SK Hijrah Badong DARO

SK Hijrah Badong DARO Seiring Kita Hampiri Bintang

๐ŸŒพ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN GAWAI DAYAK 2026 ๐ŸŒพ"Raikan Budaya, Santuni Kepelbagaian, Kukuhkan Perpaduan."Warga...
30/05/2026

๐ŸŒพ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN GAWAI DAYAK 2026 ๐ŸŒพ

"Raikan Budaya, Santuni Kepelbagaian, Kukuhkan Perpaduan."

Warga SK Hijrah Badong mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan, di samping memperkukuhkan semangat perpaduan, hormat-menghormati serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada,
Jamali bin Kadir
Guru Besar

serta seluruh warga
SK Hijrah Badong

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H โœจ๐ŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H โœจ๐ŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam diri kita semua.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan dengan hati yang penuh syukur dan kasih sayang sesama insan.

โ€œTaqqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya karim.โ€

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Jamali bin Kadir
Guru Besar
SK Hijrah Badong
serta seluruh warga SK Hijrah Badong ๐ŸŒ™

26/05/2026

โœจ SELAMAT HARI GURU 2026 โœจ

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Jom saksikan video montaj khas sempena Sambutan Hari Guru 2026 yang penuh dengan kenangan, penghargaan dan momen indah warga sekolah. ๐Ÿ’

๐ŸŽฅ Video disediakan oleh:
Ustadz Muhammad Arif bin Shah Hezam




Dari lensa kamera kru TVPSS SK Hijrah Badong ๐Ÿ“ธโœจSekitar kemeriahan Sambutan Hari Guru & Pra Gawai SK Hijrah Badong 2026 y...
24/05/2026

Dari lensa kamera kru TVPSS SK Hijrah Badong ๐Ÿ“ธโœจ

Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Guru & Pra Gawai SK Hijrah Badong 2026 yang penuh warna, kasih sayang dan kenangan indah buat seluruh warga sekolah. ๐Ÿ’๐ŸŒพ

Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa dan warga sekolah yang bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Semoga ukhwah terus terjalin dan semangat pendidikan terus mekar demi anak-anak bangsa. โค๏ธ





๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN 1๐Ÿ”ฅAnjuran Unit Pengurusan AsramaSK Hijrah Badong๐Ÿ“… 18 Mei 2026 (Isnin)๐Ÿ•™ 10.00 malamAlhamdulillah, sya...
23/05/2026

๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN 1๐Ÿ”ฅ
Anjuran Unit Pengurusan Asrama
SK Hijrah Badong

๐Ÿ“… 18 Mei 2026 (Isnin)
๐Ÿ•™ 10.00 malam

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Asrama SK Hijrah Badong atas kejayaan melaksanakan Latihan Kebakaran 1 dengan lancar.

Latihan ini melibatkan murid-murid asrama dan bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau situasi kecemasan.

Semoga latihan seperti ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, disiplin dan keselamatan dalam kalangan murid asrama, di samping memberi pengalaman berguna untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




๐Ÿ“ข PENGUMUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ๐Ÿ“šโœจDimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun persekolahan akan berlangsung pada:...
22/05/2026

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ๐Ÿ“šโœจ

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun persekolahan akan berlangsung pada:

๐Ÿ—“๏ธ *23 Mei 2026 โ€“ 07 Jun 2026*
๐Ÿซ Sekolah akan dibuka semula pada *08 Jun 2026*

Selamat bercuti kepada semua murid dan warga sekolah. Gunakan masa cuti bersama keluarga dengan sebaiknya serta sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti.



TAHNIAH & SYABASHIJRAH BERBANGGA! ๐ŸŒŸKEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธโ€ข 18โ€“21 MEI 2026โ€ข J...
21/05/2026

TAHNIAH & SYABAS

HIJRAH BERBANGGA! ๐ŸŒŸ

KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

โ€ข 18โ€“21 MEI 2026
โ€ข JOHOR

Setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada QASIH AMANI ANISA BINTI MAHSIN atas kejayaan meraih Tempat Ke-34 dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2026 bagi Kategori Perempuan Bawah 19 Tahun.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, disiplin serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Hijrah Badong untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang penyertaan kejohanan ini.

โ€œUsaha Berterusan, Kejayaan Gemilangโ€

Terus Melangkah, Capai Lebih Tinggi! โœจ



Jom sama-sama kita berikan sokongan kita buat wakil Hijrah, Qasih Amani Anisa binti Mahsin (PPKI Alpha)! ๐Ÿฅณ
20/05/2026

Jom sama-sama kita berikan sokongan kita buat wakil Hijrah, Qasih Amani Anisa binti Mahsin (PPKI Alpha)! ๐Ÿฅณ

Saksikan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM Kali ke 5 bagi tahun 2026 pada 20 Mei 2026 di bawakan khas dari Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang,...

๐Ÿ“Œ **BENGKEL PEMERKASAAN DIGITAL:PENGGUNAAN AI TOOLS DI PLATFORM DELIMa KPM**๐Ÿ—“๏ธ 18 Mei 2026 | Isnin๐Ÿ“ Dewan Baitussina, SK...
19/05/2026

๐Ÿ“Œ **BENGKEL PEMERKASAAN DIGITAL:
PENGGUNAAN AI TOOLS DI PLATFORM DELIMa KPM**

๐Ÿ—“๏ธ 18 Mei 2026 | Isnin
๐Ÿ“ Dewan Baitussina, SK Hijrah Badong
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Alhamdulillah, Bengkel Pemerkasaan Digital: Penggunaan AI Tools di Platform DELIMa KPM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Mei 2026 bertempat di Dewan Baitussina, SK Hijrah Badong.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Digital SK Hijrah Badong yang diketuai oleh Cikgu Ivy Nazirah binti Mohd Jonazirin atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan bengkel ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Daro, khususnya Encik Abu Bakar Sidi bin Mohamed Rashid atas sokongan dan penganjuran bengkel yang sangat bermanfaat ini.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada para penceramah hebat atas perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi sepanjang bengkel berlangsung:

๐Ÿ”น Cikgu Lesslie Anak Siba (SK Camporan Daro)
Guru Jauhari Digital & Google Certified Educator

๐Ÿ”น Cikgu Khairul Azlan bin Mohd Faizul (SK Ulu Daro)
Guru Penggerak Generasi Digital Microsoft

๐Ÿ”น Ustazah Selasiah binti Kassim (SK Nanga Semah)
Guru Pakar Jauhari Microsoft Certified Educator
Jurulatih 101 Maxis eKelas

Perkongsian yang diberikan amat bermakna dan berimpak tinggi dalam membantu murid-murid dan warga pendidik memperkukuh kemahiran digital serta memahami penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia pendidikan masa kini.

Semoga bengkel ini dapat terus memperkasakan kemahiran digital warga Hijrah selaras dengan perkembangan teknologi semasa serta pembudayaan pendidikan digital.

โœจ Memacu Transformasi Digital Pendidikan โœจ




Tahniah dan selamat berjuang! ๐ŸŒŸWarga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Qasih Amani Anisa Binti Mahsin k...
18/05/2026

Tahniah dan selamat berjuang! ๐ŸŒŸ

Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Qasih Amani Anisa Binti Mahsin kerana terpilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2026 di Johor.

Semoga diberikan kesihatan yang baik, kekuatan, semangat juang yang tinggi serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana. Teruskan melangkah dengan yakin dan harumkan nama sekolah, negeri dan keluarga. ๐Ÿ’ช๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ




Address

Daro

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Hijrah Badong DARO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Hijrah Badong DARO:

Share