Pejabat RISDA Negeri Terengganu

Pejabat RISDA Negeri Terengganu Bersama Membina Pekebun Kecil Makmur

MODEL PERANCANGAN STRATEGIK RISDA (MPSR) 2021-2025

VISI
Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju untuk Kemajuan Pekebun Kecil

MISI
Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau

OBJEKTIF
Pekebun Kecil Memperolehi Purata Pendapatan Kolektif RM4,395 Sebulan Sekeluarga

🔥 TAHNIAH PRN TERENGGANU! 🔥Alhamdulillah, pencapaian belian hasil getah skrap dan lateks oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd ...
26/05/2026

🔥 TAHNIAH PRN TERENGGANU! 🔥

Alhamdulillah, pencapaian belian hasil getah skrap dan lateks oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd (RPSB) bersama RISDA Negeri Terengganu bagi bulan Mei 2026 terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 127,055.66 KG! 💪🏻🌱

Terima kasih kepada semua pekebun kecil, pegawai kawasan dan pihak terlibat yang terus komited dalam menjayakan program belian hasil getah bersama RPSB di seluruh Terengganu. Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. 🤝

📌 Jumlah Belian: 127,055.66 KG
📅 Bulan: Mei 2026



26/05/2026

14/05/2026
11/05/2026
07/05/2026
🌿 Berita Baik Pekebun!RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! 💰📈I...
29/04/2026

🌿 Berita Baik Pekebun!

RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! 💰📈

Inilah peluang terbaik untuk tambah hasil, tingkatkan produktiviti dan jana pendapatan lebih stabil 💪

📍 Jangan lepaskan peluang — mohon sekarang!







24/04/2026

𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀, 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋

Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) sebagai langkah proaktif membantu pekebun kecil berdepan dengan kenaikan kos input pertanian dan ketidaktentuan ekonomi global.

📍 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: RM13,710 kepada 𝐑𝐌𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎 (𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐑𝐌𝟔,𝟐𝟗𝟎)
📍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: RM14,955 kepada 𝐑𝐌𝟐𝟑,𝟎𝟎𝟎 (𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐑𝐌𝟖,𝟎𝟒𝟓)
📍 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤: RM14,805 kepada 𝐑𝐌𝟐𝟑,𝟎𝟎𝟎 (𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐑𝐌𝟖,𝟏𝟗𝟓) telah diumumkan pada Mac lalu

Pelaksanaan bermula tahun ini melalui bayaran secara lima ansuran bagi memudahkan pengurusan pembangunan kebun. Inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab kerajaan dalam melindungi kebajikan rakyat luar bandar serta memastikan kelangsungan sektor pekebun kecil kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.





24/04/2026

𝟑𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓, 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐈𝐊𝐊𝐀𝐍

Sekitar 33,000 orang pekebun kecil bakal menerima manfaat apabila Kerajaan mengumumkan kenaikan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi mengurangkan kos permulaan pembangunan kebun yang membolehkan pekebun kecil menguruskan kebun secara terancang.

Kenaikan kadar bantuan yang signifikan ini merangkumi seluruh negara seperti berikut:
📍 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎
📍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤: 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟑,𝟎𝟎𝟎

Melalui peranan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), langkah ini merupakan bukti kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memartabatkan pekebun kecil sebagai tulang belakang ekonomi luar bandar agar sektor komoditi negara terus mampan di sebalik cabaran ekonomi global.

Klik berita penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/04/kadar-bantuan-tanam-semula-getah-dinaikkan-beri-manfaat-33000-pekebun-kecil/






21 April 2026 l SelasaDewan Utama, Pejabat RISDA Negeri TerengganuMAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2 TAHUN 2O26 RISDA NEGE...
24/04/2026

21 April 2026 l Selasa
Dewan Utama, Pejabat RISDA Negeri Terengganu

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2 TAHUN 2O26 RISDA NEGERI TERENGGANU

Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA Negeri Terengganu Bil. 2 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya, dihoskan oleh Pejabat RISDA Daerah Setiu dan disempurnakan oleh Tuan Pengarah RISDA Negeri Terengganu.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan bagi bulan Februari dan Mac 2026. Selain itu, pemenang Pertandingan Video Side Effect Tamil Raya Tahun 2026 juga telah diumumkan dan Anugerah Aspirasi Pengurusan iaitu jualan Lateks & Skrap Tertinggi dan permohonan & bayaran TSGG Tertinggi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada urusetia Pejabat RISDA Daerah Setiu selaku tuan rumah, serta seluruh warga RISDA Negeri Terengganu atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.






Address

Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096222766

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Negeri Terengganu:

Share