Fama Daerah Rompin

Directions Website

Fama Daerah Rompin Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA )

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri asas tani. Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:

Pembangunan luang pasaran
Pembangunan infrastruktur pemasaran
Pembangunan keusahawanan
Pembangunan pemasaran produk
Pembangunan regulasi pemasaran

28 Okt 2026 | Rabu | Muadzam ShahRangkuman suasana Jualan Agro Madani di Pasar Tani Muadzam Shah sebelah pagi tadi yang ...
28/10/2026

28 Okt 2026 | Rabu | Muadzam Shah

Rangkuman suasana Jualan Agro Madani di Pasar Tani Muadzam Shah sebelah pagi tadi yang menawarkan penjimatan sehingga 30 % ke atas barangan seperti ayam Segar, Daging Segar, Ikan, Sayuran dan Kombo Madani.

🛒🛒 𝑱𝑼𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑹𝑶 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 @ 𝑷𝑨𝑺𝑨𝑹 𝑻𝑨𝑵𝑰 𝑴𝑼𝑨𝑫𝒁𝑨𝑴 𝑺𝑯𝑨𝑯 🛒🛒💭💭Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program Jualan Agro Mada...
25/10/2026

🛒🛒 𝑱𝑼𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑹𝑶 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 @ 𝑷𝑨𝑺𝑨𝑹 𝑻𝑨𝑵𝑰 𝑴𝑼𝑨𝑫𝒁𝑨𝑴 𝑺𝑯𝑨𝑯 🛒🛒💭💭

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program Jualan Agro Madani yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian segar pada harga berpatutan.

📅 Tarikh: Rabu, 28 Okt 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga selesai
📍 Lokasi Pasar Tani Muadzam Shah
https://maps.app.goo.gl/vwUJ5jDys7exGdTC9

🛒 Antara tawaran menarik:

☀Diskaun RM 5.00 bagi pembelian barangan berikut (pembelian berKUPON)
🐔 Ayam Segar
🦈 Ikan Patin/Tilapia/Baung
🥩 Daging Segar / 🍖Tulang
🥦 Sayuran

Ada lagi..

✅ Kombo MADANI - RM 20.00 Shj
(Telur Gred B 30 Biji, Minyak Masak 1 peket, Bawang Merah 1 kg, Mee Kuning 1 peket, Kue Tiaw 1 peket)

⚠️ Tawaran adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan stok.

📢 Orang ramai digalakkan hadir awal bagi menikmati tawaran yang disediakan.

"𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”









25/10/2026

50 tahun..riwayat daerah rompin..Sambutan Jubli Emas Daerah Rompin (1976-2026) sempena Memuliakan Hari Keputeraan Yg ke 67 Ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) di Pantai Hiburan, Rompin.

22/10/2026
🌿🛒 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 @ 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗕𝗔𝗭𝗔𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗔𝗕𝗥) 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗡𝗚 𝟵 🛒🌿📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengahar...
20/10/2026

🌿🛒 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 @ 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗕𝗔𝗭𝗔𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗔𝗕𝗥) 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗡𝗚 𝟵 🛒🌿

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan bekalan dapur segar pada harga istimewa! 🔥

💥 KOMBO MADANI HANYA RM10.00/set

🐔Ayam Setengah Ekor
🌰 Bawang Merah - 1 paket
🍜 Mee Kuning - 1 paket
🌴 Minyak Masak - 1 paket

✨ Jimat Dapur Rakyat

📦 Selagi stok masih ada! Ayuh sokong produk tempatan dan nikmati penjimatan !!!!

FAMA ATUR PASARAN 🌽🌽 JAGUNG MANIS KELUARAN FIRSTCLASS AGROTECH SDN. BHD. DI MUADZAM SHAH, ROMPIN📅15 Oktober 2026 (Khamis...
17/10/2026

FAMA ATUR PASARAN 🌽🌽 JAGUNG MANIS KELUARAN FIRSTCLASS AGROTECH SDN. BHD. DI MUADZAM SHAH, ROMPIN

📅15 Oktober 2026 (Khamis)
🕜10.30 pagi
📍Rompin Dairy Farm, Muadzam Shah, Pahang

Satu lawatan kerja yang diketuai oleh En. Azrul bin Abdul Aziz Timbalan Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan & Operasi) Negeri Pahang ke ladang jagung milik Syarikat Firstclass Agrotech Sdn. Bhd di Muadzam Shah telah diadakan bagi membincangkan berkaitan dengan potensi pengeluaran dan pemasaran jagung manis seluas 150 ekar. Lawatan kerja ini diiringi oleh En. Khairul bin Mohd Yonan Pegawai FAMA Daerah Rompin dan disambut oleh Dato Alwi Ramesh bin Abdullah.

Terdapat 3 variety jagung manis yang diusahakan iaitu Jumbo, King Raja dan Asia Manis. Tempoh matang tanaman jagung dianggarkan antara 65 hingga 70 hari bagi setiap kitaran penanaman sebelum hasil boleh dituai.

Penuaian dijangka berlangsung mulai 11 November hingga 18 Disember 2026, dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 442,000 tongkol jagung.

Cadangan awal sebanyak 55,000 tongkol bagi setiap pembelian, dengan kekerapan pembelian sebanyak dua (2) kali seminggu, iaitu pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Turut hadir bersama lawatan ini ialah En. Mohd Faris Bin Abdullah Pengurus Pusat Operasi FAMA Kuantan, En Harman bin Anuar Ketua Unit Padanan Bekalan dan En Muhammad Faiz Faridzuddin bin Fazli Ketua Unit Pemasaran Segar Dan Intervensi FAMA Negeri Pahang.





12/10/2026
12/10/2026

Address

Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fama Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services