Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS

Directions Website

Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS Badan Pemikir Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) wujud hasil gabungan di antara Terengganu Development Institute (TDI) dengan Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) pada 1 Januari 2011 dan telah diperbadankan pada 20 Februari 2011 di bawah Akta Syarikat 1965. TSIS pada awal penubuhan dikenali dengan Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sebelum dijenamakan semula pada 9 Mac 2015. Beroperasi di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, TSIS diterajui oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh seramai 60 orang pegawai dan kakitangan. TSIS ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pemikir utama dalam merancang, meneliti dan mencadangkan dasar-dasar yang cekap untuk kemajuan negeri terengganu.

𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗭: 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘄𝗯𝗲𝗿𝗿𝘆 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗶𝗸Generasi Z (Lahir 1997-2012) sering dilabel sebagai “generasi strawberry”. Namun di s...
29/10/2026

𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗭: 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘄𝗯𝗲𝗿𝗿𝘆 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗶𝗸

Generasi Z (Lahir 1997-2012) sering dilabel sebagai “generasi strawberry”. Namun di sebalik label itu, ada sesuatu yang lebih penting untuk difahami: mereka akan membentuk wajah tenaga kerja dan hala tuju organisasi kita pada masa depan.

Mereka bukan sekadar pekerja muda. Mereka ialah generasi yang akan mewarisi dan memimpin organisasi kita.

Ramai dalam kalangan Generasi Z membawa kekuatan yang berharga:

✅ Mahir teknologi dan pantas menyesuaikan diri dengan perubahan
✅ Berani bersuara dan menilai semula kaedah kerja yang tidak lagi efisien
✅ Mementingkan keseimbangan hidup dan kesejahteraan mental, yang menyumbang kepada pasukan yang lebih sihat dan produktif
✅ Mahukan maklum balas yang jelas dan pantas untuk terus berkembang

Keutamaan mereka, seperti fleksibiliti kerja, sistem berteknologi dan budaya kerja yang positif, mengajak kita menilai semula bagaimana persekitaran kerja yang lebih sihat, fleksibel dan bermakna dapat dibina untuk semua peringkat umur.

Pada masa yang sama, pembangunan ini berjalan dua hala. Pengalaman, disiplin dan kebijaksanaan generasi terdahulu tetap menjadi asas bimbingan, manakala semangat dan idea baharu Generasi Z menyuntik tenaga kepada organisasi.

Satu perkara penting yang diperlukan oleh Pekerja Generasi Z ialah Bimbingan dan Pembelajaran Berterusan.

Tinjauan Deloitte 2026 mendapati pembelajaran dan pembangunan berada dalam tiga sebab utama mereka memilih majikan, menunjukkan bahawa generasi ini sangat mahukan panduan, inspirasi dan bimbingan, bukan sekadar pemantauan tugas harian.

Oleh itu, bimbingan serta peluang pembelajaran berterusan, sepatutnya menjadi keutamaan dalam setiap organisasi agar setiap generasi dapat berinteraksi secara sihat untuk pemantapan organisasi.

𝗧𝗦𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔, 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥Terengganu Strategic & Integrity Institute...
27/10/2026

𝗧𝗦𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔, 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), selaku rakan kerjasama sosial bagi Malaysia dalam projek Environmental Open Data for Engaging Curricula and Research Training (ENTER) telah menyertai sesi latihan dan mesyuarat konsortium bersama rakan institusi antarabangsa pada 19 hingga 24 Oktober 2026 di Mazara del Vallo, Sicily, Itali.

TSIS diwakili oleh En. Eikhwan Ali, Eksekutif Strategi merangkap Pengurus Rakan Projek dan En. Wan Muzhaffar selaku penyelidik. Projek ENTER yang dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah (EU) ini menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan dari Malaysia, India, Germany, Estonia, Italy dan Hungary bagi memperkukuh perkongsian data terbuka alam sekitar, pembangunan kurikulum serta latihan penyelidikan.

