ICU JPM Perlis

Directions Website

ICU JPM Perlis PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI PERLIS
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM)

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐌, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒Kangar, 20 Oktober 2026 –Satu perbincangan lanju...
20/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐌, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Kangar, 20 Oktober 2026 –Satu perbincangan lanjut berhubung insiden kebakaran di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis telah diadakan bersama YAB Tuan Abu Bakar Bin Hamzah, Menteri Besar Perlis,. Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Azlan bin Abdul Samat, Pengarah ICU JPM Perlis bersama pegawai-pegawai ICU JPM Perlis. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status dan kerja-kerja pemulihan tanah daripada Kerajaan Negeri bagi membantu mangsa yang terjejas dalam kejadian pada 17 Mac lalu.





05/10/2026

𝐈𝐂𝐔 𝐉𝐏𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Syabas dan tahniah buat ICU JPM Perlis atas kejayaan meraih Tempat Ketiga (Kategori Sederhana) dalam Anugerah Kecemerlangan Prestasi Tahun 2025.

Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen warga ICU JPM Perlis dalam memastikan tugasan dan amanah dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan berimpak.

Penganugerahan ini berlangsung bersempena Program Libat Urus Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Pegawai Perakaunan dan Kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Lembah Klang Tahun 2026, pada Isnin, 5 Oktober 2026.

Tahniah dan penghargaan ikhlas daripada Ketua Pengarah ICU JPM serta seluruh warga ICU JPM. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan.

ICU JPM Perlis



𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑(𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍)Kangar, 2 Oktober 2026 – Pejabat Pembangunan Persekutuan Ne...
05/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑
(𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍)

Kangar, 2 Oktober 2026 – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, ICU JPM Negeri Perlis terus memperluas jaringan sokongan sosial menerusi pelaksanaan Program Sejahtera MADANI: Kebajikan (Bantuan Kesihatan) di Parlimen Kangar.

Seramai tiga orang isi rumah (IR) yang sedang menghadapi ujian kesihatan telah disantuni bagi membantu meringankan beban yang ditanggung, di samping menyampaikan sokongan dan keprihatinan kepada penerima serta ahli keluarga.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberi sedikit kelegaan dan menyuntik semangat baharu kepada para penerima. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan aspek kebajikan, kesejahteraan dan keperluan rakyat sentiasa diberi perhatian.





𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 Padang Besar, 1 Oktober 2026 – Pasukan Pe...
02/10/2026

𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

Padang Besar, 1 Oktober 2026 – Pasukan Penyelarasan PMX, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Perlis telah turun padang menyantuni adik Nur Aleya Mikayla yang merupakan OKU Sindrom Down dan menghadapi masalah jantung yang kronik di Taman Jejarum, Santan.

Adik Nur Aleya Mikayla kini memerlukan rawatan berkala di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Sumber pendapatan keluarga ini bergantung kepada hasil perniagaan kecil-kecilan menjual pisang goreng dan air balang di berdekatan kediaman mereka.

Menerusi lawatan ini, Pasukan Penyelarasan PMX ICU JPM Perlis telah menyampaikan sumbangan kebajikan dan turut memberikan sokongan moral bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga. Di samping itu, penilaian keperluan semasa turut dijalankan agar bantuan susulan dapat disalurkan.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan nilai ihsan dan kesejahteraan rakyat, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Perlis sentiasa komited untuk memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian serta bantuan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.





𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐘𝐄𝐑 Padang Besar, 1 Oktober 2026 – Pasukan Penyelar...
02/10/2026

𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐘𝐄𝐑

Padang Besar, 1 Oktober 2026 – Pasukan Penyelarasan PMX, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Perlis telah turun padang menyampaikan sumbangan tunai serta bakul makanan kepada mangsa kebakaran di Taman 20, Mata Ayer.

Kejadian kebakaran pada 28 September 2026 tersebut telah memusnahkan sebuah rumah kediaman yang didiami oleh Puan Halimah binti Shahidan, menyebabkan penghuni terjejas dari segi tempat tinggal dan keperluan asas harian. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan melalui Pasukan Penyelarasan PMX untuk sentiasa hadir dan prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat, terutamanya dalam situasi kecemasan seperti ini.

Sumbangan yang disampaikan diharap dapat meringankan sedikit beban serta memberi semangat baharu kepada mangsa untuk bangkit dan memulakan semula kehidupan.





29/09/2026

PENAFIAN SURAT PALSU MENGGUNAKAN KEPALA SURAT RASMI DAN TANDATANGAN KETUA PENGARAH ICU JPM

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) mengesahkan bahawa surat yang dipaparkan adalah palsu dan bukan dikeluarkan oleh jabatan ini. Tandatangan ini didapati telah ditiru dan digunakan tanpa kebenaran pada surat berkenaan.

ICU JPM memandang serius penyalahgunaan Jata Persekutuan, kepala surat rasmi serta tandatangan Ketua Pengarah ICU JPM yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan kredibiliti jabatan.

Untuk makluman, Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] melarang penggunaan Jata Persekutuan atau tiruan yang menyerupainya tanpa kebenaran bertulis Menteri bagi tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion. Pelanggaran peruntukan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 5 akta yang sama.

Pemalsuan dokumen, termasuk kepala surat dan tandatangan, dengan tujuan menipu p**a boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak mempercayai kandungan, menyebarkan atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat palsu tersebut. Sebarang keraguan berhubung kesahihan surat yang menggunakan nama ICU JPM hendaklah dirujuk kepada jabatan ini melalui saluran rasmi untuk pengesahan.





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026





14/09/2026

🚨 POSTER TULAR DI WHATSAPP

ICU JPM mengambil maklum penyebaran poster berkaitan Geran Peralatan Usahawan menerusi WhatsApp.

Untuk penjelasan, poster tersebut telah dihasilkan dan diedarkan oleh individu tanpa rujukan atau pengesahan ICU JPM serta bukan bahan komunikasi rasmi jabatan. Maklumat berkaitan kaedah permohonan yang dipaparkan adalah tidak tepat dan tidak boleh dijadikan rujukan rasmi.

Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan semula poster tersebut. Sebarang maklumat berkaitan bantuan, geran atau inisiatif kerajaan hendaklah disemak melalui semua Pejabat ICU JPM Negeri serta akaun media sosial rasmi ICU JPM.

Penghasilan atau penyebaran kandungan palsu atau mengelirukan melalui kemudahan rangkaian boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Jika disabitkan, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Semak sebelum sebar. Pastikan sahih sebelum berkongsi.

"TAK PASTI, JANGAN KONGSI!"





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 DARIPADA ICU JPM PERLIS
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 DARIPADA ICU JPM PERLIS

30/08/2026

Address

WISMA AL FAYEED, LOT 8127, MUKIM SERIAB
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share