Lembaga Muzium Negeri Kedah

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Muzium Negeri Kedah Kedah Historical and Cultural Heritage
"Where It's All Began"

Unit Pameran dan Pendidikan Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima jemputan mengadakan Pameran sempena Hari Usahawan di SK...
25/10/2026

Unit Pameran dan Pendidikan Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima jemputan mengadakan Pameran sempena Hari Usahawan di SK Seri Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Jangan lupa ikuti kami di :

🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA MUZIUM PADIDemi menyajikan pengalaman yang lebih bermakna buat para pengunjung, Pe...
22/10/2026

MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA MUZIUM PADI

Demi menyajikan pengalaman yang lebih bermakna buat para pengunjung, Penutupan sementara Muzium Padi dilanjutkan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaik taraf ruangan pameran.

Tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan kelak.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran, pengertian dan sokongan anda.

Jangan lupa ikuti kami di :
🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

Temu bual bersama pelajar Pusat Pengajian  Perakaunan Tunku Puteri Intan Syafinaz, UUM, Bertajuk '' Kajian dokumentasi  ...
22/10/2026

Temu bual bersama pelajar Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Syafinaz, UUM, Bertajuk '' Kajian dokumentasi dan pendigitalan duit syiling kedah Abad Ke -12 Pembinaan semula sejarah,ekonomi dan identiti warisan negeri Kedah ''

Jangan lupa ikuti kami di :
🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima kunjungan daripada Program Familiarisation Trip Visit Malaysia Year 2026 ke Muzium ...
22/10/2026

Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima kunjungan daripada Program Familiarisation Trip Visit Malaysia Year 2026 ke Muzium DiRaja Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Jangan lupa ikuti kami di :

🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

Sorotan gambar Bengkel  Kedua Pembangunan  Pelan Strategik Lembaga Muzium Negeri Kedah bagi tempoh 2026-2030 bertempat d...
12/10/2026

Sorotan gambar Bengkel Kedua Pembangunan Pelan Strategik Lembaga Muzium Negeri Kedah bagi tempoh 2026-2030 bertempat di Jerai Hotel, Alor Setar Kedah
Jangan lupa ikuti kami di :

🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

GUBIR DAN RELAULembaga Muzium Negeri Kedah melakukan tinjauan mengenai jumpaan Relau di Gubir,KedahGubir merupakan antar...
08/10/2026

GUBIR DAN RELAU

Lembaga Muzium Negeri Kedah melakukan tinjauan mengenai jumpaan Relau di Gubir,Kedah

Gubir merupakan antara kawasan penting dalam lipatan sejarah Negeri Kedah yang menyimpan tinggalan penempatan lama serta jejak kegiatan perlombongan dan pemprosesan bahan mentah. Kawasan ini menjadi sebahagian daripada perkembangan ekonomi masyarakat negeri Kedah terdahulu.

Menurut penceritaan yang direkodkan, Antara tinggalan penting yang ditemui semula ialah beberapa buah relau peleburan pada tahun 2020, Ketika paras air menyusut dan kawasan berkenaan mula menampakkan semula tinggalan yang selama ini terlindung.

Penemuan tersebut berlaku hasil daripada proses hakisan air yang secara beransur-ansur menghakis lapisan tanah di kawasan penempatan lama. Apabila tanah di sekeliling struktur semakin terhakis, bahagian atas relau mula muncul dan dapat dikenal pasti sebagai sebuah binaan yang mempunyai kaitan dengan kegiatan pemprosesan dan peleburan logam.

Sebelum penemuan pada tahun 2020 tersebut, sekitar tahun 1995, Nordin Salleh@ AJ Gubey pernah melihat beberapa tinggalan penempatan lama yang masih terdapat di kawasan berkenaan. Antaranya termasuk tapak penempatan serta kawasan perkuburan lama. Namun begitu, relau tersebut masih belum kelihatan kerana sebahagian strukturnya masih terlindung di bawah lapisan tanah.

Apabila paras air kembali menyusut pada tahun 2026, struktur relau mula terserlah akibat hakisan yang berlaku secara beransur-ansur. Keadaan ini membolehkan tinggalan yang sebelum ini tersembunyi dikenal pasti dan direkodkan sebagai salah satu bukti penting berkaitan kegiatan masyarakat terdahulu di Gubir.

Penemuan relau ini memperlihatkan satu lagi sisi penting sejarah Gubir, khususnya berkaitan kegiatan peleburan dan pemprosesan logam pada masa lalu. Tinggalan yang kembali terserlah daripada lapisan tanah ini bukan sekadar sebuah binaan lama, tetapi menjadi petunjuk yang membuka ruang untuk kita menelusuri kembali sejarah, kemahiran serta kehidupan masyarakat yang pernah berkembang di Ulu Muda.

