PPD Kuala Kangsar

Call Directions Website Contact the organization

PPD Kuala Kangsar Kuala Kangsar Teratas
Kuala Kangsar Satu Matlamat

"🌹 TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE PPD KUALA KANGSAR 🌹 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai baharu atas pelant...
30/10/2026

"🌹 TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE PPD KUALA KANGSAR 🌹 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai baharu atas pelantikan dan penempatan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyuntik semangat baharu, memperkukuh kerjasama serta membawa kecemerlangan dalam usaha memartabatkan pendidikan di daerah Kuala Kangsar."

Semoga semua usaha disusuli dengan kejayaan yang membanggakan. Amin
26/10/2026

Semoga semua usaha disusuli dengan kejayaan yang membanggakan. Amin

Kepada yang belum memohon,Semoga dipermudahkan urusan...amin
19/10/2026

Kepada yang belum memohon,
Semoga dipermudahkan urusan...amin

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada En. Ibrahim Azhar bin Datuk Setia Abdul Wahab sebagai Penolong Pegawai Tad...
13/10/2026

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada En. Ibrahim Azhar bin Datuk Setia Abdul Wahab sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N7 (Memangku) yang baharu di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar berkuat kuasa 12 Oktober 2026.

Harap semua maklum
11/10/2026

Harap semua maklum

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAKAssalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tua...
09/10/2026

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA, KINTA SELATAN DAN KUALA KANGSAR SUSULAN KEADAAN JEREBU*

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di stesen pemantauan CA11A - Tasek Ipoh setakat jam 11.00 pagi, 9 Oktober 2026 telah menunjukan bacaan IPU 180. Sehubungan itu semua institusi pendidikan bawah KPM di *Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, dan Kuala Kangsar ditutup serta merta.*

Sehubungan itu:

1. Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah PPD Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.

2. Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

3. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

4. Ibu bapa/ penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.

5. Ibu bapa/ penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Perak.

6. PPD terlibat dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.

7. Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

*Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, P.M.P*
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

30 September 2026 | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 & Persaraan 2026Tahniah kepada semua penerima APC 2025 d...
01/10/2026

30 September 2026 | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 & Persaraan 2026

Tahniah kepada semua penerima APC 2025 dan pesara tahun 2026 yang telah disemadikan memori dalam majlis di Auditorium Tun Abdul Razak, The Malay College Kuala Kangsar. Kepada penerima APC, kejayaan anda menjadi motivasi kepada yang lain untuk terus cemerlang manakala kepada semua pesara diucapkan semoga sihat sentiasa dan gembira bersama keluarga tercinta selepas sekian lama berkhidmat kepada KPM dan perkhidmatan awam Malaysia. Terima kasih kepada YB Datuk Iskandar Dzulkarnain dapat melengkapkan lagi majlis kami.

Tahniah dan terima kasih semua.

Lagu APC2026 & Pencen2026 => https://suno.com/playlist/6992a5ae-9eb8-447c-86f7-671675ea93e7

Tahniah kepada delegasi PSKPP Kinta Utara atas kejayaan johan untuk Pesta SUkan dan Kebudayaan Negeri Perak kali ke-53 t...
29/09/2026

Tahniah kepada delegasi PSKPP Kinta Utara atas kejayaan johan untuk Pesta SUkan dan Kebudayaan Negeri Perak kali ke-53 tahun ini. Tahniah juga kepada semua warga pendidikan dari delegasi tuan rumah, PPD Kuala Kangsar atas usaha yang dicurahkan sehingga membuahkan tempat naib johan untuk kali ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama delegasi-delegasi PSKPP dari daerah-daerah lain yang turut memberikan yang terbaik untuk penganjuran PSKPP kali ini. Moga jumpa lagi di penganjuran PSKPP kali ke 54 di daerah Hilir Perak tahun depan. Kita jumpa dan jumpa lagi......

Sebarang info tambahan serta galeri foto sepanjang PSKPP53 boleh layari site rasmi PSKPP Kali ke 53 => https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pskpp2026perak/home

Lagu Rasmi PSKPP 53
https://youtu.be/GFFShJolpiY

Lagu Rasmi Kedua PSKPP 53
https://youtu.be/B88xN0tBJ2g

Gimik Pelancaran PSKPP 53
https://youtu.be/FBc-5cJ2N_0

Promo aktiviti sepanjang PSKPP 53
https://youtu.be/mXriUrtT1Mw

Recap PSKPP 53
https://youtu.be/A2Vu_4YuCGg

Penamat untuk CHOR.
https://youtu.be/DOzunX-1Tz4

Jom sama-sama kita saksikan Majlis Penutup bagi PSKPP kali ke 53 Tahun 2026
27/09/2026

Jom sama-sama kita saksikan Majlis Penutup bagi PSKPP kali ke 53 Tahun 2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

PSKPP Fasa 2 bermula hari ini. Kepada warga pendidikan daerah Kuala Kangsar yang berkesempatan boleh ke venue pertanding...
24/09/2026

PSKPP Fasa 2 bermula hari ini. Kepada warga pendidikan daerah Kuala Kangsar yang berkesempatan boleh ke venue pertandingan untuk memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Address

Jalan Tun Razak
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057761184

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPD Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share