03/08/2026
Warga Hospital Tapah merakamkan rasa terharu bercampur bangga sempena perpisahan rakan sekerja dan sahabat yang kami hormati, ๐๐ฟ. ๐ ๐ผ๐ต ๐๐ต๐ฒ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฎ๐, Pakar Perubatan Dalaman, yang melangkah pergi untuk menyambung pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi (subkepakaran palliatif).
Sebagai ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ง๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ต, jasa dan sumbangan Dr. Moh amat besar nilainya. Beliau merupakan individu penting yang merintis dan memacu set-up serta penubuhan perkhidmatan kepakaran Perubatan di hospital ini dari peringkat awal. Dedikasi beliau telah membuka ruang kepada rakyat sekitar Tapah untuk mendapatkan rawatan pakar yang lebih dekat tanpa perlu ke hospital yang lain.
Sepanjang berkhidmat di sini, Dr. Moh dikenali sebagai seorang doktor yang ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ธ๐ผ๐บ๐ถ๐๐ฒ๐ฑ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ ๐ฑ๐ถ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป. Sebagai satu-satunya Pakar Perubatan, saban kali beliau p**ang lewat malam demi memastikan pesakit berada dalam rawatan yang terbaik.
Sikap beliau yang sentiasa rendah diri dan bertimbang rasa, amat disenangi oleh semua warga kerja. Beliau juga tidak hanya fokus kepada memajukan perkhidmatan di unit sendiri, namun sentiasa bekerjasama dengan unit-unit lain bagi memberikan yang terbaik untuk hospital.
Terima kasih Dr. Moh atas segala pengorbanan, sumbangan dan tenaga yang telah dicurahkan untuk Hospital Tapah.
Saya doakan agar Dr. Moh sentiasa dipermudahkan segala urusan sepanjang pengajian, terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun kerjaya, dan sentiasa sihat sejahtera.
Pintu Hospital Tapah akan sentiasa terbuka untuk menyambut kep**angan beliau pada masa hadapan.