Pemuda PAS Kuala Selangor

Directions Website

Pemuda PAS Kuala Selangor Selamat datang ke laman rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKKS)

SALAM TAKZIAH | PERGINYA SEORANG AYAHANDA DIDALAM PERJUANGANبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَ...
27/10/2026

SALAM TAKZIAH | PERGINYA SEORANG AYAHANDA DIDALAM PERJUANGAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan hati yang amat berat dan penuh kesedihan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor merakamkan ucapan takziah atas pemergian ayahanda kami, Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Mokhtar, atau lebih mesra disapa Wak Pie, Ketua Cawangan PAS Astana Alam.

Pemergian Wak Pie merupakan satu kehilangan yang amat kami rasai. Perginya seorang ayahanda yang pernah bersama dalam saf perjuangan, meninggalkan kenangan, jasa dan pengorbanan Allahyarham yang sentiasa memberi dukungan kepada kami.

Berat mata memandang, berat lagi hati ini menerima. Namun, kami reda dengan ketentuan Ilahi. Semoga segala jasa dan amal bakti Allahyarham menjadi saham akhirat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh ahli keluarga Allahyarham, semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

Selamat berehat, Wak Pie. Jasamu dikenang dan namamu akan kekal terpahat dalam ingatan kami.

Al-Fatihah. 🤲

Dewan Pemuda PAS
Kawasan Kuala Selangor

SALAM TAKZIAH Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor merakamkan ucapan takziah atas pemergi...
27/10/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Mohammad bin Ibrahim (Ustaz Mad China), Bekas EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat keluarga, sahabat handai serta seluruh warga perjuangan yang pernah mengenali dan bersama-sama beliau dalam medan dakwah dan perjuangan Islam.

Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya, diberikan cahaya di alam barzakh serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Kami turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah segala kesalahannya.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA SELANGOR

PESAN PERJUANGAN 1Patuhlah pada keputusan kepimpinan samada pada perkara yg disukai atau tidak selagi tidak bercanggah d...
25/10/2026

PESAN PERJUANGAN 1

Patuhlah pada keputusan kepimpinan samada pada perkara yg disukai atau tidak selagi tidak bercanggah dengan SYARA’! Kekuatan kita bukan bergantung pada duit, jumlah yang ramai dan kelengkapan yg banyak.

Akan tetapi kekuatan kita adalah pada KEPATUHAN ARAHAN, KESATUAN dan KEIKHLASAN memperjuangkan Agamanya berlandaskan syariat serta adab yang tinggi. Rapatkan Saff Satukan ketumbukan, Moga pertolongan dan kemenangan diperolehi jua.



https://www.facebook.com/share/p/1HivE5a3is/

Sekitar majlis doa selamat dan solat hajat pembukaan dewan baharu di SRITI Darul Amilin Ijok malam tadi.Kehadiran sangat...
22/10/2026

Sekitar majlis doa selamat dan solat hajat pembukaan dewan baharu di SRITI Darul Amilin Ijok malam tadi.

Kehadiran sangat bermakna Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Tuan Haji Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim dan YB Tuan Jefri Mejan, ADN Ijok serta pimpinan PAS DUN Ijok memeriahkan lagi malam yang cukup barokah ini.

Sokongan dan dukungan yang istiqamah daripada insan-insan hebat, ayahanda dan bonda ini menjadikan kami para pemuda semakin bersemangat untuk menjayakan agenda jemaah melalui jalur pendidikan di DUN Ijok.

Semoga SRITI Darul Amilin Ijok semakin berkembang dan dimudahkan segala urusan dalam membina generasi rabbani.

---------------------------------------------------------------------------

Kepada susdagha, ibu ayah yang ingin menyumbang, boleh salurkan Sumbangan ke akaun yang tertera dibawah:

🏧 Online Transfer:
Bank Islam
12083010043558
Darul Amilin Management
(Reference: Dewan SRITI Ijok)

Whatsapp resit pembayaran ke:
+60 17-348 5477 (Tuan Amirul)

Terima kasih atas sumbangan anda 😊

PALESTIN; MEMPERINGATI 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA KEBERSAMAAN KAMI!!!- DPPKKS.Alhamdulillah! Allahuakbar!!! Puas hati dan sy...
20/10/2026

PALESTIN; MEMPERINGATI 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA KEBERSAMAAN KAMI!!!- DPPKKS.

Alhamdulillah! Allahuakbar!!! Puas hati dan syukur sangat ya Allah, kemuncak semalam Ceramah perdana "Memperingati 3 tahun Taufan Al-Aqsa" dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat awal bulan lalu, datang memikirkan bagaimana nak hidupkan kempen kesedaran Palestin ini!!

Terlalu penting isu Palestin ini! Perlu diperluaskan, ummah perlu tahu dan fahami serta perjuangkan!!

