21/09/2026
🤲 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗝𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡
Majlis Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyeru seluruh umat Islam di Negeri Sembilan untuk bersama-sama 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗷𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗻𝗮𝗷𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧, memohon petunjuk serta jalan terbaik bagi menguraikan kekusutan yang sedang berlaku di negeri ini.
Dalam keadaan yang menimbulkan pelbagai persoalan dan perbezaan pandangan, kami menyeru semua pihak supaya terus memelihara ketenangan, menghormati institusi serta proses yang berkaitan, dan mengelakkan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.
Di samping segala ikhtiar melalui saluran yang sewajarnya, marilah kita kembali memohon pertolongan Allah SWT agar 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗸𝘂𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.
🤲 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗢𝗔
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mengikutinya. Tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menjauhinya.”
Ya Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, uraikanlah segala kekusutan yang sedang berlaku. Kurniakanlah kebijaksanaan dan keikhlasan kepada mereka yang memikul amanah.
Peliharalah keamanan, keharmonian dan kesejahteraan Negeri Sembilan serta seluruh rakyatnya. Jauhkanlah negeri ini daripada perselisihan, fitnah, kezaliman dan segala kemudaratan.
𝗔𝗺𝗶𝗻 𝗬𝗮 𝗥𝗮𝗯𝗯𝗮𝗹 ‘𝗔𝗹𝗮𝗺𝗶𝗻.
Sehubungan itu, kami menyeru umat Islam di seluruh Negeri Sembilan untuk melaksanakan 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗷𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂, 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮, 𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱, serta memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menunjukkan jalan yang benar dan membuka ruang kepada penyelesaian yang terbaik untuk Negeri Sembilan.
𝗠𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 • 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 • 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗞𝗨𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡
𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡
21 September 2026