Sahabat AKRAB JKKN

Sahabat AKRAB JKKN Rakan pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Majlis Mahabbah Ya Rasulullah anjuran Sahabat AKRAB JKKN dan Bahagian Khidmat Pengurusan JKKN telah diadakan pada  21 Og...
22/08/2026

Majlis Mahabbah Ya Rasulullah anjuran Sahabat AKRAB JKKN dan Bahagian Khidmat Pengurusan JKKN telah diadakan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) di Aras 18, JKKN Ibu Pejabat.Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Radzi bin Omar,Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN , Warga JKKN Ibu Pejabat secara fizikal dan Warga JKKN Negeri secara atas talian.

Majlis ini dimuliakan dengan bacaan Yasin dan diserikan dengan Alunan Persembahan Qasidah Dan Bacaan Maulid oleh Kumpulan Qasidah Al - Bahjah.

Semoga perhimpunan dan ingatan kasih kita kepada Baginda Rasulullah SAW pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini menyematkan rasa cinta, menyatukan ukhuwah warga JKKN, serta membawa keberkatan dalam setiap tugas dan perkhidmatan.

Sahabat AKRAB JKKN dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan,  untuk bersama-sama mengimarahkan Majlis Mahabbah Ya Ras...
18/08/2026

Sahabat AKRAB JKKN dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan, untuk bersama-sama mengimarahkan Majlis Mahabbah Ya Rasulullah pada ketetapan berikut:

✨ Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
✨ Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
✨ Tempat : Aras 18, JKKN Ibu Pejabat / Secara Maya (Google Meet)
✨ Tema Pakaian : Busana Arabic

🔗 Pautan Google Meet : https://meet.google.com/fjj-qiuo-swk

Semoga perhimpunan dan ingatan kasih kita kepada Baginda Rasulullah SAW pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini menyematkan rasa cinta, menyatukan ukhuwah warga JKKN, serta membawa keberkatan dalam setiap tugas dan perkhidmatan.

Kehadiran tuan/puan sama ada secara fizikal di Aras 18 mahupun di ruang skrin amat kami alu-alukan.

Mesyuarat dan Taklimat Pasukan Sahabat AKRAB Kementerian Pelancongan Seni Budaya (MOTAC) Dan Jabatan/ Agensi Tahun 2026S...
05/08/2026

Mesyuarat dan Taklimat Pasukan Sahabat AKRAB Kementerian Pelancongan Seni Budaya (MOTAC) Dan Jabatan/ Agensi Tahun 2026

Seramai 12 Orang Sahabat AKRAB JKKN telah menyertai Mesyuarat Dan Taklimat Pasukan Sahabat AKRAB MOTAC pada 31 Julai 2026 di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC. Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Fadillah Hanim Binti Arif Dan Team daripada Unit Pengurusan Psikologi,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MOTAC. Sebuah program yang santai,mesra dan penuh dengan informasi khususnya berkenaan peranan fungsi AKRAB itu sendiri.

Sahabat AKRAB JKKN yang menyertai program ini telah menerima surat lantikan sebagai Sahabat AKRAB MOTAC.

Terima Kasih AKRAB MOTAC atas peluang dan pengalaman yang diberikan kepada Sahabat AKRAB JKKN. Semoga kita beramah mesra lagi dalam sesi akan datang.

# MOTAC

MESYUARAT SAHABAT AKRAB JKKNMesyuarat Sahabat AKRAB telah diadakan pada 22 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat,Tingkat 30 , JKKN...
22/06/2026

MESYUARAT SAHABAT AKRAB JKKN

Mesyuarat Sahabat AKRAB telah diadakan pada 22 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat,Tingkat 30 , JKKN Ibu Pejabat.

Mesyuarat yang dipengerusikan En Mohd Ferdaus Bin Hassan, Pengerusi AKRAB JKKN telah berlangsung dengan penuh semangat,idea dan sumbang saran yang kreatif dan bernas dari semua Sahabat.

Buat Warga JKKN yang dikasihi, nantikan program - program AKRAB JKKN!

Salam Maal Hijrah 1448HMari kita mulakan lembaran tahun baharu ini dengan azam dan semangat yang jitu, serta tekad untuk...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H
Mari kita mulakan lembaran tahun baharu ini dengan azam dan semangat yang jitu, serta tekad untuk memperbanyakkan amalan yang lebih baik. Semoga tahun ini membawa keberkatan dan hijrah yang hakiki buat kita semua.

Daripada Sahabat AKRAB JKKN.

26/05/2026

Tahukah anda kegagalan mematuhi tatacara kebenaran keluar pejabat tanpa kelulusan atau tanpa rekod yang ditetapkan boleh dianggap sebagai ingkar dan dikenakan tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Menjelang 10 Zulhijjah 1447H, marilah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Seperti mana yang diriwayatkan dala...
26/05/2026

Menjelang 10 Zulhijjah 1447H, marilah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Seperti mana yang diriwayatkan dalam Hadis al-Tirmizi, amalan menumpahkan darah (korban) adalah amalan yang amat dicintai Allah SWT pada hari al-Nahr.

Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima dan dapat membersihkan jiwa kita. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Sahabat AKRAB, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Selamat Hari Pekerja 2026Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh tenaga kerja Malaysia yang tidak pernah lelah menyumba...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh tenaga kerja Malaysia yang tidak pernah lelah menyumbang bakti. Daripada barisan hadapan kesihatan hingga ke sektor pembinaan dan perkhidmatan, setiap titik peluh anda adalah nadi kemajuan negara.

Terima kasih atas dedikasi dan komitmen anda. Selamat bercuti dan teruskan menyumbang dengan penuh integriti

Sahabat AKRAB JKKNMengucapkanSelamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinSemoga Syawal membawa kebahagiaan, ketenang...
20/03/2026

Sahabat AKRAB JKKN
Mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Syawal membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan keberkatan buat kita semua.
Eratkan silaturahim, kukuhkan ukhuwah.

Address

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat AKRAB JKKN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share