Akademi Imigresen Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Akademi Imigresen Malaysia Peneraju Latihan Keimigresenan
(256)

SESI TAKLIMAT HARI BEKERJA HIBRID (HBH) DAN APLIKASI SPOT-Me, AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIAPORT DICKSON, 26 OKTOBER 2026 | ...
26/10/2026

SESI TAKLIMAT HARI BEKERJA HIBRID (HBH) DAN APLIKASI SPOT-Me, AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

PORT DICKSON, 26 OKTOBER 2026 | Sesi Taklimat Hari Bekerja Hibrid (HBH) dan Aplikasi SPOT-Me kepada warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Latihan Rainforest, Bangunan Akademik Akademi Imigresen Malaysia.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Salmah binti Osman dari Bahagian Khidmat Pengurusan yang memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) serta penggunaan aplikasi SPOT-Me bagi membantu warga AIMM memahami tatacara dan kaedah pelaksanaannya.

Selain itu, taklimat ini turut membantu memastikan urusan berkaitan kehadiran dan pengurusan waktu bekerja dilaksanakan dengan lebih teratur, sistematik dan selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KE GALERI ILMU SDN BHD, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR.KOTA DAMANSA...
23/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KE GALERI ILMU SDN BHD, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR.

KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR | 21 OKTOBER 2026 - Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) melalui Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan kunjungan hormat ke Galeri Ilmu Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada 21 Oktober 2026 (Rabu) Pukul 2:00 petang.

Delegasi AIMM terdiri darpada PPI Nur Mohamad Adli bin Rosli, TPPK Nur Marlina binti Daraman, TPPI Mohd Fadly @ Sany bin Mohd Yusof, PI Nursyahirah binti Mohd Rosli dan PI Carlos Julianto Donald.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan profesional bersama salah seorang tokoh ilmuwan di Malaysia iaitu Penasihat Syariah kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd, iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy, serta bercadang meneroka kerjasama dalam menghasilkan bahan penerbitan yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sahsiah, motivasi dan kerohanian warga Jabatan Imigresen Malaysia(JIM).

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KEPADA YBhg Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.PORT DICKSON | 19 O...
23/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KEPADA YBhg Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.

PORT DICKSON | 19 OKTOBER 2026 - Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) melalui Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri yang bertempat di Kompleks Al-Abqari, Nilai, Negeri Sembilan.

Delegasi AIMM terdiri daripada PPI Nur Mohamad Adli bin Rosli, TPPK Nur Marlina binti Daraman, TPPI Mohd Fadly @ Sany bin Mohd Yusof, PI Nursyahirah binti Mohd Rosli dan PI Carlos Julianto Donald. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan profesional serta membincangankan kerjasama strategik berteraskan permbangunan ilmu dan penerbitan Fiqh Keimigresenan.

Pertemuan ini bertujuan meneroka ruang perkongsian kepakaran, penyelidikan, penambahbaikan modul serta pembangunan kapasiti yang bersesuaian dengan keperluan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TELOK KEMANG, PORT DICKSONPORT DICKSON | 19 OK...
20/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TELOK KEMANG, PORT DICKSON

PORT DICKSON | 19 OKTOBER 2026 - Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) melalui Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson, pada 19 Oktober 2026 (Isnin) pukul 10.30 pagi.

Delegasi AIMM terdiri daripada PPI Amer Reeza bin Aimizul,TPPI Norfatin Syafinaz binti Alim,PIK Syarul Izuandi bin Ismail serta PI Mohamad Rahimi bin Abdul Rahim telah disambut oleh Ketua Balai, PPgB Tuan Mohd Zulfadzli bin Osman. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta meneroka peluang kerjasama strategik antara AIMM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sesi perbincangan merangkumi perkongsian ilmu berkaitan keselamatan kebakaran, pengurusan kecemasan, peranan Emergency Response Team (ERT) serta potensi pelaksanaan modul latihan kebombaan untuk diterapkan dalam Kursus Asas Keimigresenan dan program pembangunan kompetensi pegawai serta kakitangan AIMM.

Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama dalam penganjuran kursus dan program latihan, termasuk potensi penggunaan fasiliti AIMM bagi menyokong pelaksanaan program berkaitan pada masa hadapan.

