HEP UiTM Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

HEP UiTM Terengganu Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Terengganu Diantara fungsi teras bahagian ini adalah:

1.

Bahagian HEP memainkan peranan yang ketara dalam aspek-aspek pembangunan dan kebajikan pelajar serta penguatkuasaan Akta 174. Menyediakan perkhidmatan seperti penginapan, khidmat nasihat, kaunseling, riadah dll.
2. Menyediakan program-program pembangunan insan agar pelajar UiTM adalah pelajar yang bukan sahaja tinggi tahap akademiknya tetapi juga pelajar yang berakhlak mulia.
3. Menguatkuasakan peraturan pelajar terutama yang melibatkan disiplin. Bahagian HEP diketuai oleh Timbalan Rektor (HEP) dan dibantu oleh Penolong Pendaftar (HEP) dan lain-lain ketua unit. Terdapat 8 unit yang menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.

22/10/2026

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐑? 𝐇𝐄𝐏 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍! 💜💛

Kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Menyedari cabaran kos sara hidup yang dihadapi mahasiswa, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membantu menangani isu kelaparan dan memastikan tiada mahasiswa yang terpinggir daripada mendapatkan akses kepada makanan.

🍲 Dapur Siswa MADANI – Kemudahan untuk mahasiswa di kolej kediaman.

🥪 Pit Stop HEP – Ruang mendapatkan makanan bagi mahasiswa di fakulti.

🍞 Food Bank Dapur Siswa – Kemudahan bank makanan untuk mahasiswa di kampus

🍱 Menu Kasih Siswa – Hidangan makanan lengkap ditawarkan pada harga RM3.00-RM5.00.

Melalui inisiatif ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM terus komited memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa agar mereka dapat menjalani kehidupan kampus dengan lebih sejahtera, fokus dalam pembelajaran dan cemerlang dalam akademik.

Kerana di UiTM, kebajikan mahasiswa bukan sekadar keutamaan, tetapi tanggungjawab bersama. 💜

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi


20/10/2026
12/10/2026

SESI PENGAGIHAN & PENGAKTIFAN KAD MYSISWA

13 & 14 Oktober 2026

Selasa & Rabu

Dewan Aspirasi UiTM Kampus Dungun

9.00 pagi hingga 4.30 petang

11/10/2026

XPLORASI MAGHI 10K LANGKAH BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT UiTM CAWANGAN TERENGGANU 2026

10 Oktober 2026 – Xplorasi Maghi 10k Langkah berlangsung dengan meriah bermula 8.00 pagi, bertempat di Kampus Dungun.

Pelepasan dibuat oleh YBrs. Dr. Baktiar Musa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCT dengan seramai 413 orang peserta dari Kampus Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi.

Semoga penganjuran program ini terus menjadi pemangkin kepada pembudayaan sukan dan amalan gaya hidup aktif, di samping menggalakkan penggunaan teknologi secara positif ke arah melahirkan warga kampus yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.



Address

UiTM
Dungun
23000DUNGUN

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098400301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP UiTM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HEP UiTM Terengganu:

Shortcuts

Share

Nearby government services