APM Selangau

APM Selangau HOTLINE 24 JAM
Talian 1 : 084-891285

Melalui Whatsapp :
https://wa.me/601128454120

29/05/2026

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok menyalurkan bantuan kit makanan kepada mangsa yang terjejas dalam kejadian

APM SELANGAU BANTU HANTAR PESAKIT TIDAK SEDARKAN DIRI KE KLINIK29.05.2026, JumaatSELANGAU, Pusat Kawalan Operasi Daerah ...
29/05/2026

APM SELANGAU BANTU HANTAR PESAKIT TIDAK SEDARKAN DIRI KE KLINIK

29.05.2026, Jumaat

SELANGAU, Pusat Kawalan Operasi Daerah Selangau telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memohon bantuan ambulans bagi seorang warga emas yang dilaporkan tidak sedarkan diri di Rh. Awa Nanga Sebatu.

Skuad bertugas digerakan kelolasi, semasa dalam perjalanan Ambulan telah terserempak dengan kenderaan awam yang sedang dalam proses membawa pesakit tersebut. Anggota penyelamat bertindak pantas memindahkan pesakit warga emas yang berada dalam keadaan terbaring menggunakan Spinal Board ke dalam ambulans. Skuad bertugas melakukan pemeriksaan dan bantuan awal kepada pesakit.

Sepanjang perjalanan ke klinik, pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada memberi sebarang respon. Skuad bertugas sentiasa mengawasi keadaan mangsa sebelum diserahkan dengan selamat kepada pihak Klinik Kesihatan Selangau

๐™ƒ๐™๐˜ฝ๐™๐™‰๐™‚๐™„ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™†๐™„๐™๐˜ผ๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™†๐™ ๐™†๐™€๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™‡๐™„๐™‰๐™€ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ 084-891285 (24 ๐™…๐™–๐™ข).

"SEDIA, PANTAS, BERINTERGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Sarawak

๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ท๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ผ













APM SELANGAU BANTU BAWA MANGSA LEMAH KE KLINIK29.05.2026, JumaatSELANGAU, Pusat Kawalan Operasi Daerah Selangau terima p...
29/05/2026

APM SELANGAU BANTU BAWA MANGSA LEMAH KE KLINIK

29.05.2026, Jumaat

SELANGAU, Pusat Kawalan Operasi Daerah Selangau terima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklum ada sesorang lelaki terbaring di kawasan Restoran Nurliana Abdullah 1, Selangau.

Setibanya di lokasi, Skuad bertugas mendapati seorang lelaki (anggaran umur 50 tahun) berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan serta mengalami lemah tubuh badan dan telah diberi bantuan awal.

Skuad bertugas bertindak memberikan bantuan awal dan mengangkat mangsa menggunakan Troli Stretcher ke dalam Ambulans. Pesakit kemudiannya dibawah dan diserahkan dengan selamat kepada pihak Klinik Kesihatan Selangau bagi menerima rawatan lanjut.

๐™ƒ๐™๐˜ฝ๐™๐™‰๐™‚๐™„ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™†๐™„๐™๐˜ผ๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™†๐™ ๐™†๐™€๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™‡๐™„๐™‰๐™€ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ 084-891285 (24 ๐™…๐™–๐™ข).

"SEDIA, PANTAS, BERINTERGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Sarawak

๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ท๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ผ













29/05/2026

PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM (MyASPA-O) OPERASI DI PUSAT PERTAHANAN AWAM NEGERI SARAWAK (PUSPA)!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai Pengambilan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (MyASPA) Operasi di PUSPA Sarawak

*TERBUKA KEPADA SEMUA ANGGOTA SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM (ASPA)*

Oleh itu calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan anda melalui kod QR yang telah di sediakan pada poster.

โ—*TARIKH TUTUP PENGAMBILAN : 5 JUN 2026*โ—

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat







PESANAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA HARI GAWAI 2026Sempena sambutan Hari Gawai yang penuh kemeriahan dan kegembiraan ...
29/05/2026

PESANAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA HARI GAWAI 2026

Sempena sambutan Hari Gawai yang penuh kemeriahan dan kegembiraan ini, marilah kita bersama-sama mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Dalam keterujaan pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga dan sanak saudara, jangan sesekali mengabaikan aspek keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan seperti memeriksa tayar, brek, lampu dan minyak enjin. Rancang perjalanan dengan baik dan elakkan memandu dalam keadaan letih atau mengantuk. Jika penat, berhentilah berehat kerana keselamatan lebih penting.

Sentiasalah mematuhi had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keselamatan dan elakkan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Sikap bertimbang rasa, sabar dan berhemah di jalan raya mampu mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Ingatlah bahawa keluarga dan insan tersayang sentiasa menanti kepulangan anda dengan selamat.

