Polis Kedah

Call Directions Website Contact the organization

Polis Kedah Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Kedah. Hotline : 04-7392 999
Tik Tok : Polis Kedah Official

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KEDAHTANGKAPAN 1 LELAKI MELAYU BERHUBUNG HANTARAN KARIKATUR MENGHINA POLIS DI MEDIA SOSIALCP...
28/10/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KEDAH

TANGKAPAN 1 LELAKI MELAYU BERHUBUNG HANTARAN KARIKATUR MENGHINA POLIS DI MEDIA SOSIAL

CP DATO' ADZLI BIN ABU SHAH
KETUA POLIS KEDAH
28 OKTOBER 2016

28/10/2026

Polis Kedah dengan berbesar hati menjemput seluruh warga Kedah, khususnya para ibu bapa, penjaga, dan anak-anak calon SPM 2026, bersama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan, ketenangan, and kejayaan dalam Majlis Solat Hajat SPM 2026 yang akan diadakan pada

🗓️5 November 2026 (Khamis),
⏱️selepas solat Maghrib.
📍Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah."

27/10/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI...

Kelebihan Tasbih
------////------

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang, membaca; “‘Subhanallahi wa bihamdihi” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada seorang pun yang datang membawa amalan yang lebih utama daripada apa yang dibawanya (melebihi pahalanya) kecuali seseorang yang pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.' (HR Muslim No: 4858) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.

2. Zikir adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat mudah dilakukan tetapi mempunyai ganjaran yang amat besar.

3. Antara lafaz zikir yang digalakkan pada waktu pagi dan petang:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

4. Mukmin yang berzikir dengan zikir di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, akan datang pada Hari Kiamat dengan amal yang besar. Tidak ada yang dapat melebihi ganjaran mereka kecuali orang yang berzikir lebih banyak.

5. Meskipun zikir ini merupakan amalan ringan yang tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak, kesannya sangat berat di timbangan amal di akhirat.

6. Zikir yang sempurna bukan sekadar diucapkan dengan lidah, tetapi dihayati dengan hati.

7. Tasbih mendidik kita mengagungkan kesempurnaan Allah, manakala tahmid mendidik kita mensyukuri segala nikmat-Nya.

8. Islam menekankan pentingnya permulaan hari (pagi) dan penutup hari (petang) dengan kebaikan berzikir.





(JIPS)Kedah

17 hb Jamadil Awal 1448H
28 hb Oktober 2026M

27/10/2026
27/10/2026

lekaih ampa...yang mana tak daftat lagi...
Xlama dah nak katop pendaftaran ni..
Ampa xmau laqi dgn min ka?

Info Bencana Banjir Negeri Kedah27/10/2026 @ 0800hrs
27/10/2026

Info Bencana Banjir Negeri Kedah
27/10/2026 @ 0800hrs

26/10/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI...

Ruh Tergantung Disebabkan Hutang
==========
1. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat agar segera menunaikan hutang. Ia dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan. Sabda Rasulullah:

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut ditunaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan ruh tergantung? Menurut al-Imam al-Suyuti, ruh yang tergantung ini adalah ruh yang terkurung sehingga urusan hutangnya diselesaikan. Manakala al-Imam al-Iraqi p**a berpandangan, ruh yang tergantung ini adalah:

أمرها موقوف، لا حكم لها بنجاة، ولا هلاك؛ حتى ينظر هل يقضى ما عليها من الدين

“Urusan (kehakiman terhadap) ruh tersebut ditangguhkan, tidak ditentukan samada berjaya melepasi seksaan atau binasa kehidupan sesudah matinya melainkan setelah diperhatikan urusan hutangnya.

3. Menurut al-Imam al-Syaukani p**a, hadis ini adalah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kita dan para waris agar menyelesaikan segera urusan hutang si mati.

4. Dalam dalam hadis yang lain p**a Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan bab hutang. Sabda Rasulullah:

يغفر الله للشهيد كل ذنب إلا الدين

“Allah berupaya mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang.” (Sahih Muslim)

5. Malah Rasulullah mengajar kita agar sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam perkara hutang. Maka amalkanlah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Semoga Allah membimbing kita.





(JIPS)Kedah

27 hb Oktober 2026M
16 hb Jamadil Awal 1448H

26/10/2026

HEBAHAN DAN PERINGATAN KESELAMATAN PELAJAR SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN

Koperal Ismanizam dari Balai Polis Kepala Batas telah menyampaikan hebahan dan peringatan berkaitan aspek keselamatan pelajar selepas waktu persekolahan.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar agar sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, tidak leka serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ingat, keselamatan diri tanggungjawab bersama. Sentiasa berwaspada, walau di mana jua berada.

Info Bencana Banjir Negeri Kedah26/10/2026 @ 0800hrs
26/10/2026

Info Bencana Banjir Negeri Kedah
26/10/2026 @ 0800hrs

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium
Alor Setar
05560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Kedah:

Shortcuts

Share

Nearby government services