Perbadanan Taman Negeri Pahang

Directions

Perbadanan Taman Negeri Pahang PTNP merupakan agensi Kerajaan Negeri Pahang yang mula beroperasi pada 01 Januari 2022 🌳☘️

𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) || 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐌 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah diwakili oleh seorang peg...
28/10/2026

𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) || 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐌 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah diwakili oleh seorang pegawai dalam Program Universiti Malaya Elite Day 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dalam program tersebut, wakil PTNP telah berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan pengurusan kawasan perlindungan di Negeri Pahang, termasuk peranan dan inisiatif PTNP dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti serta kelestarian khazanah alam semula jadi negeri.

Penyertaan ini merupakan platform strategik bagi memperkenalkan peranan dan fungsi PTNP kepada golongan pelajar, di samping memberi pendedahan mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif ini juga penting dalam memupuk kesedaran serta menarik minat generasi muda, dikalangan pelajar, untuk menyumbang kepada usaha konservasi dan kelestarian alam semula jadi negara.





𝟐𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) || 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐔𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐏 𝐇𝐄𝐕𝐄𝐀 𝐊𝐄 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐀𝐒𝐀𝐑𝐓𝐑)Per...
28/10/2026

𝟐𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) || 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐔𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐏 𝐇𝐄𝐕𝐄𝐀 𝐊𝐄 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐀𝐒𝐀𝐑𝐓𝐑)

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menerima kunjungan delegasi penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama wakil YP Hevea bagi mengadakan lawatan penanda aras dan sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan hidupan liar di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah (ASARTR).

Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat mengenai latar belakang ASARTR, fungsi kawasan perlindungan serta pelaksanaan pengurusan, pengayaan habitat dan pemantauan hidupan liar oleh PTNP dengan kerjasama pihak EMS dan rakan strategik.

Delegasi seterusnya dibawa melawat dua lokasi operasi utama, iaitu Padang Ragut Bertih dan Pos Kawalan Kuala Sungai Lurut bagi mendapatkan gambaran secara langsung mengenai keadaan kawasan serta pelaksanaan aktiviti pengurusan dan pemantauan hidupan liar di lapangan.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman serta membuka ruang kepada pengukuhan kerjasama antara pihak yang terlibat dalam usaha pemuliharaan hidupan liar dan biodiversiti.





𝟐𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) || 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍, 𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒𝐊𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟎𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔U...
28/10/2026

𝟐𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) || 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍, 𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒𝐊𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟎𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔

Unit Taman Negeri Diraja dan Warisan, Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keindahan, Landskap dan Pelancongan Majlis Daerah Maran Bil. 03/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Maran, Pahang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Muhammad Anuarudin bin Mohd Yusoff @ Ahmat, AMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Maran.

Dalam mesyuarat ini, wakil Unit Taman Negeri Diraja dan Warisan PTNP telah membentangkan gerak kerja serta status semasa Aspirasi Maran-Chini Geopark, meliputi perkembangan projek berkaitan, hala tuju serta tindakan susulan bagi memperkukuh inisiatif tersebut ke arah pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan.





𝟐𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁...
28/10/2026

𝟐𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐀𝐒𝐀𝐑𝐓𝐑)

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah mengadakan sesi perbincangan awal berhubung Cadangan Pembangunan Pelan Induk Kompleks Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah (ASARTR) yang dibentangkan oleh Enggang Management Services (EMS) Sdn. Bhd. Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif PTNP dan dihadiri wakil agensi kerajaan berkaitan.

Perbincangan ini bertujuan meneliti cadangan awal pembangunan serta mendapatkan input agensi bagi melengkapkan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Penubuhan Kompleks ASARTR berpotensi memperkukuh pengurusan konservasi, memperkasa komuniti setempat serta membuka peluang pekerjaan dan ekonomi melalui aktiviti berkaitan konservasi dan ekopelancongan, khususnya di wilayah Pahang Barat.

PTNP komited memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dan pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan ini dirancang secara menyeluruh, memberi manfaat kepada negeri dan masyarakat setempat serta mengekalkan kelestarian biodiversiti dan alam sekitar.








𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍Perb...
23/10/2026

𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) melalui Unit Taman Negeri Diraja dan Warisan telah menghadiri Sesi Libat Urus Pembangunan Geotapak di Jeram Pelangi, Maran untuk Produk Geopelancongan anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Sesi ini turut menyaksikan pembentangan taklimat oleh wakil PTNP, En. Mohamad Azrisyafiq bin Mohamed Juhari, bertajuk “Status Semasa Pembangunan Aspirasi Maran-Chini ke Arah Pengiktirafan Geopark Kebangsaan”. Taklimat tersebut memberikan gambaran mengenai perkembangan semasa pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark serta usaha ke arah pengiktirafan Geopark Kebangsaan.

Selain itu, JMG Pahang turut membentangkan hasil kajian geotapak Lembangan Jura-Kapur Jeram Pelangi bagi berkongsi dapatan kajian serta potensi pembangunan kawasan tersebut sebagai produk geopelancongan.

Program ini turut merangkumi sesi dialog bersama agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan pandangan, cadangan serta isu berkaitan pembangunan geotapak di Jeram Pelangi. Sesi dialog ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara pihak berkepentingan dalam merancang pembangunan geotapak sebagai produk geopelancongan.

Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam merealisasikan pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark ke arah pengiktirafan Geopark Kebangsaan, di samping memperkukuh pembangunan geopelancongan serta memastikan pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan khazanah alam semula jadi dilaksanakan secara mampan.