Alhamdulillah, Allah permudahkan.. Berkebetulan sangat Lujnah Dakwah membentangkan gerak kerja bulanan menyatakan hasrat Pemuda Selangor supaya menghidupkan kempen kesedaran Palestin Taufan Al-Aqsa minggu depan.

Apa lagi!!!! Ada kebersamaan, kesatuan fikiran terus rancang pelaksanaan berkobar-kobar semangat adalah niat membangkitkan semangat juang Palestin ke seluruh jiwa-jiwa rakyat!

Seminggu!!
Bermula di PASTI& SRITI diadakan kempen cinta Palestin, pertandingan mewarna , diikuti seterusnya pertandingan mencipta video dan tulisan bertemakan Palestin!!!

Disusuli dengan kempen kibarkan panji Palestin, diiringi Street Dakwah bersama masyarakat menzahirkan sokongan padu kepada Palestin dengan kerjasama Lujnah Dakwah PAS Selangor turun ke Kuala Selangor.

Lebih menggemparkan 2 figura terhaibat tidak asing lagi penglibatan isu Palestin ini , Alfadhil YB Ustaz Dr Riduan Mohd Nor dan Alfadhil Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan kesediaan untuk hadir sebagai pemidato utama kemuncak program.

Susun atur program, disebarluaskan oleh keupayaan kuasa viral online dan sebaran segera poster iklan-iklan, maka menyeluruh hadir memeriahkan program kemuncak.

Pelbagai jualan di gerai-gerai makan dan minum dibuka termasuk penjualan produk Palestin seperti baju, mafla, bendera dan lain-lain menarik perhatian ramai.

Walaupun hujan renyai-renyai membasahi bumi kompleks PAS Kuala Selangor, tidak menghalang dan tidak berganjak pengunjung datang berpusu semata untuk mendengar pengisian yang penuh bermakna daripada pemidato-pemidato kita.

Hasrat dan cita-cita alhamdulillah tercapai, tidak lain ingin membuka ruang supaya masyarakat , anak cucu kita kenal, fahami dan hayati perjuangan saudara kita di Palestin!

Perjuangan yang tidak berkesudahan, tanah air kita umat Islam yang perlu kita pertahankan!!

Alhamdulillah, terima kepada semua terlibat menjayakan agenda terpenting ini. Kepimpinan PAS kawasan, ayahanda YDP kami, Cg.Rashid , sahabat- sahabat exco Dewan Pemuda dan semua terlibat menjayakan agenda ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat kekanda kami kedua pemidato-pemidato yang terhaibat, sudi hadir menghidupkan roh dan hati kami demi perjuangan Palestin!

Teruskan perjuangan..
Perjuangan masih panjang..

Siirualabarokatillah.
Dengan roh, dengan darah, kami akan pertahankan Palestin!!

Salam perjuangan;

DEWAN PEMUDA PAS KUALA SELANGOR

RIBAT TAUFAN AL-AQSA 🍉Bawa Mafla, Bendera & Jiwa!Ayuh bersama-sama mengimarahkan Ribat Taufan Al-Aqsa sebagai tanda soli...
20/10/2026

RIBAT TAUFAN AL-AQSA 🍉

Bawa Mafla, Bendera & Jiwa!

Ayuh bersama-sama mengimarahkan Ribat Taufan Al-Aqsa sebagai tanda solidariti, keprihatinan dan sokongan kita terhadap perjuangan rakyat P4l3st1n. 🍉

📅 Tarikh: Sabtu, 24 Oktober 2026
⏰ Masa: 7.00 malam
📍 Tempat: Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Hulu Langat

Marilah kita hadir bersama, menyemarakkan semangat perpaduan dan terus mengangkat suara solidariti untuk P4l3st1n. 🍉

Bawa adik, abang, kakak dan satu keluarga hadir bersama.

Kerana setiap kehadiran membawa makna, setiap suara menyampaikan harapan.

Pendaftaran : http://daftar.ribat.pemudapasselangor.com/

Jumpa anda semua di sana!


SANAH HELWAH TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANGبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِSetinggi-tinggi uca...
19/10/2026

SANAH HELWAH TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Setinggi-tinggi ucapan Sanah Helwah buat Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,atas pertambahan usia yang dikurniakan Allah SWT.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan keberkatan usia, mengurniakan kesihatan yang baik, memperteguhkan kekuatan iman serta memberikan ketabahan dan istiqamah dalam memimpin perjuangan Islam.

Moga setiap langkah perjuangan, titipan ilmu dan pengorbanan Tuan Guru menjadi amal soleh yang berpanjangan, membawa manfaat kepada ummah serta menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya.

Ya Allah, peliharalah Tuan Guru dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah kekuatan untuk terus menyampaikan risalah Islam, membimbing ummah dan memperjuangkan agama-Mu dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُ فِي عُمْرِهِ وَصِحَّتِهِ وَعِلْمِهِ وَعَمَلِهِ

Ya Allah, berkatilah usianya, kesihatannya, ilmunya dan amalannya.

