Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

🏆🎉 SYABAS DAN TAHNIAH! 🎉🏆KARNIVAL SUKAN PESSCA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut meraka...
25/10/2026

🏆🎉 SYABAS DAN TAHNIAH! 🎉🏆

KARNIVAL SUKAN PESSCA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan PESSCA Timur Laut atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Sukan PESSCA Negeri Pulau Pinang Tahun 2026. Kejayaan meraih Johan Keseluruhan membuktikan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen tinggi seluruh pasukan dalam mengharumkan nama Timur Laut.

Antara kejayaan yang membanggakan ialah:

🏆 Johan Keseluruhan Karnival Sukan PESSCA Negeri Pulau Pinang Tahun 2026

🥇 JOHAN
🥇 Johan Tilawah Al-Quran Kategori Perempuan
🥇 Johan Bola Jaring Kategori Perempuan
🥇 Johan Bola Sepak Senior
🥇 Johan Hoki

🥈 NAIB JOHAN
🥈 Nyanyian Solo Kategori Lelaki
🥈 Nyanyian Solo Kategori Perempuan

🥉 PENCAPAIAN LAIN
🥉 Tempat Ketiga – Silat Tari
🏅 Tempat Keempat – Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki

Setiap pencapaian menyerlahkan bakat, usaha gigih dan semangat juang yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan dan pihak yang memberikan sokongan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat berpasukan, mengeratkan ukhuwah warga pendidikan dan menjadi inspirasi untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Tahniah Pasukan PESSCA Timur Laut! Terus melangkah menuju kegemilangan!




25/10/2026

Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, atas pengurniaan Bintang Seri Mahkota Pengakap Darul Iman Kelas Pertama (Emas) sempena Majlis Pengurniaan Bintang, Pingat dan Surat Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung pada 25 Oktober 2026 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”








🎓 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑼𝑫𝑼𝑲𝑰 𝑷𝑬𝑷𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑵 𝑼𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑼𝑻𝑼𝑹 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑺𝑨 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼 (𝑼𝑩𝑩𝑴) 𝑺𝑷𝑴 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎓Warga 𝑷𝑷𝑫 𝑻𝒊𝒎𝒖𝒓 𝑳𝒂𝒖𝒕 mengucapkan selamat m...
25/10/2026

🎓 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑼𝑫𝑼𝑲𝑰 𝑷𝑬𝑷𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑵 𝑼𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑼𝑻𝑼𝑹 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑺𝑨 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼 (𝑼𝑩𝑩𝑴) 𝑺𝑷𝑴 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎓

Warga 𝑷𝑷𝑫 𝑻𝒊𝒎𝒖𝒓 𝑳𝒂𝒖𝒕 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM) SPM 2026.

📅 26 – 29 OKTOBER 2026

Semoga semua calon diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran dalam menyampaikan idea serta menjawab setiap tugasan dengan cemerlang.
Ingatlah, setiap usaha yang dicurahkan hari ini merupakan langkah menuju kejayaan hari esok. Berbicaralah dengan yakin, susunlah idea dengan teratur dan berikan persembahan yang terbaik

𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒄𝒂𝒍𝒐𝒏!



25/10/2026

KENYATAAN MEDIA

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG







PERKONGSIAN AMALAN BAIK INOVASI PeFORM CIKGU+ BAHASA MELAYU PPD TIMUR LAUTSemoga setiap idea yang dikongsi menjadi pence...
23/10/2026

PERKONGSIAN AMALAN BAIK INOVASI PeFORM CIKGU+ BAHASA MELAYU PPD TIMUR LAUT

Semoga setiap idea yang dikongsi menjadi pencetus kepada inovasi yang bermakna dan membawa impak positif kepada pembelajaran murid. Bersama-sama kita memperkasa guru, menginovasi PdP dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan!

🏆 Tajuk: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN INOVASI PeFORM SERTA PERKONGSIAN AMALAN BAIK PDP📅 Tarikh: 1 Ok...
23/10/2026

🏆 Tajuk: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN INOVASI PeFORM SERTA PERKONGSIAN AMALAN BAIK PDP
📅 Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Mutiara Gemilang, PPDTL

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Inovasi PeFORM serta Perkongsian Amalan Baik PdP pada 1 Oktober 2026 bagi menghargai usaha, kreativiti dan komitmen guru novis menengah rendah serta guru Tingkatan 4 yang terlibat dalam inisiatif CIKGU+ BAHASA MELAYU. Majlis ini menjadi tanda penghargaan terhadap kesungguhan guru dalam meneroka pendekatan pedagogi yang lebih berkesan.

Pertandingan Inovasi PeFORM membuka ruang kepada guru untuk mengetengahkan idea kreatif dan berkongsi amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Usaha ini bukan sahaja memperkaya pengalaman profesional guru, malah menyokong peningkatan kualiti pengajaran serta keberhasilan murid melalui inovasi yang berfokus dan bermakna.

