PTDI UITM JOHOR

Directions Website

PTDI UITM JOHOR Laman web sosial ini adalah sebagai medium perhubungan di antara perpustakaan dan pelajar serta staf

Laman ini adalah hak milik Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI) Cawangan Johor, UiTM Kampus Segamat & Pasir Gudang .

🔥SEKITAR HARI PERTAMA PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS: BANG BANG 🔥Alhamdulillah, Tahniah dan syabas diucapkan kepada...
28/10/2026

🔥SEKITAR HARI PERTAMA PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS: BANG BANG 🔥

Alhamdulillah, Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan Pertandingan E-Sport MLBB yang telah berlangsung dengan penuh kehangatan dan semangat kesukanan pada hari pertama kejohanan di UiTM Kampus Pasir Gudang!

Terima kasih juga diucapkan kepada semua peminat dan pengunjung yang hadir meriahkan suasana serta membasahi tekak dan mengalas perut bersama :

🥤 Booth Minuman Coklat Vico
🍜 Booth Maggi

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan urusetia, rakan penaja, dan semua pasukan yang bertanding. Tanpa anda semua, kejohanan ini tidak akan semeriah ini. Victory! 🏆⚔️

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe
Kekal berhubung bersama kami :

▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا



🏆 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗲 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 : 𝗣𝗧𝗗𝗜 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 💜💛𝘚𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪𝘢𝘯, 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 ✨Setinggi-tinggi syabas da...
27/10/2026

🏆 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗲 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 : 𝗣𝗧𝗗𝗜 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 💜💛
𝘚𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪𝘢𝘯, 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 ✨

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) atas kejayaan meraih 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 dalam 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗿𝘂𝗮𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 (𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶) sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pengiktirafan, malah mencerminkan komitmen, semangat berpasukan dan dedikasi warga PTDI dalam menyantuni pelanggan serta memeriahkan pengalaman pengunjung di perpustakaan.

Setiap usaha membawa makna, setiap kerjasama membina kekuatan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk warga PTDI terus melangkah lebih jauh, mencipta inovasi dan menggapai kecemerlangan pada masa hadapan.

𝘛𝘢𝘩𝘯𝘪𝘢𝘩 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘗𝘛𝘋𝘐 ! 𝘒𝘦𝘫𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢, 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢! 💜💛

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝗱𝘂𝘀𝗶𝗳: 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗚𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴-𝗥𝗼𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 & 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗘𝗞𝗦𝗔 𝗣𝗧𝗗𝗜 𝟭Perpustakaan Tun Dr. Is...
27/10/2026

𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝗱𝘂𝘀𝗶𝗳: 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗚𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴-𝗥𝗼𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 & 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗘𝗞𝗦𝗔 𝗣𝗧𝗗𝗜 𝟭

Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1 (PTDI 1) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Ruang Program dan Taklimat Audit EKSA Zon PTDI pada 27 Oktober 2026, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Aktiviti dimulakan dengan kerja-kerja gotong-royong mengalihkan ruang santai pelajar perempuan ke Aras 2 bagi memberi laluan serta ruang yang lebih luas dan selesa untuk pelbagai program yang bakal berlangsung di Aras 1.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan Taklimat Audit Dalaman EKSA bagi memastikan standard pengurusan persekitaran tempat kerja sentiasa berada pada tahap optimum. Menerusi semangat 𝗺𝘂𝗮𝗳𝗮𝗸𝗮𝘁 yang utuh dalam kalangan warga kerja, inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan budaya kerja berpasukan, malah memelihara persekitaran perpustakaan yang wawasan dan teratur demi keselesaan seluruh warga kampus.

(𝙈𝙪𝙖𝙛𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢, 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘦𝘳𝘢𝘵, 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘵𝘢).

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶, 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀: 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗣𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗹. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗧𝗗𝗜Pada 26 Oktober 2026, Perp...
27/10/2026

𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶, 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀: 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗣𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗹. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗧𝗗𝗜

Pada 26 Oktober 2026, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI 1) telah melangsungkan Pelaksanaan Audit Pra Pengawasan Bil. 2/2026 yang bertempat di Bilik Seminar dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi audit ini berteraskan tema "𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻" yang memberi tumpuan khusus kepada Prosedur Kerja di Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Sesi ini menyaksikan delegasi auditor diketuai oleh Puan Rohayu Ahmad, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor bersama tiga orang pensyarah, manakala delegasi auditee p**a diketuai sendiri oleh Puan Mawar Noor Abdullah, Ketua Perpustakaan Cawangan.