𝟐𝟎 - 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐎𝐒𝐇-𝐂) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏𝐒𝐓 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐀...
23/10/2026

𝟐𝟎 - 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐎𝐒𝐇-𝐂) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏𝐒𝐓 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menyertai Kursus Penyelarasan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Coordinator – OSH-C) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Kursus ini memberi pendedahan mengenai asas pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perundangan berkaitan, pengurusan bahan kimia serta pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aspek keselamatan jalan raya berkaitan pekerjaan, penyimpanan dan pengendalian bahan, reka bentuk stesen kerja, keselamatan mesin serta kemudahan kebajikan di tempat kerja.

Sehubungan itu, penyertaan dalam kursus ini diharap dapat meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti risiko pekerjaan dan melaksanakan langkah kawalan yang bersesuaian, sekali gus membantu memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan warga PTNP.







𝟏𝟔 - 𝟏𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏ˢᵗ 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menyert...
23/10/2026

𝟏𝟔 - 𝟏𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏ˢᵗ 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menyertai Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Pekan Tahun 2026 sebagai pempamer yang berlangsung di Dataran Pekan, Bandar Diraja.

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi PTNP serta Tasik Chini Rizab Biosfera kepada masyarakat, khususnya berkaitan pengurusan taman negeri, pemeliharaan khazanah alam semula jadi, kepelbagaian biodiversiti dan kepentingan pemuliharaan warisan semula jadi di negeri Pahang.

Sepanjang karnival berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai PTNP dan Tasik Chini Rizab Biosfera melalui bahan pameran yang disediakan. Aktiviti kuiz turut dianjurkan bagi menggalakkan interaksi bersama pengunjung serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam semula jadi. Cenderamata turut diberikan kepada pengunjung yang mengunjungi reruai dan menyertai kuiz yang diadakan.

Penyertaan ini merupakan salah satu usaha PTNP untuk memperluas penyampaian maklumat, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar serta mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.







𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐓𝐍𝐏Kursus Pengenala...
23/10/2026

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐓𝐍𝐏

Kursus Pengenalan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah dan Pelan Antirasuah Organisasi anjuran Unit Integriti dan Governans, Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan semua pegawai dan kakitangan PTNP.

Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PTNP dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan risiko rasuah serta memantapkan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

Pelaksanaan kursus ini juga merupakan salah satu elemen penting dalam memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) ke arah pembudayaan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan PTNP.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan PTNP atas kehadiran, kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu dan kefahaman yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta tanggungjawab masing-masing demi memperkukuh integriti dan tadbir urus PTNP.

“MEMBUDAYAKAN INTEGRITI, MEMPERKASA TADBIR URUS ORGANISASI”

UNIT INTEGRITI DAN GOVERNANS
PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG (PTNP)







𝟐𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍-𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐀...
22/10/2026

𝟐𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍-𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐋) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Wakil Unit Taman Negeri Diraja dan Warisan, Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menyampaikan taklimat berkaitan Status Semasa Pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark kepada YB Puan Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, sempena Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Daerah Maran (DUN Kuala Sentul) 2026 yang berlangsung di Taman Eko Rimba Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Sesi taklimat turut melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang menyampaikan penerangan berkaitan pembangunan dan pencirian geotapak di Cadangan Maran-Chini Geopark. Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang, Tourism Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Maran (PDT Maran) serta pengusaha Lubuk Yu EcoPark.

Sesi taklimat ini bertujuan memberikan gambaran mengenai status semasa pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark, termasuk potensi pembangunan geotapak sebagai produk geopelancongan serta peranan kerjasama strategik antara agensi dan pengusaha pelancongan dalam merealisasikan pembangunan geopark yang berdaya saing.

Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong pembangunan Aspirasi Maran-Chini Geopark sebagai destinasi geopelancongan, di samping memastikan pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan khazanah alam semula jadi dilaksanakan secara mampan.






𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTN...
22/10/2026

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) telah menyertai Dialog Antara Negeri: Pengurusan Bersepadu Pulau dan Kawasan Marin yang berlangsung di Hotel Grand Mercure.

Dialog anjuran bersama Reef Check Malaysia (RCM) ini melibatkan agensi pengurusan taman negeri dari Pahang, Terengganu, Johor dan Perak serta Pejabat Daerah Mersing. Program ini bertujuan menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman, pengajaran dan cabaran dalam pengurusan pulau serta kawasan marin secara bersepadu.

Sesi pagi dimulakan dengan pembentangan pengalaman dan pengajaran daripada setiap negeri, sebelum diteruskan dengan sesi dialog serta perbincangan terbuka. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengurusan sumber daratan dan marin, penglibatan pihak berkepentingan, pembangunan kapasiti, penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan serta pembiayaan pengurusan kawasan perlindungan.

Penyertaan PTNP dalam dialog ini turut memberi peluang untuk berkongsi pengalaman negeri Pahang, khususnya berkaitan usaha memuktamadkan pewartaan dan memperkukuh pengurusan Taman Negeri Kepulauan Seri Buat.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PTNP dalam memperkukuh kerjasama strategik dan perkongsian pengetahuan antara agensi bagi menyokong pengurusan pulau dan kawasan marin yang lebih bersepadu, berkesan serta mampan.






Address

Perbadanan Taman Negeri Pahang, Tingkat 11, Kompleks Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Kuantan
25503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Taman Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services