Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Facebook rasmi Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan. No. Tel : +60320201606
No. Tel Ibu Pejabat (JPSM) : +60326164488

24 Julai 2026 (Jumaat)JPWP telah berjaya melaksanakan program 2 dalam 1, iaitu Training of Trainers (ToT): Teknik Pemasa...
24/07/2026

24 Julai 2026 (Jumaat)

JPWP telah berjaya melaksanakan program 2 dalam 1, iaitu Training of Trainers (ToT): Teknik Pemasaran Taman Eko Rimba Kuala Lumpur kepada Pengunjung Tempatan di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) JPSM dengan jemputan penceramah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FABA), UPTM, serta CSR Green Stewardship @ TERKL, iaitu program University Social Responsibility (USR) anjuran UPTM dengan kerjasama JPWP.

Program CSR telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Sharifah Syahirah binti Shiekh, Naib Canselor UPTM. Turut hadir YBrs. Dr. Nurul Fitri binti Mohd Noor, Dekan FABA UPTM dan YBrs. Encik Azrul Ekhuan bin Eliah, Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah perasmian pemasangan papan maklumat baharu TERKL, kerja-kerja mengecat pintu masuk dan kaunter TERKL, gotong-royong serta trail hike.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memperkukuh kerjasama strategik antara JPWP dan UPTM.













[MAKLUMAN]Disebabkan cuaca tidak menentu bagi masa kini, waktu Operasi Taman Eko Rimba Kuala Lumpur akan ditutup sekiran...
22/07/2026

[MAKLUMAN]

Disebabkan cuaca tidak menentu bagi masa kini, waktu Operasi Taman Eko Rimba Kuala Lumpur akan ditutup sekiranya hujan dan terdapat pokok tumbang sehingga aktiviti penyelengaraan selesai.


Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Mohd. Radhi Chu...
17/07/2026

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Mohd. Radhi Chu bin Abdullah di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baharu berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026. Tahniah!







TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› โœจJabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan...
15/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› โœจ

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ, ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ. Semoga segala bakti dan legasi yang ditinggalkan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JPWP.

Terima kasih atas khidmat bakti yang tidak ternilai. Selamat Bersara











โœจ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ โœจRasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan kepada kami dua hari...
26/05/2026

โœจ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ โœจ

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan kepada kami dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. โ€“ Hadis Riwayat Ahmad

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.

[NOTIS PEMAKLUMAN]Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL)
23/05/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN]

Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL)





Program Langkah Kasih Hiking telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2026 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), ...
22/05/2026

Program Langkah Kasih Hiking telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2026 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), Hutan Simpan Bukit Nanas Kerjasama bersama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan dan Puspanita Kementerian Dalam Negeri. Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan dan penghijauan kawasan hutan bandar.

Para peserta telah diberikan taklimat berkaitan kawasan hutan serta aspek keselamatan oleh Encik Anuar bin Talib, Pengawas Hutan JPWP sebelum memulakan aktiviti pendakian di sekitar TERKL. Program turut diserikan dengan aktiviti penanaman pokok melibatkan spesies tempatan seperti Sentul, Cermai, Belimbing Buluh dan Kundang sebagai usaha menyokong inisiatif penghijauan serta pemeliharaan biodiversiti di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas. Selain memupuk kesedaran cintakan alam sekitar, program ini juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara agensi dalam memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

Address

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan, Lot 231, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60320201606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share