MKN Pahang

Directions Website

MKN Pahang Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang

28/10/2026
27/10/2026

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

Jerebu bukan sekadar menjejaskan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan dan aktiviti harian. Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan memakai pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar bangunan.

Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih, kurangkan punca pencemaran dalaman dan gunakan mod kitaran udara dalaman ketika memandu. Sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan ambil langkah sewajarnya untuk melindungi kesihatan diri serta keluarga.





27/10/2026

𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

Monsun Timur Laut dijangka bermula pada 27 Oktober 2026 dan berterusan sehingga Mac 2027. Tempoh ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora yang boleh meningkatkan risiko banjir serta kejadian bencana di kawasan terjejas.

Orang ramai disaran supaya sentiasa peka terhadap ramalan cuaca dan amaran rasmi, mengenal pasti laluan serta tempat selamat dan membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.





27/10/2026

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan susulan jangkaan bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 hari ini.

Beliau berkata musim monsun yang dijangka berterusan hingga Mac 2027 itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, banjir serta keadaan laut bergelora yang boleh mengancam keselamatan penduduk, khususnya di kawasan berisiko.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2626095

26/10/2026

📱 Kenapa kerajaan saran henti guna Waze?

Saranan ini dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan utama:

🔹 Pengumpulan data pengguna: Melibatkan maklumat lokasi, pergerakan dan perjalanan.

🔹 Perundangan: Terma penggunaan Waze tertakluk kepada undang-undang Israel.

🔹 Keselamatan negara: Data pergerakan berpotensi mendedahkan maklumat sensitif.

Orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif.





26/10/2026

Situasi ini menunjukkan perlunya pengurusan tahanan yang lebih teratur, selain penambahbaikan kemudahan dan proses pengusiran bagi memastikan urusan imigresen dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dalam masa sama, penguatkuasaan terhadap PATI perlu diteruskan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara.

25/10/2026

PEMAKLUMAN AWAM BERKENAAN PELAKSANAAN LATIH AMAL KESELAMATAN RTS LINK MALAYSIA-SINGAPORE CROSS-BORDER JOINT EXERCISE FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) 2026






Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN

23/10/2026

Data lokasi dan pergerakan pengguna Waze yang tertakluk kepada undang-undang Israel dikhuatiri boleh dianalisis dan dieksploitasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus menimbulkan risiko terhadap keselamatan maklumat negara. 🔐





Address

Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MKN Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share