Sepanjang program, perbincangan memberi tumpuan kepada perkongsian data dan pengetahuan, penglibatan komuniti, kerjasama antara penyelidik dengan pihak berkepentingan, serta pendekatan makmal hidup (living lab) dan sains masyarakat (citizen science). Sesi latihan turut membandingkan pengalaman pelbagai institusi bagi mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk disesuaikan dengan konteks tempatan.

Mesyuarat konsortium p**a menilai kemajuan pelaksanaan projek, jaminan kualiti dan perancangan aktiviti seterusnya.

Dalam pembentangan beliau, En. Eikhwan Ali mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh Negeri Terengganu dalam konteks peralihan kepada ekonomi hijau, perubahan iklim dan pencemaran sisa pepejal.

Bagi TSIS, penglibatan ini membuka ruang memperluas jaringan strategik dan membawa p**ang pengalaman antarabangsa yang relevan untuk menyokong penyelidikan berasaskan bukti, perkongsian ilmu dan penglibatan masyarakat.

AKTIF BERGERAK, SIHAT DAN CERGASKesihatan ialah aset berharga yang perlu dijaga. Amalan aktiviti fizikal secara berkala ...
26/10/2026

AKTIF BERGERAK, SIHAT DAN CERGAS

Kesihatan ialah aset berharga yang perlu dijaga. Amalan aktiviti fizikal secara berkala bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan, malah turut menyokong kesejahteraan mental dan emosi.

Mulakan dengan langkah yang mudah!
Aktiviti seperti brisk walk dan berjoging boleh menjadi pilihan untuk kekal aktif tanpa memerlukan peralatan yang rumit. Lakukan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa masing-masing.

Dengan meluangkan sedikit masa untuk bergerak setiap hari, kita dapat membantu menjaga kesihatan jantung, meningkatkan stamina, mengurangkan tekanan dan mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Tak perlu terus berlari jauh atau melakukan aktiviti berat. Mulakan dengan langkah kecil, lakukan secara konsisten dan jadikan gaya hidup aktif sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Ayuh, mulakan langkah hari ini demi kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti!💪🏻

🌿 Aktif Bergerak, Sihat dan Cergas.
❤️ Sihat Badan, Bahagia Hidup.

“𝗥𝗘𝗦𝗜𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗔?” — 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗧𝗜𝗕𝗔-𝗧𝗜𝗕𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞Pernah dengar soalan ni? Atau pernah jadi orang yang kena tanya? 👀😂Jangan i...
25/10/2026

“𝗥𝗘𝗦𝗜𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗔?” — 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗧𝗜𝗕𝗔-𝗧𝗜𝗕𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞

Pernah dengar soalan ni? Atau pernah jadi orang yang kena tanya? 👀😂

Jangan ingat resit bernilai RM5 atau RM10 tu tak penting! Walaupun jumlahnya kecil, resit tetap memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan syarikat dan juga urusan tuntutan pelepasan cukai pendapatan LHDN, jika perbelanjaan tersebut layak dituntut.

💡 Kenapa resit penting?

✅ Bukti Perbelanjaan – Mengesahkan transaksi yang telah dilakukan.

✅ Memudahkan Tuntutan (Claim) – Menyokong tuntutan perbelanjaan mengikut prosedur syarikat serta tuntutan pelepasan cukai yang layak di bawah LHDN.

✅ Rekod Kewangan Yang Tepat – Membantu memastikan setiap perbelanjaan direkodkan dengan betul.

✅ Semakan dan Audit – Memudahkan proses pengesahan apabila diperlukan.

✨ Ingat! Nilai mungkin kecil, tetapi setiap perbelanjaan tetap perlu diurus dengan teliti.

Jadi, sebelum buang resit tu, fikir dua kali. Mana tahu nanti diperlukan untuk rujukan atau tuntutan pelepasan cukai. Simpan elok-elok, jangan bila diperlukan, baru kelam-kabut nak cari 🧾🤭

PETIKAN UCAPAN PERBAHASAN MP KEMAMAN SEMPENA BELANJAWAN 2027Partisipasi Malaysia di peringkat global sewajarnya dinilai ...
24/10/2026

PETIKAN UCAPAN PERBAHASAN MP KEMAMAN SEMPENA BELANJAWAN 2027

Partisipasi Malaysia di peringkat global sewajarnya dinilai daripada sejauh mana Malaysia mendapat p**angan yang lebih baik kepada negara dan rakyat di sini.