Tahniah dan syabas kepada semua guru yang diraikan! Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berinovasi, berkongsi ilmu dan memperkasa pedagogi demi melahirkan murid yang lebih berpotensi. Guru berinovasi, PdP berkualiti, murid terus melangkah ke arah kecemerlangan!




23/10/2026

Syabas dan terbaik kerajaan negeri Pulau Pinang..

Selepas kira-kira enam tahun ditutup, Cawangan Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di Jalan Macalister kini kembali menerima pengunjung dengan kemasukan percuma sehingga 30 November 2026, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sejarah terus dihargai, seni berkembang dan warisan Pulau Pinang diwariskan kepada generasi akan datang. Pembukaan semula ini juga menyokong sektor pelancongan negeri, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain menghayati khazanah sejarah negeri, pengunjung juga berpeluang meneroka sejarah pengangkutan di Galeri Automotif serta menikmati karya seni menerusi pameran Penang Art Open 2025 bertemakan Future Ecologies. Tahniah diucapkan kepada Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, para kurator, penggiat seni, rakan strategik dan semua pihak yang telah menjayakan pembukaan semula cawangan ini.

Jom kenali, hayati dan hargai warisan serta seni Pulau Pinang dengan berkunjung ke Cawangan Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di No. 57, Jalan Macalister, Gworgwtown.

🌟 CIKGU+ BAHASA MELAYU: GURU HEBAT, PEDAGOGI BERIMPAK! 🌟CIKGU+ BAHASA MELAYU merupakan inisiatif untuk melahirkan guru y...
23/10/2026

🌟 CIKGU+ BAHASA MELAYU: GURU HEBAT, PEDAGOGI BERIMPAK! 🌟

CIKGU+ BAHASA MELAYU merupakan inisiatif untuk melahirkan guru yang bijak, bersedia, mahir dan pakar dalam pedagogi, khususnya guru novis menengah rendah dan guru Tingkatan 4. Melalui bimbingan berstruktur berasaskan pendekatan Coaching GROW, guru dibimbing mengenal pasti isu, meneroka potensi dan merancang tindakan penambahbaikan yang berfokus.

Bimbingan ini mendorong guru merangka gerak pedagogi yang strategik serta menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penekanan terhadap Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah membantu memperkukuh amalan pengajaran berkualiti, dengan matlamat meningkatkan keberhasilan murid yang dapat diukur. Pertandingan Inovasi PeFORM anjuran Unit Bahasa Melayu, Sektor Pembelajaran, PPD Timur Laut p**a menjadi wadah untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan amalan terbaik guru.

🏆 TAHNIAH GURU HEBAT! Semoga warga pendidik terus berani berinovasi, tekal memperkasa pedagogi dan menjadi penggerak perubahan demi kecemerlangan pendidikan. Guru berkembang, PdP berkualiti, murid melangkah lebih jauh! 💪✨




🏆🎉 SYABAS DAN TAHNIAH! 🎉🏆KARNIVAL SUKAN PESSCA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut merakamka...
23/10/2026

🏆🎉 SYABAS DAN TAHNIAH! 🎉🏆

KARNIVAL SUKAN PESSCA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Timur Laut atas pencapaian membanggakan dalam Karnival Sukan PESSCA Peringkat Negeri Tahun 2026! Kejayaan ini mencerminkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen tinggi seluruh pasukan dalam mengharumkan nama daerah Timur Laut.

🥇 Johan Keseluruhan — Kejohanan Badminton
🥇 Johan — Bola Tampar Kategori Perempuan
🥈 Naib Johan — Bola Tampar Kategori Lelaki
🥈 Naib Johan — Petanque
🥈 Naib Johan — Sepak Takraw Kump**an A
🏅 Tempat Ke-7 — Boling Tenpin
🏅 Tempat Ke-9 — Boling Tenpin

Sekalung penghargaan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan dan pihak yang memberikan sokongan sepanjang kejohanan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat berpasukan, memperkukuh ukhuwah warga pendidikan dan menjadi inspirasi untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.




📢 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑼𝑫𝑼𝑲𝑰 𝑼𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑼𝑻𝑼𝑹 𝑺𝑷𝑴 2026, 𝑺𝑻𝑨𝑴 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑻𝑷𝑴 2026 📚Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut meng...
23/10/2026

📢 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑼𝑫𝑼𝑲𝑰 𝑼𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑼𝑻𝑼𝑹 𝑺𝑷𝑴 2026, 𝑺𝑻𝑨𝑴 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑻𝑷𝑴 2026 📚

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2026, serta calon STAM dan STPM 2026.

✨ Hadir dengan keyakinan, bertutur dengan jelas dan tenang, serta berikan persembahan yang terbaik. Percayalah pada persediaan, usaha dan latihan yang telah dilakukan. Setiap langkah kecil hari ini membawa anda lebih dekat kepada kejayaan yang diimpikan.

Semoga semua calon dikurniakan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Terus melangkah dengan yakin. Buktikan kemampuan anda!

Ikhlas daripada,
SELURUH WARGA PPD TIMUR LAUT



Address

Georgetown

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042109400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut:

Shortcuts

Share