Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Directions Website

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan sebuah perbadanan yang diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan b...
27/10/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Pembersihan, Pencucian dan Penyelenggaraan Landskap bagi Terminal Jeti Pulau Pangkor milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Jeti Pulau Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak bagi tempoh satu (1) tahun.

Syarikat yang berminat hendaklah memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
đź“… 20 November 2026
đź•› 12.00 tengah hari

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan b...
27/10/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) bagi Terminal Jeti Pulau Pangkor milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Jeti Pulau Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak bagi tempoh satu (1) tahun.

Syarikat yang berminat hendaklah memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
đź“… 20 November 2026
đź•› 12.00 tengah hari

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan b...
27/10/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Pembersihan dan Pencucian Bangunan bagi Menara SSI 10 Tingkat milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) di SOHO Ipoh 2, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh bagi tempoh dua (2) tahun.

Syarikat yang berminat hendaklah memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
đź“… 13 November 2026
đź•› 12.00 tengah hari

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan b...
27/10/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Pembersihan, Pencucian dan Penyelenggaraan Landskap bagi Kompleks Menembak Darul Ridzuan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak bagi tempoh dua (2) tahun.

Syarikat yang berminat hendaklah memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
đź“… 13 November 2026
đź•› 12.00 tengah hari

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGAPerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan be...
27/10/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUT HARGA

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) mempelawa syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) bagi Kompleks Menembak Darul Ridzuan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak bagi tempoh dua (2) tahun.

Syarikat yang berminat hendaklah memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam dokumen sebut harga.

Tarikh Tutup Sebut Harga:
đź“… 13 November 2026
đź•› 12.00 tengah hari

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 7 TAHUN 2026Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaa...
19/10/2026

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 7 TAHUN 2026

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2026 telah diadakan pada 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim.

Program ini menjadi medan pertemuan antara masyarakat dengan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat serta penjelasan berkaitan pelbagai urusan dan perkhidmatan kerajaan.

Inisiatif ini turut memberi ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan dan mengemukakan perkara yang memerlukan perhatian pihak berkaitan, sekali gus menggalakkan komunikasi yang lebih dekat antara kerajaan dengan rakyat.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SANTAPAN TENGAH HARI SEMPENA KEJOHANAN GOLF KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAH...
19/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SANTAPAN TENGAH HARI SEMPENA KEJOHANAN GOLF KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2026

Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Keputeraan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 berlangsung di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh pada 18 Oktober 2026, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

SSI merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian masing-masing, serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

SESI PEMETERAIAN PERJANJIAN PAJAKAN TANAH BERSAMA PENGUSAHA PELANTAR DI PULAU PANGKORPerbadanan Setiausaha Kerajaan Nege...
18/10/2026

SESI PEMETERAIAN PERJANJIAN PAJAKAN TANAH BERSAMA PENGUSAHA PELANTAR DI PULAU PANGKOR
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah memeterai Perjanjian Pajakan Tanah bersama 16 orang pengusaha pelantar di Pulau Pangkor menerusi sesi tandatangan yang berlangsung di Koridor Kejora pada 13 Oktober 2026.

SSI diwakili oleh Encik Mohammad Hazni bin Mohd Aman, Pengurus Kanan Undang-Undang, dalam sesi pemeteraian perjanjian yang menetapkan tempoh pajakan selama 30 tahun bagi tanah milik SSI yang digunakan oleh pengusaha pelantar berkenaan.

Pemeteraian perjanjian ini memperkukuh tadbir urus penggunaan tanah milik SSI melalui penetapan terma pajakan yang jelas dan teratur. Tempoh pajakan selama 30 tahun membolehkan pengusaha pelantar meneruskan aktiviti perniagaan serta merancang operasi jangka panjang dengan lebih teratur, di samping memastikan pengurusan dan penggunaan aset SSI dilaksanakan secara optimum.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA PEPERIKSAAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026Perbadanan Setiausaha Kera...
09/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA PEPERIKSAAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) menyumbang sebanyak RM550,000.00 bagi Program Bantuan Makanan Percuma melalui Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) sebagai sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh inisiatif pendidikan negeri.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah kepada Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum, dalam sesi penyerahan yang berlangsung sempena Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Peperiksaan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2026. Penyerahan ini turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.

Program TCS menyasarkan seramai 28,000 calon peperiksaan awam di negeri Perak, melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Melalui komponen bantuan makanan percuma ini, keperluan pemakanan pelajar turut diberi perhatian bagi membantu mereka menjalani sesi pembelajaran dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada sokongan SSI terhadap inisiatif pendidikan negeri, khususnya dalam membantu memenuhi keperluan pelajar sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan melancarkan pelaksanaan Program TCS.

PROGRAM KOMUNITI SIHAT WANITA & WARGA EMAS PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) KINTA 2026Perbadanan Setiausaha Kera...
07/10/2026

PROGRAM KOMUNITI SIHAT WANITA & WARGA EMAS PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) KINTA 2026

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) terus menyokong inisiatif kesihatan komuniti menerusi kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dalam menjayakan Program Komuniti Sihat Wanita & Warga Emas Tahun 2026 yang berlangsung pada 7 Oktober 2026 di Perkarangan Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah.

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah, turut hadir memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program yang memberi tumpuan kepada aspek kesihatan dan kesejahteraan wanita serta warga emas.

Program anjuran PKD Kinta ini menghimpunkan pelbagai inisiatif kesihatan untuk komuniti, antaranya saringan mamogram, Saringan Kesihatan Nasional (NHSI), pemeriksaan klinikal payudara dan saringan kanser serviks, di samping sesi ceramah serta perkongsian berkaitan kesihatan.

Sebagai sebahagian daripada sokongan SSI terhadap program ini, SSI turut menyumbang 150 set cenderahati kepada para peserta dan pengunjung yang hadir.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen SSI dalam memperkukuh pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya melalui sokongan terhadap inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Address

E-10-2 Menara SSI SOHO Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services