🌹 Selamat Menyambut Hari Kelahiran, Murobbi kami

Moga terus istiqamah di jalan perjuangan, teguh memimpin ummah.

اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ




18/10/2026

Palestine sentiasa dihati dan sanubari!!!

Anak muda Terengganu semangat memang lain macam!!!

tunggu j*p, anak muda Selangor menyusul INSHAALLAH...

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS SELANGOR18 OKTOBER 2026 | 7 JAMADILAWWAL 1448 H​HENTIKAN PEMBUDAYAAN HEDONISME DI KAMPUS...
18/10/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR

18 OKTOBER 2026 | 7 JAMADILAWWAL 1448 H

​HENTIKAN PEMBUDAYAAN HEDONISME DI KAMPUS: UiTM PERLU KEKAL SEBAGAI TAMAN ILMU, BUKAN MEDAN HIBURAN MELAMPAU

1. ​Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneliti dengan penuh kebimbangan dan memandang serius berhubung penganjuran acara Malam Seribu Bintang di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam baru-baru ini. Penganjuran majlis yang berteraskan hiburan berlebihan di dalam menara gading adalah satu perkembangan yang amat mendukacitakan dan mencalarkan imej universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik bumiputera.

2. ​Pada saat anak muda kita pada hari ini sedang bergelut dengan pelbagai ancaman krisis identiti dan kerosakan gejala sosial yang semakin membarah di luar sana, institusi pengajian tinggi sepatutnya memainkan peranan untuk memandu dan menyelamatkan mereka. Sebaliknya, acara sebegini seolah-olah menghalalkan dan memupuk nilai hedonistik ke dalam jiwa mahasiswa. Anak-anak muda yang sedang mencari haluan hidup perlukan bimbingan intelektual dan rohani, bukan disajikan dengan hiburan yang melekakan jiwa dan minda.

3. ​Suka untuk ditegaskan di sini bahawa pendirian PAS sejak dahulu adalah jelas, kita sama sekali tidak menolak hiburan kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Namun, selain daripada budaya terjerit-jerit bersorak seperti yang dipapar di media sosial di dalam program berkenaan, kemudian penganjur membawa masuk p**a kump**an artis M-Pop seperti 'XO Jr.' ke dalam program ini, ia bukanlah satu perkara yang membawa nilai yang baik. Kump**an ini secara terangnya membawa imej, nilai, dan acuan budaya K-Pop untuk disuapkan kepada mahasiswa tempatan kita.

4. ​Kita perlu membuka mata dan melihat realiti sebenar industri K-Pop yang cuba diadaptasi kump**an ini. Ia adalah sebuah industri yang sarat dengan pelbagai krisis negatif bermula daripada masalah kesihatan mental yang kritikal, tekanan melampau, kemurungan, hingga membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat akibat budaya pemujaan (idolisation) yang bertuhankan hiburan semata-mata. Apakah acuan masyarakat rapuh sebegini yang mahu kita bina dan terapkan ke dalam jiwa generasi pewaris negara?

5. Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak pihak pentadbiran UiTM agar mengambil tindakan tegas, menyemak semula garis panduan kelulusan program pelajar, dan mencegah penganjuran acara berunsur hiburan melampau ini daripada berulang lagi. Pihak universiti wajib kembali kepada fungsi hakikinya, iaitu menyuburkan 'budaya ilmu', memperbanyak wacana akademik, serta mengasah ketajaman intelektual anak-anak muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak.

6. ​Kepada seluruh pemegang taruh pendidikan negara, jika kelalaian hiburan terus diangkat dan menjadi tumpuan di dalam dewan-dewan universiti kita, apakah kita sudah bersedia untuk melihat masa depan negara ini bergelap dan runtuh akibat daripada tangan kita sendiri? Masa depan Malaysia bergantung teguh kepada kualiti akal budi mahasiswa yang kita lahirkan pada hari ini.
​
​USTAZ DR. AUBIDULLAH FAHIM BIN IBRAHIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



Program Street Dakwah sempena Memperingati 3 Tahun Taufan Al-Aqsa di sekitar Central Park, Alam Suria Puncak Ala. Tahnia...
18/10/2026

Program Street Dakwah sempena Memperingati 3 Tahun Taufan Al-Aqsa di sekitar Central Park, Alam Suria Puncak Ala. Tahniah Lajnah Dakwah Pemuda PAS Negeri Selangor Dan Lajnah Dakwah Pemuda PAS Kuala Selangor 🇵🇸👍🏻

Address

NO. 8-2, Jalan DATARAN SURIA 15/7/2, DATARAN SURIA, BANDAR PUNCAK ALAM DARUL EHSAN
Kuala
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services