Keseluruhan sesi audit telah berlangsung dengan amat lancar hasil kerjasama 𝗯𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶 serta komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Inisiatif berterusan ini amat signifikan dalam membantu PTDI menambah baik budaya kerja berasaskan kualiti secara konsisten, di samping mengukuhkan tadbir urus organisasi demi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada para pengguna.

(𝘽𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘢𝘯, 𝘤𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴, 𝘣𝘪𝘫𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢, 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘶𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪)

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




𝗦𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝗹𝗮𝗵𝗶: 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗸𝘂 𝟯.𝟬Program Al-Quran Dihatiku 3.0 kini sedang berlangsung bertempat di Spe...
27/10/2026

𝗦𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝗹𝗮𝗵𝗶: 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗸𝘂 𝟯.𝟬

Program Al-Quran Dihatiku 3.0 kini sedang berlangsung bertempat di Speaker's Corner, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Program ini dijalankan pada 23, 26, 28 dan 30 Oktober 2026 bermula jam 8.00 pagi. Sepanjang giliran PTDI, warga perpustakaan mengambil kesempatan untuk meluangkan sejenak masa daripada rutin harian bagi membaca dan menghayati kalam suci al-Quran sebagai santapan rohani.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Johor dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Rector Special Project (RSP). Semoga usaha yang 𝘀𝗲𝗸𝗲𝗹𝘂𝗺𝗶𝘁 ini menjadi asbab keberkatan, menyuburkan kecintaan terhadap al-Quran, serta terus menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan seluruh warga kampus.

(𝙨𝙚𝙠𝙚𝙡𝙪𝙢𝙞𝙩 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵, 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢, 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯)

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




𝙎𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 PTDI Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan Kelas Kemahiran Maklumat: Mendeley Effectiv...
27/10/2026

𝙎𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩

PTDI Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan Kelas Kemahiran Maklumat: Mendeley Effective Citaton Management bersama 26 Orang Pelajar ICEPS pada tarikh 24 Oktober 2026 (Sabtu) secara atas talian. Kelas ini di bimbing oleh En Idris bin Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan S12.

Melalui kelas ini, para pelajar bukan sahaja diajar dalam teknik penjanaan sitasi dan penyusunan bahan rujukan, tetapi turut didedahkan tentang kepentingan etika penulisan akademik. Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan ilmu yang diperoleh mampu menjadi bekal dalam memperkasa kecemerlangan akademik para pelajar, seiring peranan PTDI sebagai gedung ilmu yang sentiasa membuka ruang bimbingan dan pembelajaran berterusan.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe
Kekal berhubung bersama kami :
▶ https://linktr.ee/ptdi
Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا



🚨SEKITAR PROGRAM EMPOWERING COMMUNITIES: SCAM AWARENESS & SMART BANKING WITH MAYBANK🚨Alhamdulillah, telah berlangsungnya...
27/10/2026

🚨SEKITAR PROGRAM EMPOWERING COMMUNITIES: SCAM AWARENESS & SMART BANKING WITH MAYBANK🚨

Alhamdulillah, telah berlangsungnya program Empowering Communities: Scam Awareness & Smart Banking with Maybank anjuran bersama Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM Johor, Kampus Pasir Gudang bertempat di Ruang LCE, Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Pasir Gudang pada 27 Oktober 2026.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Maybank atas perkongsian yang amat bermanfaat mengenai taktik terkini scammer serta langkah-langkah perbankan pintar dan selamat! 🔒💡

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua warga UiTM Pasir Gudang dan komuniti yang hadir memeriahkan majlis serta aktif bersoal jawab.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan dikongsi bersama ahli keluarga serta rakan-rakan agar kita semua terhindar daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe
Kekal berhubung bersama kami :

▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا



📚✨[𝟭 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗴𝗶] - 𝗠𝗼𝗯𝗶𝗹𝗲 𝗟𝗶𝗯𝗿𝗮𝗿𝘆 @ 𝗣𝗧𝗗𝗜𝟮𝗨 - 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶 💛𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘱𝘶𝘴𝘵𝘢𝘬𝘢𝘢𝘯? 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘳𝘪𝘴𝘢𝘶, 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 ...
27/10/2026

📚✨[𝟭 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗴𝗶] - 𝗠𝗼𝗯𝗶𝗹𝗲 𝗟𝗶𝗯𝗿𝗮𝗿𝘆 @ 𝗣𝗧𝗗𝗜𝟮𝗨 - 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶 💛
𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘱𝘶𝘴𝘵𝘢𝘬𝘢𝘢𝘯? 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘳𝘪𝘴𝘢𝘶, 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘢𝘯𝘥𝘢! 💙