PETIKAN UCAPAN PERBAHASAN MP KEMAMAM SEMPENA BELANJAWAN PERSEKUTUAN 2027Di atas konsep federalisme, pembangunan negeri-n...
23/10/2026

PETIKAN UCAPAN PERBAHASAN MP KEMAMAM SEMPENA BELANJAWAN PERSEKUTUAN 2027

Di atas konsep federalisme, pembangunan negeri-negeri tidak dapat tidak memerlukan komitmen Persekutuan.

Jika tidak, pembangunan negara secara keseluruhannya menjadi tidak sekata dan berisiko menyebabkan kesan-kesan negatif yang lain.


PETIKAN UCAPAN MP KEMAMAN SEMPENA PERBAHASAN BELANJAWAN 2027Sama rata belum tentu adil. Bila pemberian wang Kerajaan dib...
23/10/2026

PETIKAN UCAPAN MP KEMAMAN SEMPENA PERBAHASAN BELANJAWAN 2027

Sama rata belum tentu adil.
Bila pemberian wang Kerajaan dibuat berdasarkan sentimen, maka rakyat yang menjadi mangsanya.


PETIKAN UCAPAN MP KEMAMAN SEMPENA BELANJAWAN 2027Apabila hutang negara semakin naik, adalah penting memastikan ekonomi n...
22/10/2026

PETIKAN UCAPAN MP KEMAMAN SEMPENA BELANJAWAN 2027

Apabila hutang negara semakin naik, adalah penting memastikan ekonomi negara juga semakin membaik.


𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧: 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥, 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡...
22/10/2026

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧: 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥, 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗙

Sains tidak seharusnya terperap di makmal semata-mata bahkan perlu diterjemahkan menjadi tindakan yang zahir buat masyarakat.

Data terbuka alam sekitar berpotensi menjadi jambatan strategik antara penyelidikan akademik, keperluan komuniti dan proses pembuatan keputusan.

Persoalannya, bagaimanakah jurang antara penemuan ilmiah dan realiti komuniti dapat dirapatkan demi kelestarian masa hadapan?

Ikuti kupasan penuh dari perspektif TSIS melalui penulisan Pasukan Penyelidik ENTER-TSIS.

https://tsis.terengganu.gov.my/menghubungkan-sains-dan-masyarakat-kerangka-bersepadu-bagi-data-terbuka-alam-sekitar-makmal-hidup-dan-kurikulum-responsif/

English Version:
https://tsis.terengganu.gov.my/connecting-science-and-society-an-integrated-framework-for-environmental-open-data-living-labs-and-responsive-curricula/

Open environmental data can serve as a strategic bridge linking academic research, community priorities and public decision-making. Information concerning air quality, freshwater safety, flood hazards, land use and biodiversity helps communities understand local environmental dynamics more objective...

SCAMMER MAKIN BIJAK, ADAKAH KITA LEBIH BIJAK? Setiap hari, ribuan rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan siber. Scammer...
22/10/2026

SCAMMER MAKIN BIJAK, ADAKAH KITA LEBIH BIJAK?

Setiap hari, ribuan rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan siber. Scammer menggunakan teknologi terkini seperti AI, deepfake, nombor palsu untuk menipu mangsa dengan
lebih meyakinkan.

Jangan tunggu jadi mangsa baru nak tahu.

Kenali taktik-taktik utama yang digunakan scammer hari ini:
1. Phishing: Pautan & e-mel palsu
2. Smishing: SMS & WhatsApp menipu
3. Vishing: Panggilan telefon dari "pihak berkuasa"

Ingat:
JANGAN KLIK, KAJI DULU BARU BERTINDAK.

Address

Bangunan TSIS, Jalan Kemajuan
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services