12/10/2026
PROGRAM PEMBUDAYAAN KESELAMATAN MAKANAN DI SMK AGAMA ARAU
5 Oktober 2026 - Telah berlangsung Program Pembudayaan Keselamatan Makanan di SMK Agama Arau bertujuan untuk memperkasakan amalan keselamatan makanan di peringkat sekolah bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah:
🍒 Taklimat keselamatan makanan
🍒 Taklimat langkah kawalan kritikal keselamatan makanan
🍒 Taklimat berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta
🍒 Taklimat dan praktikal KENDIRI dan ProKEM
Program ini melibatkan seramai 400 orang peserta terdiri daripada warga SMK Agama Arau termasuk pelajar, guru, pengusaha kantin dan pengendali dapur asrama yang memberikan komitmen serta kerjasama yang amat baik sepanjang aktiviti berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Agama Arau atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan demi memastikan makanan yang disediakan di sekolah bersih dan selamat 😀