28/10/2026
📢 JOM KE BOOTH PTPTN! 💙💛
Berita baik buat warga Universiti Malaysia Sabah (UMS)! 🎓✨
Kaunter PTPTN akan dibuka bagi memudahkan anda mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Simpan SSPN dan pinjaman pendidikan PTPTN.
📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Foyer, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS
Antara perkhidmatan yang disediakan:
✅ Pembukaan akaun dan penambahan simpanan Simpan SSPN
✅ Rundingan dan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN
✅ Semakan penyata akaun Simpan SSPN dan pinjaman pendidikan
Jangan lepaskan peluang ini! Singgah ke booth PTPTN untuk mendapatkan maklumat, membuat semakan dan menguruskan urusan anda dengan lebih mudah. 😊
Jumpa anda di booth PTPTN! 💙💛