Giatmara Negeri Sabah

Call Directions Website Contact the organization

Giatmara Negeri Sabah Page Rasmi GIATMARA Negeri Sabah.

29/10/2026
29/10/2026

Sekitar sesi penyerahan peralatan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Usahawan) GIATMARA Negeri Sabah, En Erwan bin Syamsuddin kepada 4 orang penerima terdiri dari 2 orang usahawan Giatmara Papar & 2 orang usahawan GIATMARA Gaya pada 28 Oktober 2026.

PPP merupakan program berbentuk geran pembelian peralatan & mesin kepada usahaqan-usahawan baru bernilai RM10,000 di bawah Peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan dilaksanakan oleh GIATMARA.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Team Inovasi GIATMARA Negeri Sabah kerana berjaya membawa pulang 3 kemenangan m...
26/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Team Inovasi GIATMARA Negeri Sabah kerana berjaya membawa pulang 3 kemenangan mewakili GIATMARA Malaysia di Expo TVET @ KKDW 2026 yang melabuhkan tirai pada 25 Oktober 2026.

Wakil dari GIATMARA Negeri Sabah membawa pulang hadiah
1. Pertandingan Inovasi Kategori ICT/Multimedia : Johan (GM Penampang)
2. Pertandingan Inovasi Hijau KKDW Kategori ECO-EDU : Naib Johan (GM Penampang)
3. Pertandingan Kemahiran Arca Kreatif Kategori Terbuka : Naib Johan (GM Kinabatangan)

Program yang berlangsung pada 23-25 Oktober 2026 di Perkarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor berakhir dengan sejuta kenangan manis buat seluruh wargakerja GIATMARA khususnya Team Inovasi GIATMARA Negeri Sabah.

Team Inovasi GMN Sabah diketuai Pengarah GIATMARA Negeri Sabah Ts Azizzudin bin A. Aziz dibantu Timbalan Pengarah Latihan dan Kemahiran Ts Mohd Aizan bin Masi bersama Penyelaras Team Inovasi GMN Sabah En Mohd Hamsah bin Saleh Ajih Pengurus GIATMARA Sandakan.

Semoga kejayaan kali ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain.

TAHNIAH SEKALI LAGI TEAM INOVASI GMN SABAH!!!
SABAH ONSOIII!!!

25/10/2026

🔥 DAY 3 | HARI TERAKHIR EKSPO TVET@KKDW SABAH — ONSOI! 💪🏻🇲🇾

Bukan sekadar pertandingan, tetapi medan membuktikan bahawa anak-anak Sabah juga mampu mencipta, berinovasi dan bersaing di pentas yang lebih besar! 🚀

Setiap idea membawa harapan, setiap usaha membina kemahiran, dan setiap cabaran mengajar kita untuk terus melangkah. Di sebalik setiap projek, ada kerja keras, semangat berpasukan dan impian untuk melihat TVET terus maju.

đź’™ Kita datang membawa ilmu.
❤️ Kita berjuang membawa inovasi.
đź’› Kita pulang membawa pengalaman dan kebanggaan.

Apa pun keputusannya, teruskan melangkah dengan bangga. Kerana kejayaan sebenar bukan hanya tentang membawa pulang trofi, tetapi tentang keberanian mencuba, kesungguhan berkarya dan semangat untuk tidak pernah mengalah.

Pasukan Sabah, tunjukkan semangat kita! 🔥
Biar usaha menjadi bukti, biar inovasi menjadi kebanggaan!

SABAH BOLEH! TVET BOLEH! ONSOI BAH! 💪🏻🔥

GIATMARA – TABUNG HAJI PERKUKUH SINERGI, PROGRAM BAITI BAWA HARAPAN BAHARU KEPADA PENERIMATAWAU / LAHAD DATU, 24 Oktober...
24/10/2026

GIATMARA – TABUNG HAJI PERKUKUH SINERGI, PROGRAM BAITI BAWA HARAPAN BAHARU KEPADA PENERIMA

TAWAU / LAHAD DATU, 24 Oktober 2026 – Kerjasama strategik antara GIATMARA dan Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperlihatkan impak positif menerusi pelaksanaan Program BAITI, sebuah inisiatif kebajikan yang membantu menyediakan kediaman lebih selesa dan selamat kepada penerima manfaat.

Menerusi program ini, penyerahan rumah di Kampung Ranggu, Tawau dan Kampung Sapangaya, Lahad Datu menjadi manifestasi komitmen bersama kedua-dua agensi dalam menyantuni masyarakat serta membantu meningkatkan kesejahteraan hidup golongan yang memerlukan.

