30/10/2026
💙💛 MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ONE-OFF INSENTIF PELAKSANA SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR 💛💙
📅 30 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 SMK Tasek Utara
Satu penghargaan bermakna buat para pelaksana Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negeri Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan, sokongan dan pengiktirafan yang diberikan kepada para pelaksana SRBJ. Inisiatif ini amat bermakna dalam menyuntik semangat serta menghargai sumbangan warga pendidikan dalam menjayakan agenda kecemerlangan pendidikan negeri.
Semoga insentif ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju, memperkukuh kecemerlangan pendidikan dan melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing.
Bersama menjayakan aspirasi pendidikan Johor! 💙💛