Jadikan sambutan Hari Gawai tahun ini lebih bermakna dengan memastikan setiap perjalanan berakhir dengan kegembiraan, bukannya penyesalan. Semoga semua pengguna jalan raya sentiasa dilindungi dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

โ€œBiar Lambat Asal Selamat โ€” Utamakan Keselamatan, Pandu Dengan Berhemah.โ€

๐™ƒ๐™๐˜ฝ๐™๐™‰๐™‚๐™„ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™†๐™„๐™๐˜ผ๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™†๐™ ๐™†๐™€๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™‡๐™„๐™‰๐™€ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ 084-891285 (24 ๐™…๐™–๐™ข).

"SEDIA, PANTAS, BERINTERGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Sarawakj

๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ท๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ผ













29/05/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar wartawan di seluruh negara.

Hari Wartawan Nasional yang disambut pada tanggal 29 Mei setiap tahun merupakan detik yang amat bermakna bagi menghargai peranan serta sumbangan besar yang telah diberikan oleh semua pengamal media di negara ini khususnya para wartawan.

Terima kasih diucapkan kepada semua wartawan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, menjunjung etika kewartawanan dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih dan berintegriti serta memastikan suara rakyat sentiasa didengari. Sumbangan anda dalam membangunkan masyarakat dan negara sangat dihargai.

Semoga semangat juang para wartawan terus membara dalam mendukung aspirasi Kerajaan MADANI. Peranan anda dalam memastikan rakyat memperoleh maklumat yang sahih dan tepat adalah kunci utama dalam pembentukan masyarakat yang berpengetahuan dan bertanggungjawab. Teruskan perjuangan ini dengan penuh kebanggaan kerana anda adalah nadi kepada kemajuan dan ketelusan negara.

Jabatan Perdana Menteri














**

29/05/2026

THE Penang Civil Defence Force (APM) today briefed Chief Minister Chow Kon Yeow on its latest emergency response innovation, the X-CDV3 device, designed to assist rescue operations in challenging environments such as forests, hills, rivers and flood situations. ย  The briefing took place during a co...

29/05/2026

๐ŸŒŠWASPADA KEPALA AIR ๐ŸŒŠ

Kepala air merupakan fenomena aliran air deras yang berlaku secara tiba-tiba di kawasan sungai, terutamanya ketika hujan lebat di kawasan hulu. Ia boleh berlaku tanpa amaran dan membawa arus kuat yang berbahaya kepada pengunjung sungai dan kawasan rekreasi air.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada di sungai atau kawasan air terjun ketika cuaca tidak menentu. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda hujan di hulu dan segera berpindah ke tempat selamat bagi mengelakkan risiko kejadian yang boleh meragut nyawa demi keselamatan diri anda.

Selamat Menyambut Hari Raya AidiladhaSemoga sambutan Aidiladha ini membawa semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmon...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Semoga sambutan Aidiladha ini membawa semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian kepada kita semua.
Raikan perbezaan dengan penuh hormat serta terus mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Ikhlas daripada :
Lt. (PA) Luke Douglas Ak Dongum
Pegawai Pertahanan Awam Selangau
Serta
Seluruh Warga APM Daerah Selangau

๐™ƒ๐™๐˜ฝ๐™๐™‰๐™‚๐™„ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™†๐™„๐™๐˜ผ๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™‡๐˜ผ๐™†๐™ ๐™†๐™€๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™‡๐™„๐™‰๐™€ ๐˜ผ๐™‹๐™ˆ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™ 084-891285 (24 ๐™…๐™–๐™ข).

"SEDIA, PANTAS, BERINTERGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Sarawak

๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ท๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ผ













26/05/2026



TIPS KESELAMATAN BALIK RAYA : KESELAMATAN KENDERAAN DAN PEMANDUAN

Berikut adalah maklumat mengenai keselamatan kenderaan yang perlu diambil perhatian sebelum pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha Tahun 2026. Antaranya seperti berikut :-

1. Periksa tayar, brek, lampu dan wiper sebelum memulakan perjalanan
2. Tidur yang cukup sebelum memandu dan berhenti rehat jika mengantuk
3. Rancang masa bertolak bagi mengelak waktu puncak dan gunakan aplikasi trafik
4. Pastikan baki Touch N Go atau RFID mencukupi
5. Patuhi had laju, jaga jarak dan jangan memotong di garisan berkembar
6. Gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi menjaga keselamatan anak di dalam kenderaan

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














**

Address

Kuarters Kerajaan Negeri Semi D Ll A2, Selangau
Sibu
96010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Selangau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Selangau:

Share