20/08/2026
๐ฎ๐ต ๐
๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐๐๐๐) โ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ฝ๐๐๐ผ ๐๐๐๐ผ๐๐
๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
๐ผ ๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ฝ๐๐๐ผ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ผ๐ ๐ญ ๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐๐๐ผ๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ผ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐-๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐, ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐, ๐๐ผ๐๐ผ๐๐
Projek Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang merupakan projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina (Design and Build) melibatkan pembinaan 274 katil bagi Wad Obstetrik & Ginekologi, 172 katil bagi Wad Pediatrik serta penyediaan pelbagai perkhidmatan sokongan klinikal yang bertujuan meningkatkan kapasiti dan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan.
Lawatan kerja ini diadakan bagi meninjau kemajuan fizikal serta status semasa pelaksanaan projek di tapak, di samping memastikan setiap komponen projek dilaksanakan mengikut perancangan, spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
Program dimulakan dengan sesi penerangan projek oleh Wakil Pengarah Projek Utama (WPPU) yang merangkumi skop pelaksanaan, status semasa serta kemajuan pembinaan. Dalam sesi tersebut, WPPU turut menerangkan bahawa struktur utama bangunan menggunakan sistem BubbleDeck Slab, iaitu kaedah pembinaan yang mengurangkan penggunaan konkrit dan berat struktur tanpa menjejaskan kekuatan serta prestasi bangunan.
Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh pasukan projek yang merangkumi perkembangan semasa, kemajuan fizikal, isu pelaksanaan, langkah mitigasi serta perancangan bagi memastikan projek disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Sebelum lawatan ke tapak, Safety and Health Officer (SHO) turut menyampaikan taklimat keselamatan berkaitan prosedur, laluan pergerakan dan langkah pencegahan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kawasan pembinaan.
Seterusnya, Pengarah Pembinaan telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan bagi meninjau secara langsung kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan, termasuk komponen utama projek dan kemudahan sokongan. Lawatan ini turut memberi peluang kepada pasukan projek untuk membincangkan cabaran pelaksanaan serta langkah penambahbaikan bagi memastikan projek berjalan lancar dan mutu pembinaan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Sebagai simbolik lawatan, Pengarah Pembinaan turut berkesempatan melakukan aktiviti pemasangan Autoclaved Aerated Concrete (AAC) blocks sebagai gimik lawatan serta tanda sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen Jabatan dalam memastikan setiap projek pembangunan kerajaan dilaksanakan secara cekap, berkualiti serta menepati skop, kos dan tempoh yang telah ditetapkan. Di samping itu, aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kesejahteraan seluruh warga kerja di tapak sentiasa diberi keutamaan bagi menjamin kejayaan pelaksanaan projek secara menyeluruh demi manfaat rakyat.