21/10/2026
📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN HEALTY MIND CHARITY RUN 5.0
Dimaklumkan bahawa program HEALTY MIND CHARITY RUN 5.0 yang dijadualkan berlangsung sebelum (8 November 2026) ini telah DITANGGUHKAN ke tarikh baharu (tarikh cadangan- 18 April 2027) berikutan keadaan jerebu serta mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan semua peserta, petugas dan pihak yang terlibat.
Keputusan ini dibuat demi memastikan kesejahteraan semua pihak serta mengelakkan risiko kesihatan akibat kualiti udara yang kurang memuaskan.
Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pemahaman, sokongan dan kerjasama semua pihak.
📌 Tarikh baharu akan dimaklumkan melalui saluran rasmi pihak penganjur dari semasa ke semasa.
💚 Kesihatan dan keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.
Terima kasih atas sokongan anda!
Pihak Penganjur
HEALTY MIND CHARITY RUN 5.0
Sebarang Pertanyaan sila hubungi: En Faizal : 0162117656