Cawangan Kerja Keselamatan JKR

Cawangan Kerja Keselamatan JKR Penyelaras Pembangunan Lestari JKR mewujudkan laman ini bagi tujuan berkongsi info dan aktiviti CKS sepanjang tahun

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerdeka bukan sekadar sebuah perkataan.Ia adalah lambang perjuangan...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka bukan sekadar sebuah perkataan.
Ia adalah lambang perjuangan, pengorbanan dan semangat perpaduan yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada kita.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuhkan perpaduan serta terus berbakti dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab demi kemajuan Malaysia tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œKemerdekaan adalah anugerah berharga hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Marilah kita terus bersatu padu, bekerja dengan penuh integriti dan dedikasi demi kecemerlangan organisasi serta kemajuan negara.โ€

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Cawangan Kerja Keselamatan (CKS)
Jabatan Kerja Raya Malaysia

24 Ogos 2026.Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Syazana binti Ramli, Jurutera Awam gred J10 yang ditempatka...
24/08/2026

24 Ogos 2026.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Syazana binti Ramli, Jurutera Awam gred J10 yang ditempatkan di Bahagian Pengurusan Projek 3 (BPP3) berkuat kuasa 03 Ogos 2026.
Kami mengalu-alukan kehadiran Puan dan berharap sumbangan serta kerjasama yang diberikan dapat mengukuhkan pencapaian jabatan ini.




21 Ogos 2026.Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Pembinaan Ibu...
21/08/2026

21 Ogos 2026.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Perumahan telah diadakan bertempat di Aras Mezzanine, Menara KKR bermula jam 10.00 pagi.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Alexander Nanta Linggi. Projek bernilai RM365 Juta dengan tempoh pembinaan selama 42 bulan ini telah berjaya diperoleh oleh kontraktor Serada Realty Sdn. Bhd.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional perunding dan tarikh milik tapak adalah pada 28 Ogos 2026.






BPP4

17 & 18 Ogos 2026.PELAKSANAAN PROGRAM CLINIC My-KJ OLEH CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT (CDPK) BERSAMA CAWANGAN K...
18/08/2026

17 & 18 Ogos 2026.

PELAKSANAAN PROGRAM CLINIC My-KJ OLEH CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT (CDPK) BERSAMA CAWANGAN KERJA KESELAMATAN BAGI TAHUN 2026.



13 Ogos 2026 (Khamis)๐Ÿ“ Dewan Utama, CREaTE, MelakaMAJLIS KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RA...
17/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Dewan Utama, CREaTE, Melaka

MAJLIS KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA
Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dewan Utama, CREaTE, Melaka dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ir. Hurolaine binti Che AB Aziz, yang turut memberikan sokongan kepada penyertaan Cawangan Kerja Keselamatan dalam konvensyen ini.

Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) tidak ketinggalan menyemarakkan konvensyen ini menerusi penyertaan Kumpulan INNOSAFE yang membawa produk inovasi C-PRO. ๐Ÿ’ก๐Ÿš€

Lebih membanggakan, Kumpulan INNOSAFE turut mencuri perhatian dengan kreativiti dan semangat berpasukan apabila berjaya memenangi Kategori Kostum Kumpulan Terbaik bertemakan Sci-Fi. ๐Ÿ†๐Ÿชโœจ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga INNOSAFE atas pencapaian serta komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya inovasi, kreativiti dan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Upload Excellence. Download Glory.
INNOSAFE โ€” Innovating Today, Transforming Tomorrow. ๐Ÿš€








10 Ogos 2026.Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri dan ICU Sarawak ke Projek Pembinaan Kom...
11/08/2026

10 Ogos 2026.

Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri dan ICU Sarawak ke Projek Pembinaan Kompleks Batalion 10, PGA, Sarikei, Sarawak bagi memantau kemajuan sebenar di tapak untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut jadual, skop dan kos projek sepertimana yang telah di tetapkan.






BPP4

06 Ogos 2026.Lawatan Kerja Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (PCKS)       BPP1
06/08/2026

06 Ogos 2026.

Lawatan Kerja Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (PCKS)






BPP1

"Delivery Is Our Priority"Cawangan Kerja Keselamatan JKR
05/08/2026

"Delivery Is Our Priority"

Cawangan Kerja Keselamatan JKR


31 Julai 2026.Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek NAIK TARAF PEMBINA...
05/08/2026

31 Julai 2026.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek NAIK TARAF PEMBINAAN UNIT LAPANG SASAR (ULS) SEMPADI, SARAWAK (TENDER SEMULA) bertempat di Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) Ibu Pejabat JKR Malaysia, Menara Maju, Kuala Lumpur.





BPP2

Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Siti Mazni binti Afifuddin, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 yan...
29/07/2026

Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Siti Mazni binti Afifuddin, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 yang ditempatkan di Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik.

Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
50250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326169562

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Kerja Keselamatan JKR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cawangan Kerja Keselamatan JKR:

Shortcuts

Share