Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak

Call Directions Website

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak Laman Facebook Rasmi bagi Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak (MKN Perak) dalam menyalurkan informasi terkini kepada rakyat negeri Perak.

Sejarah


Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”. Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan. Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana. MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.

PROGRAM PELIHARA AKIDAH PERKASA UMMAH@PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAHIPOH, 26 OKTOBER 2026 (Isnin) – Majlis Keselamatan Nega...
27/10/2026

PROGRAM PELIHARA AKIDAH PERKASA UMMAH@PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH

IPOH, 26 OKTOBER 2026 (Isnin) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak telah menganjurkan Program Pelihara Akidah Perkasa Ummah Tahun 2026 bertempat di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak melibatkan rakan strategik dan komuniti setempat.

Program dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim bin Elias, Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah. Para peserta turut dibawa melawat galeri dan sekitar kawasan Pusat Pendidikan Al-Barakah bagi memberikan pendedahan mengenai kemudahan serta persekitaran pusat pendidikan berkenaan.

Seterusnya, program diteruskan dengan Sesi Kolokium Kesedaran dan Pematuhan Perundangan Perniagaan yang melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai pematuhan undang-undang serta tanggungjawab dalam pengurusan perniagaan dan sumber manusia.

Antara sesi perkongsian yang diadakan ialah:

🔹 Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak – Taklimat berkaitan undang-undang pekerjaan dan tanggungjawab majikan yang disampaikan oleh YBrs. Puan Normaya binti Yahaya, Penolong Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak;

🔹 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Perkongsian berkaitan pendaftaran, pengurusan dan pematuhan perundangan perniagaan yang disampaikan oleh YBrs. Puan Azurah binti Sharif, Pengarah, Suruhanjaya Syarikat Negeri Perak;

🔹 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ipoh – Penerangan mengenai tanggungjawab majikan berkaitan caruman KWSP yang disampaikan oleh YBrs. Encik Azlan bin Adnan, Penolong Ketua Khidmat Majikan, KWSP Ipoh; dan

🔹 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Perkongsian mengenai perlindungan keselamatan sosial pekerja dan tanggungjawab majikan yang disampaikan oleh YBrs. Puan Noriha binti Saidin, Eksekutif Kanan, PERKESO.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Perak, wakil agensi kerajaan berkaitan serta barisan pegawai MKN Negeri Perak.

MKN Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah, khususnya YBhg. Ustaz Dato’ Mohammad Kazim bin Elias dan Ustaz Mohamad Amin, Pegawai Perhubungan Awam, atas kerjasama, layanan mesra serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman agama, meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan undang-undang serta membantu peserta membina kehidupan yang lebih baik. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara akidah, memperkasakan ummah dan menyokong kesejahteraan masyarakat.





26/10/2026

PEMAKLUMAN AWAM BERKENAAN PELAKSANAAN LATIH AMAL KESELAMATAN RTS LINK MALAYSIA-SINGAPORE CROSS-BORDER JOINT EXERCISE FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) 2026






Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN

26/10/2026
26/10/2026

Larangan penggunaan aplikasi Waze merupakan langkah kerajaan bagi melindungi keselamatan data, rakyat dan kedaulatan maklumat negara yang tidak boleh dikompromi. 🔐





26/10/2026

AMPANG, 23 Oktober –Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia, bergantung kepada keupayaan alternatif tempatan pada masa hadapan. Perdana Menteri…

24/10/2026
PROGRAM TABLE TOP EXERCISE (TTX) LATIH AMAL ARAHAN MKN NO. 21 – PENGURUSAN SITUASI ANCAMAN KETENTERAMAN AWAM📍 IPOH, 23 O...
23/10/2026

PROGRAM TABLE TOP EXERCISE (TTX) LATIH AMAL ARAHAN MKN NO. 21 – PENGURUSAN SITUASI ANCAMAN KETENTERAMAN AWAM

📍 IPOH, 23 OKTOBER 2026 (JUMAAT)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengadakan Program Table Top Exercise (TTX) Latih Amal Arahan MKN No. 21 – Pengurusan Situasi Ancaman Ketenteraman Awam bertempat di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh.

Program ini bertujuan memperkukuh penyelarasan, kerjasama dan kesiapsiagaan antara agensi yang terlibat dalam menghadapi serta mengurus situasi ancaman ketenteraman awam secara berkesan. Pelaksanaan latihan ini juga menjadi platform untuk menguji kefahaman terhadap prosedur operasi, memperkemas mekanisme tindak balas serta meningkatkan keupayaan pengurusan krisis secara bersepadu.

Komitmen dan kerjasama semua agensi amat penting bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kestabilan negara sentiasa terpelihara.


22/10/2026

Saksikan perkongsian mengenai pengurusan krisis serantau oleh YBrs. Encik Mohd Tarmizi bin Dan, Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisi Negara, MKN, JPM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM - Radio Televisyen Malaysia






Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN

Address

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, Peti Surat 648
Ipoh
30770

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052538111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services