Lembaga Muzium Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Pusat informasi Taman Negeri UluMuda gubir, serta Saudara Nordin bin Salleh @ AJ Gubey atas segala maklumat, perkongsian pengetahuan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha menelusuri kembali sejarah Gubir dan tinggalan relau di Ulu Muda.

Setiap maklumat yang dikongsikan bukan sekadar membantu melengkapkan catatan sejarah, tetapi turut membuka kembali cerita dan jejak kehidupan yang pernah terlindung oleh waktu.

Sesungguhnya, sejarah tidak akan terus hidup tanpa insan yang sudi berkongsi cerita, pengalaman dan ingatan. Terima kasih kerana bersama-sama membantu kami merakam warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman.

FOTO RELAU IHSAN PERKONGSIAN DARIPADA Nordin bin Salleh @ AJ Gubey

LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH MENELUSURI JEJAK SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KEDAH DI PESISIR BARAT SELATAN THAILAND Lembaga Muzi...
05/10/2026

LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH MENELUSURI JEJAK SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KEDAH DI PESISIR BARAT SELATAN THAILAND

Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kajian dengan kerjasama Persatuan Guru Bersara Negeri Kedah bagi menelusuri jejak sejarah dan sosiobudaya masyarakat Kedah di pesisir Pantai Barat Trang dan Hatyai, Thailand.

Lawatan ini menghimpunkan pencarian ilmu, khazanah sejarah serta tinggalan budaya yang memperlihatkan hubungan erat masyarakat di rantau ini sejak sekian lama.

Sepanjang lawatan, rombongan Lembaga Muzium Negeri Kedah berkesempatan mengunjungi beberapa pusat rujukan utama iaitu Masyarakat Koh Libong (Pulau Telibung), Arkib dan Perpustakaan Negara Wilayah, Trang, Arkib Negara Wilayah Songkla serta Muzium Folklore, Songkhla

Lawatan ini bertujuan meneliti sumber sejarah, bahan arkib dan khazanah kebudayaan yang menjadi jendela penting dalam memahami perkembangan masyarakat di Selatan Thailand serta kaitannya dengan sejarah dan sosiobudaya Kedah.

Lembaga Muzium Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya penganjur serta pihak Masyarakat Koh Libong (Pulau Telibung), Arkib dan Perpustakaan Negara Wilayah, Trang, Arkib Negara Wilayah Songkla serta Muzium Folklore, Songkhla atas sambutan, kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan.

Sesungguhnya, sejarah tidak mengenal sempadan. Di sebalik jarak dan perbezaan wilayah, tersimpan jejak budaya, ingatan masyarakat dan warisan yang saling bertaut, menjadi sebahagian daripada kisah panjang rantau ini yang wajar terus diterokai, didokumentasi dan diwariskan.

Jangan lupa ikuti kami di :
🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

04/10/2026

“Dulu berputar, kini bercerita.”

Sebelum beras memenuhi guni dan pasaraya, ia bermula daripada padi yang diusahakan dengan kudrat. Pengisar padi tradisional menjadi antara perantara penting dalam perjalanan itu. Bentuknya dan teknikalnya mungkin sederhana, namun di situlah tersimpan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebuah masyarakat yang hidupnya begitu rapat dengan sawah.

Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima kunjungan lawatan akademik daripada pelajar Sarjana Seni Bina, Universiti Kebangsaa...
29/09/2026

Lembaga Muzium Negeri Kedah menerima kunjungan lawatan akademik daripada pelajar Sarjana Seni Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Muzium Negeri Kedah dan Muzium Diraja Kedah.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat, memahami nilai seni bina serta meneliti ciri-ciri warisan bangunan bersejarah sebagai rujukan bagi pelaksanaan projek reka bentuk seni bina.

Semoga lawatan ini menjadi medan perkongsian ilmu dan membuka ruang kepada penerokaan idea kreatif dalam mengangkat nilai seni bina serta warisan sejarah negeri Kedah.

Jangan lupa ikuti kami di :
🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

AL-FATIHAHSalam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali. Semoga roh All...
28/09/2026

AL-FATIHAH

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Jangan lupa ikuti kami di :

🔲 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙄𝙉𝙎𝙏𝘼𝙂𝙍𝘼𝙈 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙃𝙍𝙀𝘼𝘿𝙎 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙏𝙄𝙆𝙏𝙊𝙆 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙈𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝
🔲 𝙔𝙊𝙐𝙏𝙐𝘽𝙀 : 𝙇𝙈𝙉𝙆 𝙏𝙑

Address

Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047331162

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Muzium Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Muzium Negeri Kedah:

Shortcuts

Share

Nearby government services