Program BAITI bukan sekadar menyediakan kediaman yang lebih baik, malah membawa harapan baharu kepada penerima untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa, selamat dan sejahtera. Inisiatif ini turut mencerminkan kepentingan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan program kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Majlis penyempurnaan penyerahan rumah tersebut melibatkan Dato' Nur Laila Said, Pengarah TH Wilayah Borneo, dan Haji Yusdi bin Nasip, Pengarah TH Sabah.

Turut hadir ialah Hajah Herlina Kusumadewi binti Budi Susilo, Eksekutif Kewangan merangkap Tanggung Tugas Pengurus Cawangan Tawau, serta Haji Imran bin Setta, Pengurus Cawangan Tabung Haji Daerah Lahad Datu.

MARA Daerah Lahad Datu turut diwakili oleh Mohd Nazrie bin Mohamad, Pegawai MARA Daerah Lahad Datu.

Sementara itu, GIATMARA Negeri Sabah diwakili oleh Mohd Saffe bin Rumadun, Ketua Penyelaras Zon Negeri Sabah (Program Khas PPRS), yang hadir mewakili Pengarah GIATMARA Negeri Sabah, bersama Mohd Noor bin Jamarudin Pegawai Program Khas (PPK) GIATMARA Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Baharudin bin Jakaria, Pengurus GIATMARA Kalabakan, dan M. Arman bin Mualam, Pengurus GIATMARA Silam.

Pelaksanaan Program BAITI memperlihatkan bahawa sinergi antara agensi mampu menghasilkan impak yang lebih bermakna apabila kepakaran, sumber dan komitmen digembleng demi memenuhi keperluan masyarakat. Hubungan kerjasama antara GIATMARA dan Tabung Haji yang semakin erat juga membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi pada masa hadapan.

Lebih daripada sekadar penyerahan rumah, program ini membawa mesej bahawa kesejahteraan masyarakat memerlukan keprihatinan, kesepakatan dan tindakan bersama. Setiap usaha yang dilaksanakan menjadi bukti bahawa kerjasama yang kukuh antara agensi mampu menyampaikan manfaat nyata kepada rakyat.

GIATMARA dan Tabung Haji terus melangkah seiring, memperkukuh kerjasama dan menyantuni masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Galeri gambar Ekspo tvet@KKDW 2026
24/10/2026

Galeri gambar Ekspo tvet@KKDW 2026

🔥 DAY 2 | EKSPO TVET  2026 🔥Teruskan melangkah dengan semangat, warga GIATMARA Sabah! 💪🏻Hari kedua bukan sekadar menerus...
24/10/2026

🔥 DAY 2 | EKSPO TVET 2026 🔥

Teruskan melangkah dengan semangat, warga GIATMARA Sabah! 💪🏻

Hari kedua bukan sekadar meneruskan pameran, tetapi peluang untuk kita buktikan bahawa anak-anak TVET Sabah mempunyai bakat, kemahiran dan idea yang mampu diketengahkan.

Setiap projek yang dipamerkan membawa usaha, masa dan komitmen yang bukan sedikit. Di sebalik setiap inovasi, ada tenaga pengajar yang membimbing dan peserta yang berusaha memberikan yang terbaik.

Menang atau kalah bukan ukuran utama. Pengalaman, ilmu, keberanian mencuba dan semangat bekerjasama itulah yang akan menjadi bekalan untuk kita terus maju.

Teruskan berikan yang terbaik, saling menyokong antara satu sama lain dan bawa nama Sabah dengan penuh kebanggaan. Kita datang bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk belajar, berkongsi dan membina masa depan TVET yang lebih cemerlang.

Sabah boleh! GIATMARA boleh! 💙💛

Semoga semua peserta dipermudahkan urusan dan diberikan kejayaan sepanjang hari ini.

23/10/2026

🚨 PENGAMBILAN PELATIH GIATMARA 2027 KINI DIBUKA!🚨

🎓 JOM BINA KERJAYA MELALUI KEMAHIRAN TVET DI GIATMARA

âť— Peluang ini mungkin hanya datang sekali!

Permohonan TERHAD dan pengambilan akan DITUTUP 16 NOVEMBER 2026

APA TUNGGU LAGI‼️

SCAN QR atau Tekan Link di bawah :

https://www.tvet.gov.my/pendaftaran/daftar

Giatmara Negeri Sabah
Giatmara Labuan

Address

Tingkat 2, Lorong Likas Plaza, Jalan Tuaran, Likas
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088437072

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Giatmara Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Giatmara Negeri Sabah:

Shortcuts

Share