Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar

Call Directions Website Contact the organization

Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar APM DAERAH MUAR Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Moto JPAM ialah "Sedia Pantas Berintegriti".

PENGENALAN

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini. Fungsi JPAM adalah:

Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut. Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pertahanan awam mengikut keadaan yang terbahagi kepada dua keadaan iaitu samada keadaan aman atau keadaan peperangan. Semasa peperangan
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh. Semasa aman
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

  Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
28/10/2026



Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada En. Mohd Hadzri Bin Ismail.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beroleh kebahagiaan serta kejayaan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada:
Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muar.

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri JohorJabatan Perdana Menteri













28/10/2026
🚨 PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH MUAR TAHUN 2026 🚨MUAR, 22 OKTOBER 2...
22/10/2026

🚨 PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH MUAR TAHUN 2026 🚨

MUAR, 22 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar telah terlibat dalam Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Muar Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sri Pekembar, Pagoh.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta keberkesanan anggota dalam menguruskan Pusat Pemindahan Sementara ketika menghadapi situasi kecemasan dan bencana, khususnya banjir.

Penglibatan anggota APM Daerah Muar dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, sistematik dan berkesan demi keselamatan serta kebajikan masyarakat.

©️2026 UNIT PRO APM MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













21/10/2026



Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor atas kejayaan menerima Penarafan Lima (5) Bintang bagi Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2025.

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga kerja dalam memastikan pengurusan perakaunan dilaksanakan dengan cekap, telus, berintegriti serta mematuhi tatacara dan peraturan yang ditetapkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus serta mengekalkan budaya kerja cemerlang dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja APM Negeri Johor!

Ikhlas daripada YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor.

©️ Media APM Johor












21/10/2026
21/10/2026



Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan JauharTrailblazers atas kejayaan meraih Johan kategori Trek Sosial bagi Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor dalam menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi, khususnya dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan operasi pertahanan awam.

Pencapaian ini juga mencerminkan usaha berterusan dalam meneroka idea baharu melalui penggunaan teknologi bagi menyokong kesiapsiagaan, memperkukuh sistem penyampaian maklumat serta meningkatkan keberkesanan tindakan kecemasan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga APM Negeri Johor untuk terus berinovasi, mencipta kecemerlangan dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan JauharTrailblazers!!! Teruskan kecemerlangan demi perkhidmatan pertahanan awam yang lebih inovatif, cekap dan berintegriti.

Ikhlas daripada YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor.

©️ Media APM Johor












  Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
20/10/2026



Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Pn. Noraini binti Tohid.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beroleh kebahagiaan serta kejayaan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada:
Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muar.

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri JohorJabatan Perdana Menteri













LATIHAN MENGAJAR SILIBUS ASCENDING DAN DESCENDING (A&D) BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH MUARMUAR, 17–1...
19/10/2026

LATIHAN MENGAJAR SILIBUS ASCENDING DAN DESCENDING (A&D) BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH MUAR

MUAR, 17–18 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar telah melaksanakan latihan mengajar silibus Ascending dan Descending (A&D) bersama pelajar Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh bagi kelas kokurikulum Sesi 2 Tahun 2026/2027. Latihan yang berlangsung di Menara Balai Bomba Bukit Gambir ini melibatkan seramai 64 orang pelajar dengan bimbingan jurulatih APM Daerah Muar.
Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam teknik menaik dan menurunkan mangsa menggunakan peralatan yang bersesuaian, di samping memupuk keyakinan serta kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan.

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













PROGRAM GERAK MESRA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ZON 10 (MAHARANI C) TAHUN 2026MUAR, 18 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan...
18/10/2026

PROGRAM GERAK MESRA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ZON 10 (MAHARANI C) TAHUN 2026

MUAR, 18 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar telah menyertai Pameran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sempena Program Gerak Mesra dan Pembangunan Masyarakat Zon 10 (Maharani C) yang berlangsung di Golden Sport Centre, Muar.

Penyertaan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi APM kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta keselamatan komuniti.

Semoga penglibatan ini dapat mengeratkan hubungan antara APM dengan masyarakat setempat, selaras dengan usaha memperkukuh semangat kerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













Address

JKR 205, Jalan Timbalan
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar:

Shortcuts

Share

Nearby government services