Diharapkan kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang berterusan dalam perkongsian kepakaran, peningkatan kompetensi dan pemantapan aspek keselamatan demi manfaat kedua-dua agensi.

MAJLIS BACAAN YASIN DWI BULANAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIAPORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – Majlis Bacaan Yasin D...
16/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DWI BULANAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – Majlis Bacaan Yasin Dwi Bulanan (Minggu Ketiga) Warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.

Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli, Ketua Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Imigresen Malaysia. Majlis ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Khidmat Pengurusan AIMM dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu wadah bagi memperkukuh penghayatan nilai-nilai kerohanian serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga AIMM.

Semoga majlis ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga AIMM, di samping memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026Sekitar Majlis Penutupan Kursus Sijil...
02/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

Sekitar Majlis Penutupan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026PORT DICKSON, 2 OKTOBER 2026 – Majlis...
02/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

PORT DICKSON, 2 OKTOBER 2026 – Majlis Penutupan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), bermula pada pukul 9.00 pagi.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Seramai 25 orang kadet telah berjaya menamatkan latihan selama 61 hari dengan penuh disiplin, kecekalan dan komitmen sepanjang mengikuti kursus yang telah ditetapkan.

Dalam ucapan penutup, YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban menekankan kepentingan aspek disiplin, amanah dan kekuatan mental dalam melaksanakan tanggungjawab serta menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas di penempatan masing-masing kelak.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, barisan jurulatih, urus setia serta seluruh warga AIMM atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan kursus.
Dalam pada itu, beliau berharap agar para kadet sentiasa menjadikan integriti sebagai prinsip yang tidak boleh dikompromi, profesionalisme sebagai budaya kerja dan amanah sebagai asas dalam setiap tindakan. Setiap tugas yang dilaksanakan bukan sahaja mencerminkan diri sendiri, malah turut membawa nama serta imej Jabatan Imigresen Malaysia.

Majlis penutupan ini turut menjadi simbolik kepada berakhirnya fasa latihan dan bermulanya lembaran baharu bagi para kadet dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai warga Jabatan Imigresen Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kadet atas kejayaan menamatkan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan menjadi bekalan dalam melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme, integriti dan kecemerlangan demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia kepada masyarakat dan negara.

02/10/2026

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS DAN TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026 – MODUL “SERVICE EXCELLENT”PORT DICKSON, 30 SEPTEMBER...
01/10/2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026 – MODUL “SERVICE EXCELLENT”

PORT DICKSON, 30 SEPTEMBER 2026 – Modul “Service Excellent” bagi Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 29 hingga 30 September 2026, bertempat di Dewan Intan, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Modul ini dikendalikan oleh penceramah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam aspek penyampaian perkhidmatan kaunter dan komunikasi berkesan.

Modul ini memberi penekanan kepada aspek “Service Excellent”, perkhidmatan kaunter dan komunikasi berkesan serta pembentukan imej profesional dalam kalangan pegawai imigresen. Pengisian modul turut memberi pendedahan kepada kadet mengenai kepentingan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan berorientasikan pelanggan.

Sepanjang modul berlangsung, para kadet didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan kaunter yang sistematik, komunikasi berkesan serta etika dan penampilan profesional sebagai seorang pegawai imigresen.

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026 – SLOT INTERGRITIPORT DICKSON, 28 SEPTEMBER 2026 – Sl...
29/09/2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026 – SLOT INTERGRITI

PORT DICKSON, 28 SEPTEMBER 2026 – Slot Integriti bagi Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Intan, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Slot ini memberi pendedahan kepada para kadet mengenai pengurusan tatatertib di Jabatan Imigresen Malaysia, termasuk aspek pematuhan peraturan dan kepentingan menjaga integriti dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Sesi ini telah dikendalikan oleh pegawai tatatertib daripada Bahagian Integriti, Jabatan Imigresen Malaysia yang berkongsi pengetahuan serta maklumat berkaitan tatacara pengurusan tatatertib dalam perkhidmatan terutamanya di Jabatan Imigresen Malaysia.

Address

Batu 12, Jalan Pantai, Mukim Sirusa
Port Dickson
71050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Imigresen Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Imigresen Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby government services