27/10/2026
LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN PEMATUHAN IBU PEJABAT KE JKDM SABAH TAHUN 2026
26 Oktober 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah menerima lawatan kerja Bahagian Pengurusan Pematuhan (BPP), Ibu Pejabat bagi tahun 2026.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Norizah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan (BPP), Ibu Pejabat, bersama delegasi. Ketibaan beliau dan delegasi telah disambut baik oleh Tuan Haji Makmor bin Haji Lacho, MTT Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pematuhan Sabah.
Lawatan kerja ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama, meningkatkan penyelarasan tugas serta berkongsi maklumat berkaitan pengurusan pematuhan bagi memastikan pelaksanaan tanggungjawab jabatan berjalan dengan lebih cekap dan berkesan.
Semoga lawatan kerja ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak serta terus memperkasakan peranan JKDM dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan percukaian negara.
©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah