juga adalah satu kesalahan dan jabatan tetap akan mengambil tindakan tatatertib kepada mana-mana pegawai yang terjebak dengan hutang melangkaui kemampuan gaji.
Pelakon :
- PBB Mohd Faizal sbg Faizal
- PBB Azmi sebagai Tokan Dadah
- PBK II Hj Ladi sebagai Penyelia Pasukan
- PBT II Hasman sebagai Ketua Balai
- Pasukan Charlie
Kredit Video -
Sinematografi : PBK I Shairulnizam
Skrip : PBK I Shairulnizam
Editor : PBK I Shairulnizam
Arahan : PBK I Shairulnizam
Runut Bunyi Asli (OST) :
Satu Tanpa Ruang
Lagu : PBK I Shairulnizam / Suno AI Music
Lirik : PBK I Shairulnizam.
Sila Like, Komen Dan Share sebanyak mungkin pada video ini untuk membantu kami dalam pemarkahan pertandingan dan dalam masa yang sama juga membantu kesedaran tentang risiko hutang dan bahana terjebak najis dadah.