25/10/2026
♻️🌿 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚!
🏆 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔
𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 | 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲
📅 1 September hingga 15 Oktober 2026
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah menunjukkan komitmen serta pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula bagi Kategori Sekolah Rendah Tahun 2026.
Pertandingan ini bukan sekadar menggalakkan pengumpulan bahan kitar semula, malah menjadi platform penting dalam memupuk kesedaran alam sekitar, membudayakan amalan hijau serta menyemai nilai tanggungjawab terhadap kelestarian bumi dalam kalangan murid.
🏆 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚
🥇 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 | RM1,200.00
Sekolah Rendah Islam III (SRI 3)
♻️ Jumlah kutipan: 4,035.40 kg
🥈 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 | RM800.00
SK Santan
♻️ Jumlah kutipan: 1,336.15 kg
🥉 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 | RM500.00
SK Kayang
♻️ Jumlah kutipan: 1,217.05 kg
🌱 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗚𝗨𝗛𝗔𝗧𝗜 | RM300.00
1. SK Bintong – 1,212.00 kg
2. SK T**i Tinggi – 900.92 kg
3. SK Sanglang – 480.65 kg
4. SK Oran – 320.90 kg
5. SK Seri Indera – 317.20 kg
6. SK Putra
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada semua murid, guru pembimbing, pentadbir sekolah, ibu bapa serta seluruh warga sekolah atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini.
✨ Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha kecil yang dilaksanakan secara konsisten dan kolektif mampu memberikan impak besar kepada pemeliharaan alam sekitar.
Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kitar semula dan melahirkan generasi muda yang lebih prihatin, bertanggungjawab serta berjiwa lestari.
🌏 𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝑲𝒖𝒕𝒊𝒑𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂, 𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏!
𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜! ♻️