LKTN Wilayah Tengah

LKTN Wilayah Tengah Menggalakkan pertanian mampan dan memacu pertumbuhan industri Kenaf dan kawalselia Tembakau.

10 Ogos 2026 | Kuala LumpurLembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Tengah telah menerima kunjungan hormat darip...
11/08/2026

10 Ogos 2026 | Kuala Lumpur

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Tengah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pejabat YB Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK). Sesi kunjungan ini dianggotai oleh Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Akhbar (SUA), Setiausaha Politik (SUPOL), serta Pegawai-Pegawai Khas YBM.

Turut hadir ialah En. Shafie Bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) dan Pn. Norsazila binti Nordin, Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Kayu Kayan, Tembakau dan Kenaf, KPK. Pertemuan yang berlangsung di Pejabat LKTN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh wakil daripada Tasblok (M) Sdn. Bhd.

Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau Rumah Contoh IBS Kenaf serta membincangkan potensi perluasan sistem binaan berindustri (IBS) berasaskan kenaf di seluruh Malaysia. Perbincangan ini juga difokuskan kepada usaha memperkukuh rantaian nilai dan memacu pembangunan industri kenaf secara menyeluruh.

Menerusi sesi tersebut, delegasi telah diberikan penerangan ringkas mengenai teknologi binaan rumah IBS kenaf yang dibangunkan, sebelum dibawakan meneliti rumah contoh berkenaan secara lebih dekat.

Diharapkan agar kunjungan ini memberikan gambaran yang jelas kepada pihak Pejabat YBM dan KPK mengenai hala tuju industri pembinaan IBS kenaf, seterusnya membantu menjadikan komoditi kenaf di Malaysia lebih berdaya saing dan setaraf dengan komoditi utama yang lain di bawah KPK.

Teruskan menyokong industri kenaf negara ☘️




30 Julai 2026 | Lenggeng | Negeri SembilanProgram Salam Agrikomoditi  anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)...
30/07/2026

30 Julai 2026 | Lenggeng | Negeri Sembilan

Program Salam Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kampung Mendom, Lenggeng, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad.

Anjuran program ini adalah bertujuan untuk sesi turun padang dan memberikan penerangan mengenai pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) khusus untuk masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung termasuk kenduri kampung, sukan rakyat, pertandingan mewarna dan demostrasi produk.

Semua adalah dijemput sama-sama memeriahkan Program Salam Agrikomoditi di Kampung Mendom, Lenggeng, Negeri Sembilan pada hari ini, 30 Julai 2026.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Tengah turut serta dalam program ini untuk mempamer dan mempromosikan produk-produk berasaskan kenaf dan demostrasi teh kenaf kepada para pengunjung yang hadir.

Teruskan menyokong industri kenaf negara ☘️



27 Julai 2026 | Felda Pasoh 1 | Negeri SembilanProgram Salam Agrikomoditi anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah ber...
27/07/2026

27 Julai 2026 | Felda Pasoh 1 | Negeri Sembilan

Program Salam Agrikomoditi anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad.

Turut menyerikan program ini dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), YBhg. Datuk Seri LSr. Dr. Haji Md Alwi bin Haji Che Ahmad.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk:

Penyampaian Maklumat: Memberikan penerangan terperinci mengenai pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) khusus untuk masyarakat setempat.

Penyelesaian Masalah: Menjadi platform interaktif bagi merungkaikan isu dan isu yang dihadapi oleh para pekebun komoditi.

Semua adalah dijemput sama-sama memeriahkan Program Salam Agrikomoditi di Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan bermula 9.00 pagi pada hari ini (27 Julai 2026) bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Tengah turut serta dalam program ini dalam mendapatkan perkongsian teknologi yang disampaikan oleh pihak LGM kepada para pengunjung yang hadir.

Teruskan menyokong industri kenaf negara ☘️



25 JULAI 2026 | KUALA PILAH, NEGERI SEMBILANProgram Salam Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK...
25/07/2026

25 JULAI 2026 | KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Program Salam Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Semua dijemput sama-sama memeriahkan Program Salam Agrikomoditi yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga bermula 7.00 pagi - 1.30 tengah hari pada hari ini (25 Julai 2026) bertempat di Dataran Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program berlangsung termasuk reruai pameran, demostrasi pembuatan coklat, kenduri kampung, senamrobik, sukan rakyat, pertandingan mewarna dan reruai jualan produk-produk ushawan kecil.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Tengah turut serta dalam program ini untuk mempamer dan mempromosikan produk-produk berasaskan kenaf kepada para pengunjung yang hadir.

Teruskan juga menyokong industri kenaf negara ☘️



17/06/2026

Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Sempena kedatangan tahun baharu Hijrah ini, marilah kita bersama-sama mengambil semangat 'Hijrah' untuk memperbaiki diri, meningkatkan produktiviti, dan menyebarkan lebih banyak manfaat kepada orang sekeliling.

Semoga tahun 1448H ini dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan, dan rezeki yang melimpah-ruah buat kita semua. Insya-Allah.





01/06/2026

Dengan penuh rasa takzim dan hormat, seluruh warga kerja LKTN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.Dirgahayu Tuanku.

Semoga Allah SWT merahmati pemerintahan Tuanku, serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan, dan kebijaksanaan untuk memayungi rakyat dan negara.





27/05/2026

🕌Selamat Hari Raya Aidiladha🕋

Semoga ibadah korban kita diterima oleh Yang Maha Esa, hati yang sentiasa dilapangkan dengan ketakwaan dan keluarga diberkati dengan rahmat-Nya.

Marilah kita menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ketabahan Nabi Ismail AS, semoga ia membakar semangat kita untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa.

Semoga hari yang mulia ini dipenuhi dengan ketenangan jiwa, limpahan keberkatan, serta keinsafan yang mendalam atas segala nikmat-Nya.





26/05/2026

“Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Selamat Menyambut Hari Arafah daripada seluruh warga kerja LKTN.Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang lalu serta dijadikan hari ini sebagai momentum untuk kita memperbaiki diri, membersihkan jiwa, dan memperkuat iman.Dikurniakan kesihatan, rezeki yang berkat, dan kejayaan dunia akhirat untuk kita semua.

Aamiin..aamiin..Ya rabbal alamin..🤲





08/05/2026

📢 PELUANG KERJAYA DI LKTN!

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) kini membuka permohonan jawatan kosong untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan. 🇲🇾

✅ Jawatan Tersedia:

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E5)

Pembantu Ehwal Ekonomi (E1)

Pembantu Tadbir (N1)

Pembantu Khidmat Am (H1)

📅 Tarikh Buka: 11 Mei 2026
📅 Tarikh Tutup: 25 Mei 2026
🔗 Mohon di sini: https://apps.lktn.gov.my

Jangan lepaskan peluang ini! Tag kawan-kawan yang tengah cari kerja. 👇

07/05/2026

Address

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Wilayah Tengah
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60322800025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKTN Wilayah Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share