Jom singgah ke 𝗠𝗼𝗯𝗶𝗹𝗲 𝗟𝗶𝗯𝗿𝗮𝗿𝘆 @ 𝗣𝗧𝗗𝗜𝟮𝗨 dan nikmati pelbagai perkhidmatan menarik yang kami sediakan khas untuk warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 28 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 𝗠𝗮𝘀𝗮: 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: Speaker’s Corner, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗮𝗻𝗱𝗮:
📖 Pinjaman dan pemulangan buku
📱 Info dan perkongsian media sosial
🗂️ Perkhidmatan arkib
💻 Akses Sistem PERMATA UiTM
🎁 Dan banyak lagi, termasuk hadiah comel untuk anda!

💙💛 𝘑𝘰𝘮 𝘬𝘦 𝘗𝘦𝘳𝘱𝘶𝘴𝘵𝘢𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘯 𝘋𝘳. 𝘐𝘴𝘮𝘢𝘪𝘭 (𝘗𝘛𝘋𝘐)!
𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘥𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘤𝘢𝘢𝘯, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




𝗪𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗣𝗧𝗗𝗜: 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮, 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻Pada 23 Oktober 2026, jam 3.00 petang, sebuah sesi tem...
26/10/2026

𝗪𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗣𝗧𝗗𝗜: 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮, 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻

Pada 23 Oktober 2026, jam 3.00 petang, sebuah sesi temuramah oleh pelajar bersama wakil Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Mini Studio, PTDI. Sesi ini dijayakan oleh dua orang pelajar Semester 6 daripada Fakulti Perakaunan, iaitu Puteri Norshafinas Binti Muhameed Shah dan Siti Nurdanisya Eishqi Binti Ramlee. Pihak pengurusan PTDI p**a diwakili oleh Encik Roslan Mohd Nor, Encik Muhamad Faizul Azwan Jalil, serta Encik Muhammad Azhari Ja'afar.

Melalui sesi 𝗺𝘂𝘀𝘆𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗵 yang bermanfaat ini, beberapa fokus utama berkenaan kemudahan perpustakaan telah dikupas secara terperinci. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah prosedur tempahan bilik perbincangan, pengurusan situasi perpustakaan semasa penganjuran program di ruang Library Community Engagement (LCE), serta maklum balas mengenai pelbagai acara yang berlangsung di perpustakaan. Perkongsian maklumat ini diharap dapat memberikan pencerahan yang jelas kepada para pelajar sekali gus memantapkan lagi kualiti perkhidmatan PTDI.

(𝙢𝙪𝙨𝙮𝙖𝙬𝙖𝙧𝙖𝙝 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘪𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢).

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe

Kekal berhubung bersama kami :
▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا




🎮🔥 PANGGILAN KEPADA SEMUA JAGUH MLBB! TAMPILKAN KEHEBATAN SKUAD ANDA! 🔥🎮Alhamdulillah, Berita baik untuk semua peminat e...
26/10/2026

🎮🔥 PANGGILAN KEPADA SEMUA JAGUH MLBB! TAMPILKAN KEHEBATAN SKUAD ANDA! 🔥🎮

Alhamdulillah, Berita baik untuk semua peminat e-sukan Perpustakaan Tun Dr. Ismail dengan bangganya berkolaborasi bersama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (NSEA) dan CRIT Esports Sdn. Bhd. untuk membawakan kepada anda Pertandingan E-Sport: Mobile Legends Bang Bang yang paling epik! 🏆✨

Kumpulkan skuad terbaik anda, susun strategi yang paling kebal, dan buktikan siapa yang layak bergelar Legend di Land of Dawn. Butiran pertempuran adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 28 & 29 Oktober 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
📍 Tempat/Platform: Ruang LCE PTDI Pasir Gudang
👥 Terbuka kepada: Mahasiswa & Mahasiswi UiTM Kampus Pasir Gudang SERTA Mahasiswa/i IPTA & IPTS di sekitar!

Tunjukkan skil Savage anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan yang menanti sang juara! 🥇💸

👉 CARA MENDAFTAR:
Daftar skuad anda sekarang melalui pautan https://forms.gle/id4Dm27npbSXKXjz9

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe
Kekal berhubung bersama kami :

▶️ https://linktr.ee/ptdi

Globally Renowned, Locally Rooted
Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa | ڤمبوديأن علمو ممبنتوق اديوڠسا



Address

Perpustakaan Tun Drive Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Segamat
85009

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:45
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTDI UITM JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services